: team warrior :

Saturday, October 12, 2013

pilihan terbaik

Assalamualaikum

   Balik cuti untuk Aidiladha. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya petang jumaat. Wanna to share something that happened to me or maybe its happened to others too. Maybe. So keep reading. haha. FYI, yong adalah one of the student yang sangat lemah dalam Math sampai cikgu pun kenal. Masa skul rendah, every exam yong selalu kena panggil dengan cikgu gara2 Math. Tak tahu dah nak jawab apa kat cikgu. Yong memang dah lemah bab tu. What can i do?? Belajar Math dengan umi pun sampai nangis2 ni kan pula... Dugaan betul belajar Math ni. Pendek kata yong benci la Math nih. Sangat~

   Masa skul menengah, yong pun biasa2 je. Tapi yong suka la jugak Math Moden compared to Add Math. Meraban je aku kalau ngan Add Math. Cikgu ngajar depan pun rasa macam tak ada beza jer. Huhu. Mahu bilang apa sih. Time tu selalu tertanya-tanya macam mana la orang lain boleh belajar add math ni? Siapa la cipta add math ni? kenapa la perlu belajar add math? kenapa? mengapa? macam mana? sume jenis soalan yang keluar. Stress betul bila kena amik ni. Almaklumlah aku bukan budak otak Math. Take time jugak la aku nak memahami situasi yang berlaku dalam solution tu. Bila tengok kawan2 yang pandai math, rasa macam diorang ni awesome giler. Nak2 time cikgu bagi soalan, macam2 formula yang diorang tulis atas kertas. Tangan ligat woo jawab soalan. Dan aku... Haha. Bertambah lagi la rasa tak suka aku pada Math.

   Time matrik pulak, macam keajaiban berlaku dalam hidup yong. Miracle yang yong sendiri rasa macam 'weh betul ke nama aku tu?' Nak jadi ceritanya masa sem 1, yong jadi one of the five students from my class dapat A dalam Math. Budak yang sangat lemah dalam Math dapat A kat matrik. Giler yong tak pengsan. Sampai mintak kawan yong tengokkan no matrik kat board result. Mana taw kut2 salah. Taklah yong terlebih perasan khon. Setiap kali yong lalu kat board tu sure yong akan berhenti dan cek no matrik kat board. Seyes yong tak percaya sampai tahap yong nak p jumpa sendiri lecturer and nak cek balik kertas exam tuh. Gigih yong at dat time. hehe. Citer kat umi pun sambil merapu-rapu cakap maybe tu bukan result yong. Lama jugak amik masa nak terima kenyataan. Muahaha.

   Hampir setahun study kat matrik melaka, yong apply kos yang mostly bahagian kesihatan dan sains. Yong takkan mintak math la kan. Never say never. Haha. Kalau pilih pun memang pilihan terakhir la tapi yong tak pilih pun. Tak ada dalam 8 pilihan. Tekad dah tak nak amik math sampai nota2 masa matrik dulu tinggal aje kat dalam bilik. Good bye math! Ha.. gituh. Salam terakhir la kat nota2 math tu sume.

   Siapa sangka kan? Ketentuan Allah tu lagi hebat dari perancangan manusia. Ya, memang yong rancang tak nak amik math dah tapi Allah berikan apa yang kita perlu bukan yang kita mahu. Bila dapat tahu yang yong dapat kos financial math kat U sekarang. Nak nangis pun macam tak boleh. Terkaku. Beku je depan lappy sambil ulang2 baca kos yang yong dapat. Beberapa minit lepas tu baru lompat2 gitaw parents. Bagitaw pun dalam keadaan yang still tak percaya. MATH?? Huwarrggghh.. apa lagi terus col pak sedare, mak sedara, sepupu bagai. Tanya macam mana nak tukar kos ni. Tak nak la math. Tak nak. Tak nak. Time daftar pun macam terima tak terima aje kos ni.


   Bila dah berada dalam kos ni, baru yong faham yang Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dari hari ke hari bulan ke bulan yong mula reda dan pasrah dengan ketentuan ni. Yong yakinkan diri yang Allah takkan letakkan yong kat tempat ni tanpa reason. Mesti ada sebab. Mesti ada tujuannya. Kalau nak tukar kos ke kos actuary boleh aje, tapi yong tak nak. Rasa hati dah bertaut dengan kos ni sebab yong rasa Allah dah pilihkan kos ni untuk yong. Yong kena struggle untuk kos ni dan cari hikmah di sebaliknya. Yang penting yakin dengan Allah. Kadang2 apa yang kita benci tu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Dan sekarang yong bahagia dengan math even kadang2 sakit kepala jugak nak faham. Ala.. namanya belajar tak ada yang senangnya. Kunci dia Rajin.

