: team warrior :

Friday, January 27, 2012

~berdikari la~

   assalamualaikum..hari ni menulis lagi..dah itu aje hobinya..hahahaha..betul ke??kalu sy gnti sy kpd aku boley?tak kasar sgt kan3??maybe kasar utk sesetngah org tp kali ni nak juga guna aku..hehehehe..jgn terasa bg sesetngah orang tu erk...

   ha!!!kali ni aku nak cite pasal berdikari.umur dh matang tapi tak pandai berdikari???aduhai..malunya.tp cmne nak brdikari kalau tak latih kan3? (bnyk pulak tnda soal aku hari ni) tp takpelah..aku nak story2 kat korang sume pngalaman yg takkan aku lupa..mengajar and melatih aku untuk terus berdikari..

   hari tu umi aku ajak aku pergi bank..ad la urusan aku yang blum slesai..so umi aku ckp kena bereskan sblum aku blik kolej..sampai aje kat bank...mak ai bnyaknye kereta!!!nak cri parking pun susah..aku pun tgk la muka umi aku..lam hati cm taw aje apa yg umi aku nk ckp...bingo!!

   "kalu yong pergi dlu boleh tak?"hahahaha...aku suka permintaan tuh..sgt3..maknanya aku kena pergi sorang2 la kan..haisshh...senyuman tak ikhlas pun terpamer la utk my mom..lam hati dh menjerit "TAK NAK!!"umi aku pun ckp mcm gini.."bl lagi nak berdikari..asyik nak harapkan umi je..susah la kalu cam 2" amik kau..ayat power dr umiku tersayang..hahaha..

    nak tak nak aku pergi jugak la..beratnya lngkah kaki aku nih..smpai aje dpan pintu bank tuh..aku pun dgn smgt berdikarinya pun tolak la pintu..smgt sgt nih..eh..eh..apsl pintu ni takleh buka..aku pun tolak lg..tak boleh jugak..kbtulan mase tuh ad la sorang mamat duk tunggu sblh pintu tuh..dia tengok je kut kat aku..aku pun tgk dia..malu sbnarnya..tp mamat tu bermuka slumber je..takde riak nak gelak pun dpan aku..takpe la skurang2nya boleh cover malu aku..aku tak taw la kan kalu dlm hati dia dh bergelegak ketawakn aku..aku pun patah blik g kat kereta umi...umi aku tnya knp? aku pun buat2 la tnya bank tu kat mane? (sbnrnya aku dh taw kat mne)..umi aku pun berleter bkn main bnyk lagi..tadah telinga aje dgr..aku pun pergi la blik kat bank tuh..hampir ternganga aku tgk pintu bank tu boleh terbuka..boleh buka plk??haisshh...pintu tu main2 ngn aku!!

    hahahahha...patut la tak leh buka..slh pintu rupanya..malunya!!td aku tolak pintu sblh kiri..mmg la xleh buka..pintu kanan la mak cik..masuk aje la..jgn bnyak songel...aku nak tuju kat mane nih..relax3..slumber kan muka! aku pun trus duduk..spatutnya ap yg kite harus buat bl msuk bank?..amik nombor!haha..itu la sptutnya tp aku nak amik kat mne? tak taw denn..aku duduk je kat kerusi tu..ni bukan berdikari namenya..tak leh buat apa2 pun..umi msuk bank n tnya apa yang aku dh buat..ak tersengih cm kerang busuk..hehehehe..sorry umi.. smbil mulutnya yg berleter mcm2..umi pun ajar aku..agk kuat suaranya yep..terima aje la..namanya nk blaja..terima2..waaaaa...aku taw mmg ramai la tgk kat aku mase tuh..budak kena 'blebe'(berleter)..spe yg tak pandang...tahan aje la...

~bila lagi kita nak berdikari?~
  kalau ad yg korang trgelak dgn cite ni..gelak2 la jgk tp ibrahnya yg aku nak share kat sini..nak tak nak kita PERLU utk stand on our own foot...ulang lagi sekali kita PERLU utk berdikari.. mase ni boleh la kita nak harapkan mak ayah kita..kalau kita jauh kita nak harapkan sape?? (satu persoalan kat situ yep)..so latih2 la diri utk berdikari..don't give any reason to change our attitude..(ke arah yg baik)..ingat taw..

  ~" Allah takkn mengubah hidup sesuatu kaum tu selagi mereka sendiri yg tak mngubahnya"~

  jangan terlalu menghrapkan org lain utk melakukan sesuatu for us..okkey!! then..jgn malu utk bertnya.. mcm aku td.. sptutnya aku tnya owg lain kat mne nak amik nombor giliran tuh..tak psl2 kena ceramah ngn umi.. hahaha.. last but not least.. aku nak ingtkan..even korang terslh ke o smething like dat.. buat muka selambe je.. jgn tnjukkn muka panik.. relax.. selesaikan masalah tu dgn tenangnya..

  mcm dh bnyk sgt mengarut kat cni..so..klu korang rse ad benda baik dr story aku ni..amik la..tp kalau tak..just jdkn ia sbg ingatan..i hope dat u can get the points..even a point..syukran jazilan...

xiexie for reading!

Sunday, January 22, 2012

meh cni..jom baca2!!

   assalamualaikum sume...mcm dh lama x hupdate blog kan3?...ad jgk yg cbuk tnya knp x hupdate blog lg..hahahaha...sorry lah korang..mmg x smpat la coz cbuk hupdate assignment aje...penat doww...blik cuti ni aje hati ni ase cbuk nak tlis2 kat blog ni(slps dtnya sbnrnyanya)huk3..blik cuti ni aje trus exam..tkutnye!!!(buat mcm x prnh exm sblm ni)hahaha..nma lg student..msti la ad exm..aku ni pun..kali ni just nak kongsi cerita ni..klu sudi baca..jomlah...

    Nurul Iman membelek buku-buku di hadapannya satu per satu. Maklumat yang ingin dicari masih belum ditemui. Nurul Iman takkan berputus-asa sebelum dia dapat apa yang dia mahu. Pada waktu yang sama juga seorang lelaki yang berbaju kemeja berwarna hitam ke hulu ke hilir bagaikan mencari sesuatu yang hilang. Lelaki itu tersenyum manis apabila apa yang ingin dicarinya sudah ditemui. Lelaki itu menyusun langkah menghampiri meja Nurul Iman.‘Janganlah dia datang sini’, gusar Nurul Iman seorang diri.
     “Assalamualaikum,” sapa Ridzuan yang tersenyum manis sehingga menampakkan giginya.
     “Waalaikumussalam,” jawab wanita itu perlahan. Cukup untuk didengari oleh telinganya sahaja. Dia hanya menunduk tanda tidak sudi untuk berbicara dengan lelaki di hadapannya.
     “Boleh saya bercakap dengan awak sekejap?” pinta Ridzuan dengan wajah penuh berharap.
     “Boleh, jikalau perkara itu penting. Awak faham maksud saya kan!” balasnya tegas.
      Tangannya masih ligat menyalin nota-nota daripada sebuah buku rujukan yang terdapat di dalam perpustakaan itu. Dia harus menyiapkan assignment untuk dihantar esok. Jikalau tidak padah akibatnya.
     “Saya faham dan saya rasa awak juga turut faham dengan apa yang akan saya cakapkan pada awak nanti. Saya mahukan jawapan daripada awak, Nur,” tutur Ridzuan yang masih menantikan perhatian daripada wanita di hadapannya sekarang. Dia tahu kedatangannya tidak dialu-alukan di situ tetapi dia mahukan jawapan daripada wanita itu sekarang. Dia sudah menunggu terlalu lama.
     Tangan Nurul Iman terhenti daripada menulis. Sememangnya perhatiannya telah dicuri oleh lelaki berdarah kacukan itu. Dia merenung kertas yang berada di hadapannya. Nafasnya dilepaskan. Kasar. Berat.
     “Sudahlah, Ridzuan. Cukuplah. Saya tak nak dengar apa-apa lagi daripada awak. Saya dah jelaskan segala-galanya kepada awak. Saya harap awak faham. Please don’t disturb me. I have a work to do,” jelasnya tenang. Husna yang berada di sebelahnya hanya menjadi pemerhati. Bingung dengan apa yang dibualkan oleh mereka berdua.
     “Tapi…..Nur. Saya……,” Ridzuan tidak mahu mengalah. Dia masih belum berpuas hati dengan jawapan wanita yang amat dia sukai itu.
     “Saya nak belajar, Ridzuan. Saya rasa baik awak pergi. Saya tak mahu diganggu dengan soalan-soalan sebegini lagi. Saya mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran dahulu. Masih banyak lagi perkara yang belum saya lakukan. Jawapan yang awak mahukan daripada saya tidak penting lagi buat saya dan juga awak. Kita masih belajar, Ridzuan. Saya fikir cukup setakat ini sahaja. Baik awak pergi sekarang!” panjang lebar Nurul Iman memberikan penjelasan. Dia  berharap lelaki itu faham dengan kata-katanya tadi.        
    “Baik! Kalau awak tak nak pergi, saya akan pergi. Saya harap awak tak ganggu saya lagi…” Nurul Iman bangun daripada kerusi sambil mengemaskan buku-buku di atas meja apabila lelaki itu masih tidak berganjak. Ridzuan mulai tersedar. Dia termangu-mangu dengan tindakan Nurul Iman. Begitu tegas sekali pendirian wanita itu.
     “Husna, saya pergi dulu. Kalau awak still nak duduk sini, duduklah,” kata Nurul Iman lalu menyangkutkan beg galas di bahunya.
     “Nur, kita tak habis belajar lagi kan! Awak kata awak nak siapkan hari ini juga. Kenapa ni, Nur?” ucap Husna sambil menarik tangan sahabatnya itu. Dia hairan dengan perubahan sikap sahabatnya itu.
     “Lain kalilah, Husna. Saya tak boleh belajar kalau ada orang kacau saya selalu. Saya jadi rimas. Saya pergi dululah. Nanti saya call awak balik. Assalamualaikum,” Nurul Iman berlalu pergi. Langkahnya disusun untuk keluar dari perpustakaan.
    …kerana lelaki itu aku tak jadi belajar hari ni….omelnya dalam hati.