   USIM pun actually not in my list but like I said, Allah know better than us. Be grateful and appreciate it. Soon you will find what the sweetiest in this plan. Even kadang2 rasa pahit sangat nak terima kenyataan tapi bila kita terima dan bersyukur. In shaa Allah, Allah akan permudahkan. Yakin dan percaya like Allah said in surah Al-Baqarah, 216:

    "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "





Dan ini lah yong sekarang. This is my life now with my frens. Financial math students. Doakan kami graduate 2 tahun lagi. Ijazah pertama yep! Amin. 

xiexie for reading!

Friday, September 27, 2013

Happy Sweety 20

Assalamualaikum.. salam Jumaat!

   Dah tua rasanya bila umur dah masuk angka puluhan ni. mehmeh. Biar pun masih muda. Haha. Muda sangat khon. Alhamdulillah ya Allah kerana masih beri peluang untuk aku merasai umur ni. Umur yang akan membawa aku ke fasa seterusnya. Fasa yang lebih mematangkan aku dengan tanggungjawab yang lebih banyak. Dalam perjalanan waktu sebelum sampai kepada umur ni, rasanya pelbagai rasa yang telah aku lalui. Iyalah kan perjalanan hidup kita tak akan semuanya manis. Mesti akan ada pahitnya. Sebab Allah tak nak kita terlalu senang dengan kemanisan tu. Manis dan Pahit perlu dikongsi bersama. Baru lah adil. Yang bezanya cuma bagaimana kita handle rasa pahit tu supaya lama-kelamaan menjadi manis. Kata warriorsenyumbergaya kan! haha.

   The most word i want to say is Thank You to my umi becoz telah bersusah payah mengandung dan melahirkan yong. Maaf kalau telah menyusahkan umi selama umi mengandungkan puterimu ini selama 9 bulan 10 hari dan sepanjang yong membesar sehinggalah sampai umo ni. Dah besor rupanya anak umi ni. haha. Ummi, kerana pengorbanan ummi lah yong dapat melihat dunia ni dan menikmati kasih sayang dari umi and abah. Rasanya tak terhitung dan terbalas pengorbanan tu. Nak ucap terima kasih pun sebenarnya belum cukup. And to my dearest hero, abah.. Thank You too to take care about me. Update my stories by calling me always. Your stories made me laugh and at the same time can release my tension. Abah jarang marah yong berbanding yang lain sampai i forgot when the last time you're scolded me. Kadang2 sengaja buat perkara yang abah akan marah coz nak dengar abah marah yong. hehe. Takde kheje kan yong ni. Whatever it is I LOVE U BOTH SOOO MUCH!

   Yong dah 20 tahun sekarang. Terima kasih sebab jaga yong baik-baik, bagi yong pelajaran, ajar yong agama, lengkapkan keperluan yong, memahami yong dan many more things you all did for me. In shaa Allah yong akan jadi anak yang membahagiakan both of you. Sedih pulak rasa. Doakan yong eh. Berjaya dunia dan akhirat. My brothers, i love u too more more and more.

tenkiu achik for chocolate cake..my feveret one.. hmm2

   To my handsome and sweeties friends,aunties,uncles and cousins.. xiexie for your awesome wishes. Hope doa kalian for me dikabulkan and yong akan doakan kalian juga. Kita sama2 berjaya dan moga mendapat mardhotillah bersama. For my 'sweet dalam diam' frens.. syukran untuk taching lagu from anje, suprise cake from achik and cute 'che ted' from FA. Thanks korang kerana hadir dalam hidup yong and give me a lot of colours in my paper life. You're very meaningful for me. Korang adalah antara insan2 yang dikirim Allah untuk memberi kebahagian, pengalaman, kemanisan, kepahitan supaya yong lebih matang dan kuat untuk menghadapi setiap cubaan hidup ni.

FA suh panggil che ted.. peluk kemas2.. mintak main2 je ngan FA. tapi tak sangka dia bagi betul2. hehe.
terharu tengok bantal ni duk terdampar atas katil.. lama da ta dapat hadiah..gitulah ghupanya..