Hasbullah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sudah beberapa kali dia memanggil adiknya itu namun tiada jawapan. Apalah yang dimenungkan oleh adiknya sehingga adiknya sedikitpun tidak menyedari akan kehadirannya di situ pada beberapa minit yang lalu. Aha! Dia tersenyum nakal apabila mendapat idea bagaimana untuk menyedarkan adiknya itu.
     “Lailahaillallah,” ucap Nurul Iman separuh menjerit. Dia terkejut apabila dibaling dengan sesuatu. Hasbullah ketawa terbahak-bahak apabila ideanya ‘menjadi’. Nurul Iman mengigit bibirnya melihat ketawa abangnya yang seorang itu semakin menjadi-jadi. Ikutkan hati mahu saja dia mencekik-cekik abangnya itu. Biar puas hati. Nasib baik sabar masih membentengi dirinya. Kalau tidak…Dia memandang abangnya dengan pandangan yang tajam.
     “Alah, sorilah dik. Sekali-sekala nak bergurau takkan tak boleh. Lagipun kita kan jarang-jarang jumpa. Nak juga abang long kacau adik abang sorang ni. Takkan marah kot,” kata Hasbullah sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan adiknya. Nurul Iman hanya tersenyum pahit dengan kata-kata abang longnya. Mungkin dia tidak mempunyai mood untuk bergurau pada hari ini.
     “Yelah tu, bang. Abang long sampai bila? Kak long mana? Tak nampak pun.” soalnya. Matanya meliar mencari kelibat kakak ipar sulungnya itu.
     “Abang long baru sampai tadi. Kak long mestilah datang. Dia ada kat bawah dengan umi. Faham-faham ajelah, dik. Kak long kan dah sarat mengandung tujuh bulan. Mana larat lagi nak naik-naik tangga ni. Kalau larat pun abang takkan benarkan kak long naik tangga atau buat kerja berat-berat. Kalau jadi apa-apa macam mana? Siapa yang susah? Abang long juga,” panjang lebar Hasbullah bercerita. Nurul Iman mengangguk-anggukkan kepala tanda memahami apa yang diceritakan oleh abangnya. Dia tersenyum simpul.
     “Tak sangka abang long ni gentleman juga ya. Ingatkan asyik pandai usik orang aje. Maklumlah tak lama lagi abang kan akan jadi bapa,” perlinya dengan nada bergurau.
     “Nak buat macam mana, dik. Abang long ni semakin hari semakin tua. Bukannya semakin muda. Orang tua-tua cakap lelaki yang semakin meningkat usianya dia akan menjadi semakin matang. Apatah lagi apabila sudah nak jadi bapa ni. Abang long mestilah take care dengan isteri dan my future child,” ucap Hasbullah sedikit teruja. Hasbullah mencuit hidung mancung milik adiknya seraya tersengih. Nurul Iman menjuihkan bibirnya.
     Sebagai anak sulung, Hasbullah diakui sememangnya seorang yang terkenal dengan sikap prihatinannya terhadap adik-beradik. Dia tidak pernah lokek untuk membantu adik-adiknya. Dia juga seorang yang ringan tulang sehinggakan dia sentiasa disenangi oleh orang di sekelilingnya terutama  para pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat golongan masyarakat. Malahan ada pelanggan yang berrhajat untuk menjadikannya menantu namun hampa apabila Hasbullah mengambil keputusan untuk mendirikan masjid bersama wanita yang dia cintai.
     Nurul Iman amat mengakui bahawa Hasbullah sememangnya seorang yang berpendirian tegas. Setiap keputusan dan tindakan yang diambilnya mestilah dilaksanakan dan diakuri. Tidak siapa yang dapat menolak dan menghalangnya termasuklah Nurul Iman dan adik-adiknya yang lain. Jadi tidak hairanlah Hasbullah dipilih untuk menggantikan tempat walidnya dalam mengendalikan syarikat keluarga kami, Syarikat Nur Wildan Sdn.Bhd. Walidnya begitu mempercayai dan yakin dengan setiap keputusan anak sulungnya itu kerana setiap keputusan yang bernas yang diambil oleh Hasbullah semestinya telah difikirkan dengan masak-masak dahulu sebelum dilaksanakan. Alhamdulillah, setakat ini syarikat milik walidnya itu berjalan lancar di bawah pengelolaan abang sulungnya.a dia merasakan lelaki di sebelahnya merenungnya dengan pandangan yang aneh. Tidak pernah abangnya merenungnya dengan pandangan sebegitu.
     “Kenapa abang long pandang adik macam tu. Ada yang tak kena ke?” soalnya hairan. Pipinya berubah kemerahan. Dia menjadi malu.
     “Adik. Kalau abang long tanya sesuatu boleh?” tanya Hasbullah lalu meletakkan tangannya di atas bahu adiknya. Nurul Iman mengangkat wajahnya. Mata abangnya yang bundar itu ditenung. Wajahnya menunjukkan minat. Berminat dengan apa yang ingin ditanya oleh abang longnya.
     “Boleh. Tanyalah, apa dia?” balasnya ringkas. Dia memandang Hasbullah dengan penuh tanda tanya. Hasbullah membalas pandangannya dengan dahi yang berkerut bagaikan banyak sekali persoalan yang ingin ditanya olehnya.
      Hasbullah mengalihkan pandangannya ke arah luar beranda. Melihat pemandangan petang yang begitu indah sekali. Keindahan petang begitu dirasai lagi apabila ditambah dengan bunyi suara merdu sekumpulan sang burung yang hendak pulang ke sarang masing-masing. Warna merah jingga yang diserlahkan oleh sang suria jelas memberitahu bahawa ia bakal melabuhkan tirainya untuk hari ini. Kecantikan ciptaan Allah sememangnya begitu menawan hati bagi mereka yang belum pernah melihat dan menghargai anugerah Tuhan Sekalian Alam ini. Wanita kecil molek itu turut serta mengikuti jejak abang longnya dengan sama-sama menikmati suasana petang yang amat mendamaikan ini.
     “Adik ada masalah di kolej ke?” hanya soalan itu yang terpancul di bibir Hasbullah.
     Nurul Iman terus memalingkan mukanya ke arah Hasbullah. Soalan ringkas Hasbullah mengejutkannya daripada terus mengelamun bersama pemandangan-pemandangan indah. Namun begitu dia takkan cepat melatah dengan soalan ‘cepu emas’ itu. ‘Relax…cool’
     “Kenapa abang long tanya adik soalan macam tu? Kenapa? Muka adik nampak macam ada masalah ke?”  helahnya sekadar untuk menutup apa yang tidak perlu dibocorkan lagi buat masa ini. Hasbullah merenung wajah adiknya bagaikan meneliti sesuatu.
     “Nak katakan muka adik bermasalah, taklah sangat. Tapi biasanya adik akan termenung panjang apabila ada masalah. Kalau ada masalah, cakaplah dik. Abang long sudi dengar. Kalau boleh abang long tolong, insya-Allah abang long akan tolong.
      Ingat,jangan pendam seorang diri. Merbahaya. Jangan biarkan masalah-masalah yang dipendamkan oleh adik selama ini meletus sampai menjadi seperti letusan gunung berapi yang akan menyakitkan diri sendiri,” jelas Hasbullahdengan perasaan kasih kepadanya. Tangannya diletakkan di atas tangan adiknya itu. Mungkin untuk memberikan semangat kepadanya sebagai seorang adik perempuan tunggalnya.
     Nurul Iman menunduk. Nafasnya terasa sesak sekali. Begitu senang abang long menghidu masalahnya meskipun dia menyimpan ia kemas di lubuk hatinya. Tidak siapa yang tahu kecuali dia dan Tuhannya Yang Satu. Jarinya dikepal dan dibuka. Berkali-kali dia mengulang perbuatan sedemikian. Pada masa yang sama otaknya juga ligat berfikir tentang cara untuk melindungi masalahnya daripada diketahui.
     ‘Apa yang aku nak beritahu abang long ni? Adakah aku perlu berterus-terang atau sebaliknya?’ omelnya dalam hati.
     “Nothinglah, bang long. Adik ok aje. Sihat walafiat lagi. Insya-Allah, jikalau adik ada masalah, adik akan cuba selesaikannya sendiri dahulu. Kalau tak boleh handle sangat barulah adik akan beritahu abang long. Boleh?” ucapnya untuk menyedapkan hati lelaki itu. Belum tiba masanya lagi untuk dia memaklumkan hal itu.
     Hasbullah mencari kebenaran di wajah adiknya. Matanya terkandung pelbagai maksud tersirat yang tidak dapat dibaca oleh Nurul Iman. Hasbullah masih menginginkan kebenaran yang sebenarnya daripada Nurul Iman. Adakah jawapan adiknya itu masih belum relevan untuk pertanyaannya itu?
     “Betul ke ni? Abang long macam tak percaya aje! Adik tipu abang long atau tak nak beritahu abang long tentang hal sebenar,” Hasbullah ragu-ragu. Dia sememangnya seorang yang peka terhadap hal sekeliling! Tolonglah abang…bukan masanya lagi.
     “Betul, bang. Tak ada apa-apa. Abang long janganlah risau sangat. Lagipun adik abang ni sudah besar. Dah nak masuk 23 tahun dah! Tak lama lagi dah nak jadi doktor. Takkan abang long masih tak percayakan adik lagi kot,” jelas Nurul Iman. Harap-harap abang longnya memahami akan kata-katanya.
      Hasbullah tersenyum pahit.
    “Hmmm…abang lupa yang adik abang memang dah besar. Adik di hadapan abang long sekarang bukannya lagi si kecil yang selalu suka mengadu pada abang long apabila dibuli pada 15 tahun lalu. Adik abang long sudah matang. Maaf kalau abang long terlalu mendesak tadi. Abang long tak bermaksud begitu,” sayu sekali suara yang dituturkan oleh Hasbullah seakan merajuk. Wajahnya mulai menunduk. Riak di wajahnya berubah. Sedikit sedih dan kecewa.