   Semoga pertambahan umurku mendapat keberkahan dari Allah. Alangkah ruginya aku andai nikmat umur yang diberikan ini aku manfaatkannya dengan perkara melaghokan dan jauh dari Tuhanku. Ya Allah, berkatilah umurku dan pimpinlah aku ke arah jalanMu. Semoga taufiq dan hidayahMu selalu mengiringiku.
  

Thursday, August 29, 2013

jejak kasih

Assalamualaikum

   Masih dalam mood syawal. Alhamdulillah kerana Allah masih sempatkan kita dalam bulan ini. Entry ni yong tak nak citer lagi how my syawal this year but as to know that its was very meaningful syawal for me. So, i will story it later. Actually bila diberikan cuti yang panjang dan lama ini sangat tidak bagus bagi mereka yang tak pandai memanfaatkannya and of course la budak itu adalah diri sendiri. Ni ke remaja yang nak membantu agama? Malu. Yong banyak habiskan masa dengan mengadap lappy and tv. Yeah.. like other teenagers nowadays. So unlucky me!

   Dulu time yong kecik2, yong ada ramai mak angkat a.k.a pengasuh la. Bertukar silih berganti. Kalau tak salah dalam 4 orang. Maklum la kehidupan berkuarters tu sangat best dan owsome ukhwahnya. Jiran pun dah macam adik-beradik. Seorang sakit semua merasainya. Nak mintak tolong pun senang. Anak jiran pun macam anak sendiri. Time my parents pergi kerja, yong akan duduk dengan my pengasuh. Agak beruntung sebenarnya bila ada ramai mak angkat ni sebab otomatik dapat abang dan kakak angkat segera. Tibe2 adik beradik bertambah. Sekarang umur yong hampir mencecah puluhan tahun, rindu pada kenangan kanak2 sangat menjadi2. Almost 14 tahun tak berjumpa, seperti terbayang-bayang lagi how naughty we are.

   Baru2 ni yong request to my parents nak jumpa one of my neighbour, cik Nah yang tinggal dekat dengan rumah kami sekarang. Request approved! Alang2 dah berhari rayer, so ziarah la sekali. Rindu teramat sebab dulu jiran sebelah rumah aje. Sampai aje rumah cik Nah, peluk cium la apa lagi. Dia terkejut dengan perubahan yong yang dah anak dara sekarang kan. Mana taknya last jumpa pun masa yong 6 tahun. Ingat lagi main kejar2 dengan anak dia. Haha. Zaman kanak2 dah lama berlalu tapi kenangan takkan pernah tinggalkan kita kan. Unfortunately, ada jugak yong lupa anak2 cik Nah yang akak2 dan abg2. Yong masih kecil masa tu and I can't remember clearly. But they ingat yong. I'm sorry!

parents and cik nah

   Yong sangat happy masa tu even muka tak dapat pancarkan kegembiraan tu dengan baik. Haha. Sempat la tukar2 nombor and add Fb dengan anak2 cik Nah. Hope tautan saudara ini berterusan sampai akhir hayat. 

   cik Nah : ekgi bilo dah ada suami ke ad keluarga ke jangan lupa cik Nah deh..
   yong : * gelak ajer* In shaa Allah cik Nah.. takkan lupa..

   In shaa Allah. Semoga Allah kekalkan hubungan ini. Raya tahun lepas yong dah ziarah my pengasuh, cik Pah. Terubat jugak rindu ni. Jumpa kawan2 sepermainan dulu yang dah besar2. Dah boleh jadik bapak orang dah. Dulu banyak kawan dengan budak2 laki sebab tu ada kasar sikit. khonon! Haha. Aku tengok kau. Kau tengok aku. Terkejut dengan perubahan masing2. LOL. Tahun ni je tak berpeluang nak ziarah mereka lagi. Jumpa cik Nah ni pun dah syukur Alhamdulillah.

    yong : cik Nah, ekg mari la jalan umah deh..
    cik Nah : tunggu mung kahwin dulu la.. *sambil senyum*
    yong : hmmm.. lambat lagi la cik Nah sampai dumoh..

   Ok la. Ni jer nak share. My precious moment! Have a nice day.. dan jangan lupa habiskan puasa 6 syawal. Berapa hari je lagi. 

ps : tibe2 pasal kawin je nak highlight. nak buat cane tu je yg cik Nah highlight. hehe
   

Xie xie for reading!

Monday, August 5, 2013

Ramadan bakal melabuhkan tirai

Assalamualaikum

   Diam tak diam Ramadan tahun ni berbaki 2 hari lagi maksudnya sudah 27 Ramadan 1434H. Macam mana Ramadan tahun ni? Lebih baik dari tahun lepas? atau sama dan tiada perubahan daripada bulan biasa? Ya Allah.. cepatnya masa berlalu secepat air sungai yang mengalir. selaju angin yang bertiup. Dan aku dengan Ramadan sepertinya aku insan yang gagal menghargai bulan ini sebaiknya tidak seumpama para sahabat yang sangat menghargai bulan mulia ini. Azamku sebelum Ramadan seperti tidak menemui kata kejayaannya pada penghujung bulan ini. Sedih. Hampa. Kecewa. Nak marahkan siapa jikalau tidak pada diri sendiri yang begitu lemah sehingga tidak mampu melawan nafsu sedangkan syaitan dan seangkatan dengannya telah digari. Nikmat manakah yang hendak kamu dustakan?

   Namun, di kesempatan 2 hari ni jangan dipersiakan. Selagi ada masa dan Allah berikan peluang teruskan dengan pecutan ibadah. Allah selalu memberikan peluang kepada hamba2NYA tetapi hamba-hamba ni sahaja yang selalu tidak menghargai setiap peluang yang diberikan. Andai dahulu para sahabat menangisi pemergian Ramadan. Menghargai setiap detik Ramadan dengan meningkatkan solat sunat dan ibadah lain. Rasulullah pula bengkak kaki kerana beribadah sedangkan baginda telah dijanjikan syurga oleh Allah. Bagaimana dengan aku? Insan yang belum tentu dijanjikan syurga dengan ibadah yang tidak seberapa ini. Allahuallah.

  Ramadan.. i will miss you again because you will left me. I hope i will meet you in next year. I never let you go... tangisan Ramadan yang bakal pergi.. Ramadan jangan pergi..


   Teruskan beribadah di dalam bulan ini. Pecutan terakhir untuk beberapa hari ini. Semoga dengan keberkahan Ramadan ini dapat membentuk peribadi dan akhlak yang baik melalui ibadah yang telah kita lakukan pada bulan mulia ini. Istiqomah dengan setiap amalan yang telah kita laksanakan pada bulan seterusnya. In shaa Allah.. Ramadan di hati!


xiexie for reading!

Tuesday, July 23, 2013

jalan-jalan kat wakaf che yeh

Assalamualaikum , salam Ramadan!

   Okeh aku ada story nak share ni. haha. Seronok bebenor umi aku semalam nak pergi wakaf che yeh sampai gigih minta pelan jalan dengan kawan dia. Balik aje kerja terus pecut pergi sana. Aku on je la sebab aku bosan kut duk umah kat besut ni. Tak ada kerja nak buat. So bila umi ajak pergi wakaf che yeh. Senyum sampai kat telinga ler. Berberonok-beronok kita taw. hehe.

   Ni firsrt time aku sampai sana. Asyik dengar cerita dari pak sedara aku aje bagitahu sana macam2 orang jual barang. Tapi jual orang tak ada la hokay. Choi. Harga kat sana pun not bad la. Boleh lego-lego dengan taun kedai. Gunakan skill memasing. haha.  Kitorang sampai sana pun dah nak dekat berbuka, so cepat2 la p cari kedai makan area2 situ. Selepas selesai semua, misi bermula. Muahahaha. Awal2 tu tak ada orang sangat lagi coz orang baru nak buka kedai. Kitorang jalan-jalan je la dulu. cuci-cuci mata. Bila 9 lebih, kedai2 pun buka dengan rancak dan gembiranya. huhu. Aku pun dah nampak kedai2 yang buat aku rasa macam nak pengsan.

   weelaweh.. banyak benda ada kat sini. Baju cantik. Tudung cantik. Beg cantik. Alah semua cantik menarik kau memang deboom lah. Macam nak beli semua. Ni la bahananya datang tempat-tempat macam gini. Aku rambang mata sampai tak tahu nak beli apa. hehe. Umi aku bukan main lagi beli itu beli ini. Siap amik nombor dengan pekedai tudung dan jubah kat sana. Mana tahu kut nanti nak borong banyak-banyak, katanya. Umi aku memang! haha. Dah alang2 kan so cari la terus untuk raya ni. Baju dah ada. Sekarang nak cari tudung aje.