     Tersinggungkah Hasbullah dengan kata-katanya tadi. Bukan itu niatnya. Dia hanya ingin abang longnya itu memahami situasinya sekarang. Dia tidak mahu memberitahu bukannya kerana berahsia tetapi dia tidak mahu Hasbullah risau dengannya. Lagipun masalahnya bukannya terlalu penting untuk difikirkan. Itu hanya masalah peribadinya dan Insya-Allah dia akan selesaikannya dengan usahanya sendiri. Nurul Iman mulai rasa bersalah dengan perubahan Hasbullah. Dia mulai berdiam seribu bahasa.
     “Abang long, adik minta maaf kalau kata-kata adik tadi menyinggung hati abang. Tidak terlintas pun di hati adik untuk berbuat begitu. Abang tak perlulah memikirkan sangat masalah adik. Masih banyak perkara dan tanggungjawab yang besar untuk abang long fikirkan.
     Tapi… ini tak bermakna abang long sudah kehilangan adik abang long yang 15 tahun dulu. Abang mesti ingat bahawa adik di hadapan abang ini akan tetap menjadi adik abang long yang dahulu,” ucapnya lalu memeluk abang sulungnya itu. Sesungguhnya dia amat merindui zaman kanak-kanaknya yang sentiasa bermanja bersama abang-abangnya. Maklumlah anak bongsu katakan!
     Hasbullah tersenyum kelat. Dia membalas pelukan itu tadi. Terlalu lama mereka tidak dapat bercakap dan berbual bersama seperti hari ini. Semuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Begitu juga dengan Saifullah dan Hizbullah. Sekarang mereka sedang sibuk menguruskan tanggungjawab mereka.
     “Abang long faham dik,” ujar Hasbullah sambil menepuk-nepuk belakang. Nurul Iman mengangguk perlahan. Air hangat mula bergenang di kolam matanya namun ditahan agar tidak menitis.
     “…..Sudahlah! Jom kita turun. Lagipun dah nak masuk waktu maghrib ni. Nanti kita boleh solat maghrib jemaah sama-sama,” ajak Hasbullah lalu bangun daripada kerusi yang mereka duduki tadi. Hasbullah menghulurkan tangan ke arah adiknya. Huluran itu bersambut. Nurul Iman bangun dari kerusi dengan bergantung pada pegangan abangnya.
     “Mmmm…boleh juga. Asyik walid saja jadi imam. Nak juga rasa abang long jadi imam pula hari ini,” acah Nurul Iman dengan nada bergurau. Hasbullah tersengih. Nurul Iman mengaduh apabila pipinya dicubit oleh abangnya. Berderai ketawa Hasbullah melihat keletah adiknya yang seorang itu. Tidak pernah berubah sifat manjanya.
      Nurul Iman dan Hasbullah sama-sama menuruni anak tangga. Nurul Iman melihat kelibat dua orang wanita yang masih lagi berada di ruang tamu. Dia mempercepatkan langkahnya. Meninggalkan Hasbullah di belakang. Dia berjalan pantas untuk menemui kakak iparnya. Khaidatul Azwa menghadiahkan sebuah senyuman manis kepadanya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.
     “Kak long apa khabar? sihat? Adik rindu sangat dengan kak long. Lagipun dah lama sangat abang long dan kak long tak balik sini,” ujarnya lalu menjeling ke arah Hasbullah. Hasbullah hanya tersenyum nakal. Mungkin memahami dengan ucapannya.
     “Alhamdulillah kak long sihat. Kak long bukannya tak nak balik tapi abang long tu asyik sibuk memanjang. Kerja kak long pula tak menentu. Asyik kena bersedia setiap masa. Tugasan doktor memang begitu. Maklumlah kita ini milik masyarakat. Adik kan dah belajar semua ni,” terang Khaidatul Azwa.
     “Adik tahu. Adik bergurau jelah. Adik faham. Kak long balik lama ke kali ini?”
     “Kali ini mungkin lama. Mungkin sampai baby ni lahir. Abang long suruh kak long ambil cuti awal sikit. Dia suruh kak long balik sini. Katanya senang sikit ada umi dan ibu untuk tolong jagakan kak long. Di rumah kak long mana ada orang dik. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada kak long susah juga nanti.”
     Nurul Iman menganggukkan kepalanya. Mengiyakan apa yang dikatakan kak longnya itu. Hajah Aishah hanya memerhatikan gelagat Nurul Iman dan Khaidatul Azwa. Mata Nurul Iman mencari bayang-bayang Hasbullah. Tiada. Hasbullah sudah menghilang entah ke mana. Ke bilik air barangkali. Lagi pula azan maghrib sudah sayup-sayup berkumandang pada waktu ini.
    Nurul Iman meminta diri untuk ke biliknya. Ada urusan yang lebih penting untuknya selesaikan daripada berbual meskipun dia merindukan perbualannya dengan kakak iparnya itu. Namun urusan dengan Allah perlu diutamakan dan didahulukan daripada segala-segalanya. Dia ingin bersedia untuk solat maghrib berjemaah. Sesungguhnya solat pada awal waktu amat disukai oleh Allah dan Rasul.