   Ingat tak nak cari baju tapi terbeli jugak. haha. baju kurung ni umi aku yang belikan almaklum la tahun ni pakai jubah. Nak tempah buat baju kurung dah tak sempat. so beli yang dah siap. Aku pun pilih la colour ni coz hari tu dah beli tudung satu colour macam ni. Jimat ler sikit. Aku suka sulaman dia. Baju ni harga RM100 asalnya. Pastu lego2 dapat la RM90. Mula-mula tuan kedai tak bagi harga tu. Tapi pandai2 la buat skill helah sikit. Dapat la kan!

butterfly shawl

    Aku berkenan naw dengan corak butterfly ni. Tak tahu kenapa. haha. Kebanyakan tudung kat sana corak ni. Memang trend sekarang kan. Saya suka. Saya suka. Semalam pun dah sampai rumah dalam 12 lebih. Letih. Penat. Semua ada. Nampak gayanya abah aku nak buat trip ke dua pergi sana. Semalam pun dia tak membeli sangat sebab anak teruna dua orang tak balik lagi. Angah and adik start cuti seminggu sebelum raya. Diorang tu cerewet kalau nak tolong belikan. Nak2 si adik tuh. Mengalahkan pompuan cerewetnya. Layankan je la. Abah cakap kena bawak diowang datang sini. Huhu. We wait and see je la nanti.

   Okay.. yang ni je nak share. Korang2 nak cari barang raya boleh la pergi sana. Orang cakap makin tengah malam makin meriah. Harga pun berdouble-double meriahnya. Gaji kan dah nak masuk. Haha. Happy Ibadah in Ramadan!

xiexie for reading!  


Monday, July 22, 2013

its Ramadan!

Assalamualaikum

   Tak sangka cepat ajer masa berlalu. Hari ni dah pun masuk 13 Ramadan 1434H. Ramadan? Yes ramadan. Blog dah terlalu bersawang sejak ditinggalkan sampai dah lupa macam mana nak start tulis balik. Haha. Diam tak diam sedar tak sedar kita sudah menghabiskan fasa pertama dalam bulan Ramadan. Dan sekarang kita sedang melalui fasa kedua iaitu fasa keampunan. Allahuallah. Indah dan rahmatnya Ramadan ni kan.

   So far macam mana Ramadan korang? Puasa macam mana setakat ni? Takkan lembik lagi kut. Ni dah nak setengah bulan dah ni. Malu boh. hehe. Alhamdulillah Allah sampaikan jugak kita dalam bulan seribu bulan ni kan. Bila nak sampai pertengahan puasa ni mesti ramai yang sibuk-sibuk nak cari baju raya. Nak buat kuih raya. Alah sebelum raya pun dah ada yang siap rite. Rutin setiap tahun memang macam tu. Tahun ni yong pun bersederhana je. Baju raya pun pakai jubah yang umi belikan time umrah hari tu. Ada yang tanya ke? haha.

   Bulan Ramadan ni kan bulan ibadah. Ni lah masa untuk kita lipatkaligandakan usaha kita untuk beribadah sesungguh-sungguhnya. Ye la kan sume dah tahu ganjaran yang dapat bila beribadah bulan mulia ni. Dengan rahmat kasih sayang dan sifat pemurah Allah, Dia berikan kita bulan ini supaya kita dapat beribadah kepadaNYA. Takkan kita nak sia-siakan macam tu je kan. So, grab peluang ni untuk melakukan amalan-amalan sunat dan upgradekan yang wajib.

   Macam pelik la kan kalau puasa tapi tak solat. Kalau puasa tapi mulut masih mengumpat. Kalau puasa tapi mata masih liar memandang yang bukan muhrim atau apa2 yang tak patut dipandang. Kalau puasa tapi masih buat perkara2 haram. Bulan Ramadan ni bulan untuk bermuahasabah jugak. Muslimin muslimat sekalian jangan sia-siakan puasa korang hokay! Sangat rugi. Buat penat je puasa tapi still tak leh tahan diri untuk avoid dari benda2 tu semua. So bad! Segala nenek moyang syaitan dah kena ikat. Sepatutnya kita lebih kuat untuk lawan nafsu diri ni sebab salah satu musuh kita dah tak ada. Jom buktikan kita mampu. Sekurang-kurangnya ada perkara yang baik dapat kita bentuk dari bulan barakah ni kan.

   Lastly... selamat berpuasa korang! Bulan ramadan jangan membazir terutamanya berbelanja time pergi bazar Ramadan. Terawih, cuba jangan tinggalkan even ni ibadah sunat. Terawih tak ada dalam bulan lain taw. Sebulan je pun. Kurangkan tidur dan banyakkan baca Al-Quran. Kata nak Khatam Quran dalam bulan ni. Harap segala target nak capai dalam bulan Ramadan ni tercapai. Amin..


Xiexie for reading!

Monday, June 24, 2013

miss u sweetheart :)

Assalamualaikum.. Dajia hao..

    Hehe.  Amik mood sikit sebelum exam mandarin hari rabu ni. Almost of my classmates dah balik kampung and I still terkial-kial di hostel study mandarin. What so lucky me. Mybe ada hikmah even hati ni dah menumbuk-numbuk nak balik. Everyday bergenang air mata nak balik lepas tu jerit kat roomate cakap nak balik. Buruk betul perangai. Tahan je la dengan perangai yong ni. Tak cukup dengan tu pi mengadu pulak to my bro. Kadang2 I think he more matured than me. haha.

   Haaa.. beberapa hari ni kan negara kita dilanda jerebu. Terima kasih kepada penyebab jerebu ini berlaku. Ya Allah, semua dah macam kabus. Bangun pagi ingatkan kabus la pastuh buat gaya nak hirup udara segar. Hidung berkerut-kerut sebab bau asap. Apa la nasib. Maybe Allah sedang menguji kesabaran kita. Nak tengok how we patience with the tests. No merungut hokkay. Bersyukur la dengan nikmat yang Allah berikan pada kita selama ni. Allah nak uji sikit aje ni. Amik Ibrah from the bencana.

   So, korang2 sume di luar sana. Jaga kesihatan ok. Banyakkan minum air. Yang ada asthma tu jangan nak mengada-ngada duk aktif kat luar. Nanti kang makin sakit. Sape yang susah? Family jugak. Sekarang kan students ada lagi yang tak habis exam. Yong nasihatkan kalau tak tahan pakai la mask. Tak kisah mask masking rider ke hape. huhu. Over! Tapi something yang boleh cover your nose. Kat negeri lain dah ada yang kena tutup sekolah coz of jerebu yang sampai tahap dangerous. Take care of your health okay!

   And di waktu macam ni.. I really2 miss them.. my permata hati... lama dah tak balik.. nasib baik la aku tak study obersea.. kalau tak banjir la sana hari2.. haha.. choi!


miss u all, my heart..

miss budak kenit yang selalu buat yong gelak.. cakap macam mak nenek!
and also my kezens too..semua sibuk dengan tanggungjwab masing2.. wish luck for all of you.. terasa time moving like wind. Dulu2 main masak2, cerita2 hantu, gaduh2. haha. kindergarten phase! 

   Today dah 16 sya'ban. Lagi beberapa hari kita dah nak masuk Ramadhan. Bukan pak cik Ramadhan belakang rumah hokkay. Ya Allah, i miss Ramadhan soooo much. Macam baru aje lagi sambut Ramadhan. Ya Allah, temukanlah aku dengan Ramadhan tahun ini. Temukanlah kami dengan penghulu segala bulan ini. Puasa sunat bulan Sya'ban. Rugi taw kalau tak buat!

Xiexie for reading! 

Saturday, April 27, 2013

pesta buku di PWTC

Assalamualaikum w.b.t

Fuuhh.. letih semalam belum hilang lagi. Lepas tuh mengada-ngada nak update blog cik warrior ni secepatnya. Guess where we went yesterday? Yes!! PWTC!!! Tak yah nak beria sangat la yong sampai tanda seru banyak kali. Okeh. Untuk sesape yang belum tahu apa yang sedang berlaku kat PWTC sekarang. Sila ambik note yep. Sebab kalian akan rugi kalau tak datang sini. especially kepada peminat novel tegar. Sekarang kat PWTC ada pesta buku antarabangsa. Antarabangsa tu uolss. haha. tarik nafas. haaa.. sambung balik. pesta buku ni start dari 26 april sampai la 4 mei ni. Sebelum PRU13 la.

   Apa yang syoknya kat sini? Ofkos la buku-buku yang menimbun-nimbun dan bersusun-susun sehingga membuatkan mata kita terjonjol apabila melihat harga yang telah di'diskaun' berpuluh-puluh percent. Puluh-puluh percent tu uolss! Macam-macam jenis buku. Takkan nak biarkan buku-buku macam tu jer. Tak boleh. Kalau korang peminat novel karangkraf, buku prima, alaf 21, jemari seni, PTS or whatever lah. sure menangis tengok harga-harga ni. nak suruh kitorang habiskan duit la ni! nasib baik yong bukan pembeli novel yang tegar,so just pegang, baca sinopsis and then letak balik. hihi. And apa lagi kejutan dia? okeh. korang pun boleh jumpa penulis-penulis novel feveret korang. See! what the suprise. tapi kalau korang bernasib baik la kan. yong terover excited lak bercerita. ye la kan first time datang pesta buku camgini besar. yang dah biasa datang mesti pandang sebelah mata jer. :p