Wahai Tuhan aku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ilahilastulilfirdausia’alawalaakua’alannariljahimmi
Fahablitaubattauwafizunuubiifainnakarofilutzambilaziimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Dada Nurul Iman berasa sebak sekali. Suara lunak Hasbullah yang mendayu dan merintih itu meruntum hatinya. Setiap bait-bait zikir yang keluar dari bibir Hasbullah membuatkannya semakin merindui. Rindu yang tidak akan pernah terpadam. Rindu yang akan sentiasa kekal di hatinya. Tangannya diangkat. Wajahnya menunduk menadah doa kepada Al-Khalik yang satu. Air matanya jatuh satu persatu dari tubir matanya.

  ‘Ya Allah ya Tuhan kami. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami. Ampunkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami. Ya Allah terimalah solat kami. Amalan kami. Ibadah kami. Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami. Engkau sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami sejak kecil. Berikanlah mereka kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Biarlah hidup kami dalam iman dan mati kami juga dalam iman. Berikanlah dan kekalkanlah hidayah dan petunjuk-Mu kepada kami. Sesungguhnya kami hanyalah insan kerdil yang selalu mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada Mu. Kami tahu Engkau tidak akan pernah jemu mendengar doa hamba-hambaMu. Ya Allah tunjukkanlah kami jalan di saat kami tersesat daripada jalanMu. Ampunkanlah kami sekiranya kami melupaimu ketika kami tidak menyedarinya. Puaskanlah hati kami dengan nikmatMu. Tuhanku,Engkau titiskanlah rahmatMu yang teragung dan terangilah kalbu kami dengan Nur Iman. Ya Allah, sesungguhnya solat kami.ibadah kami, hidup kami dan mati kami hanyalah untuk Allah…..’