   semalam yong and de gang turun sana sebab nak release tension coz of the very stressful week before. 3 test dalam satu hari. pastu kuiz lagi. ko merungut ke yong? hihi. Cuak kut! lagi cuak kalau tak study banyak lagi. so, we plan tuk turun sini la after dat. sambil-sambil tu boleh habiskan baucer yang diberikan kerajaan dengan murah hatinya. pandai benor siswa ni habiskan baucernya dengan cara yang betul. haha. semalam pun ramai juga sebab baru start kan. not bad la. ada jugak la kena buat adegan langgar-langgar bahu. takleh nak elak sangat. kalau elak kan langgar cik senah sebelah sini. ampun. sabor je la. kat sana korang boleh cari variety of majalah, komik, novel, buku masakan, Al-Quran digital, Al-Quran pelangi dan macam-macam lagi. dengan harga diskaun. tu yang tak tahan tu. peminat komik lawak kampus boleh dapat beg comel kalau beli 4 buah ke atas.* angkat-angkat kening* tunggu apa lagi? misi bermula.


 target buku mana nak grab dulu.


 novel-novel ni boleh dapat rm6 atau rm7 satu.. kakinovel.
menggeleng kepala sambil air liur meleleh. haha. 


 tekun cikgu nisa ni..hihi

 yang ni sume kat ruang karangkraf

     Amacam? view yang membuatkan korang nak pergi sana tak? tak? ok bye. haha. yang aku snap view novel jer coz susunan novel-novel begitu menarik hati aku. kehkeh. kalau kat ruang PTS pun banyak lagi. nak cari buku ustaz Hasrizal? Ustaz Pahroi? Ustaz Farhan Hadi? Ustazah Fatimah Syarha? Prof. Muhaya? Hilal Asyraf? alah.. sume ada. tanya aje kat pekerja sana. Kalau dah habis stok tu yong tak taw la kan. hehe. citer pasal Hilal Asyraf ni. Semalam dia ada. promote buku terbaru dia. 'Takdir 2' sambungan 'Takdir'. yang terbaru jugak tajuk 'relasi'.

 got his signature and pic
alhamdulillah dapat jumpa sume penulis peveret yong (but bukan kat sini la)..
and seriously they are owsome!


    lama la jugak kitorang merayau-rayau kat sini. sampai sini pun dalam 3 lebih. keluar pun dah 7 lebih. tu pun tak cukup masa lagi tuh. dah bagi limit nak langgar-langar lagi. choi la korang. haha. lepas solat asar terus tanya,

   A : ha..nak sambung pergi mana pulak lepas ni?
   B+C+D : aku nak pergi tengok buku ni. 
                 : aku nak beli buku Hlovate la pulak.
                 : aku nak buat yang lukis muka aku tu. 
                 : aku nak beli komik lawak kampus. beg dia comel. boleh bawak g kelas. -,- 

   hihi. macam-macam perangai. layankan je la. nantikan ada pulak yang kempunan. layan-layan sampai tujuh lebih kan cik-cik kak sekalian.

 dah lapar sangat. aiskrim pun dah nampak macam burger. wakaka..

 tengok kemain ceria muka bila dapat beli buku yang berhajat di hati. huh

   so korang.. kalau ada masa terluang. pergi la sini. nak-nak student yang sangat pening kepala nak habiskan baucer tu untuk apa lagi kan. takyah pening-pening. kalau datang sini in shaa allah habis. ingat sikit. baucer tu ada limit time tau. haha. mak ayah pun boleh datang belikan buku untuk anak-anak. dari kecik sampai la besar. buku colour-colour ada jugak. diskaun tu mak cik pak cik! 

   one more thing bila yong datang sini semalam. dapat merapatkan ukhwah yang terpisah. terpisah la sangat kan. ye la study lain-lain tempat. nak jumpa memang susah la. tak sangka dapat jumpa my senior, kak nadirah and frens from my batch. bonus tu. ukhwah dapat. buku pun dapat. yang tak bonus tu, duit je la habis. untung la tuk sape yang baucer belum habis. borong buku bukan main. siap angkat bakul.

 muka sesorang ceria dari awal pegi sampai la balik..gituh aje muka dia..