     Air matanya semakin laju mengalir di pipinya. Tidak dapat ditahan. Suara rintihan Hasbullah yang bercampur dengan tangisan itu membuatkannya menangis teresak-esak. Kain telekungnya yang tadinya kering kini sudah dibasahi dengan air mata hangatnya. Ya Allah cukupkah lagi amalanku selama ini untukku bawa menghadap di hadapanMu nanti? Adakah aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku kepada diriku ataupun keluargaku? Ya Rasulullah adakah Engkau akan menerimaku sebagai umatmu? Adakah aku layak untuk menjadi umat yang berpeluang menatap wajahmu kelak? Adakah aku berpeluang… rintihnya dalam hati. Tangisannya semakin menjadi-jadi.
     Nurul Iman memeluk tubuh uminya kemas. Dia melepaskan segala tangisan di bahu uminya itu. Lama sekali. Abang long dan kak longnya hanya memerhati. Memahami dengan sikap adik mereka. Hajah Aishah mengurut belakang anaknya lembut. Dia cuba menenangkan anaknya. Nurul Iman teresak-esak lagi. Nurul Iman juga tidak mengerti mengapa tangisannya semakin lama semakin lebat. Dia merasakan bebanan dan masalah yang dikumpulnya sendirian selama ini dapat diluahkan dengan tangisan ini. Dia meleraikan pelukan kejap itu apabila tangisannya semakin berkurangan. Tangan uminya  mengelap air mata yang tadinya melaju di pipinya. Pipinya diusap dengan penuh kasih sayang. Dahinya dikucup lembut oleh umi.
     “Kenapa ni, nak? Ada masalah ke? Jikalau ada, cakaplah.” lembut sekali suara itu bertanya.
     “Tak ada apa-apa. Umi jangan risaulah.” Nurul Iman berusaha untuk tersenyum.
     “Macam mana umi tak risau kalau anak umi menangis macam ni. Adik jangan bohonglah dengan umi. Umi kenal anak-anak umi. Daripada abang long, abang ngah, abang chik hinggalah adik. Semuanya umi kenal. Anak-anak umi tak pandai berbohong dengan umi.”
       Nurul Iman menunduk. Dia tahu uminya amat arif tentang anak-anaknya. Tetapi dia tetap dengan pendiriannya.

   dah habis baca?rasa2 ad sambungan x??hmmmm!!!ad kut..kalau nak taw..just follow aje..mne ler taw ad smbungan kan3!!ok la korang...masa yang ad ni jgn dirugikan..gunakan sebaiknye..take ur time..bhagikan masa ngan btul2 taw..utk diri sendiri,blaja,keja,kluarga, dan juga ALLAH...
   di waktu kaya ingatlah pd Allah
   di waktu miskin ingatlah pd Allah
   di waktu sihat ingatlah pd Allah
   di waktu sakit ingatlh pd Allah
sblm buat ap2...ingatlah pd Allah..tata korang..assalamualaikum!!time kasih!!(ala2 allycat ckit!)hahaha..


xiexie for reading!