 kami nak balik da. kami letih.

   sampai U pun dah lewat. memang amat letih la. esoknya ada dalam kitorang nak pergi kursus kahwin pulak. OOpppss.. hehe. selamat menjalani kursus la yep korang. jangan tersengguk sudah. membazir duit yang bayar tuk kursus.

   ooohhh... lupa nak bagitaw. kepada peminat karya Siti Rosmizah. semalam dia pun ada jugak. hari ni tak sure la. ada hasil baru dari beliau tajuk.. 'curi-curi cinta'. kalau tak silap la. tebalnya. mak aih. buku baru ni diskaun 10%. ada yang novel laris beliau diskaun 20% tapi yong lupa tajuk dia. novel Ain Maisara pun ada. kalau bertuah boleh jumpa dia jugak kut. harap bertuah la korang.

 saya bukan pembeli novel yang tegar.
dah tu ni apa? choi. choi. 

    ok la korang. entry yang panjang dari yong. hope enjoy reading. then dapat naikkan semangat korang pergi sana. tempat yang yong suggest time weekend ni. habis lambat lagi tuh.

xiexie for reading!
wassalam 
  


Saturday, March 30, 2013

random story

Assalamualaikum

   Blog cik warrior agak menyepi kebelakangan ni. memenuhi masa dengan perkara yang terlebih penting dahulu. mengikut kepentingan la katakan. ecececeh. menggaru kepala sebenarnya nak cerita pasal apa. nak citer sal diri sendiri? hmmmm.. still menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti biasa. keluar pagi balik petang. makan. solat. study. tido. stay up. usrah. discussion. meeting. anything else. takkan nak bagitaw sume. choi la.

   sebenarnya sedikit demi sedikit saya sedang melalui dugaan ketika belajar di kampus. dulu mungkin tak seberat ini. dan mungkin tak seringan dulu. macam sama meaning jer tuh. Di sini, saya belajar mengenali sikap dan perangai orang lain. sahabat-sahabat saya dan orang yang bekerja dengan saya ataupun orang yang menjadi pimpinan saya. Allah menguji saya dengan bekerja di bawah mereka. Menghormati ketua itulah yang saya pegang dari dulu sehingga sekarang. Wala' selagi mereka mengikut syariat dan berada di landasan yang betul. yang salah takkan still nak follow jugak kan. lu pikirlah sendiri. betul lah setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. bila dia kurang kita tambahkan. bila kita kurang dia tambahkan pulak. so sweet kan hidup berorganisasi? when we are in organization and as a leader.. please take good care of ur anak buah. Respect them if you want they respect you. remember.. what you give uyou get back, rite? Allah tu sebaik-baik pengatur dan Maha Adil. 


   " bila kita di atas, jangan pernah lupa untuk pandang ke bawah sebab merekalah yang jadi penguat dan penyokong kita. dan bila kita di bawah pulak, jangan lupa tuk mendongak ke atas coz merekalah pimpinan kita. saling menghormati! "


    nak citer ni.. saya tak tahu kenapa duit saya dirasakan cepat habis. cepatnya mengalir seperti air. bahasa agak sastera di situ. haha. baru keluarkan 50 hinggit, bajet-bajet cukuplah utk seminggu. happpuiiih. poyo je sume tuh. berapa hari lepas tuh dah terpacak kat bank balik. hai bank! kita bersua kembali. hehe. apa la yang saya buat erk? tak tahu duit dihabiskan untuk apa. yang ni mintak untuk ni. yang tu mintak untuk program tu. n then when i see my purse. haa!! where my money? 5 hinggit jar? pernah tanya my kezen about this prob.. yang money running like haper la. she admited it and confius how her money can habis just like that in a week. sometime tak sampai pun seminggu. kan? yuuuhhuuu.. same problem with us? maybe setiap students through the same prob kut. Yelah time belajar la time yang banyak nak pakai duit. nak fotostat nota lagi. siapkan assignment lagi. beli buku rujukan. bayar ni. bayar tu. pendek kata banyak benda lah. 

   pernah satu hari tu saya cabar diri sendiri untuk spend rm 20 dalam seminggu.  gigih betul saya waktu tu. jimat sejimat jimatnya. makan sekali sehari. makanan sampingan yang selalu saya buat tu tak pandang dah. bila teringin nak makan pape  memang tak layan. spend duit tuh untuk perkara yang teramat penting sajer selain makan. haha. waktu tu mula la merasai camana orang yang tak terlalu kaya through life at campus. yang terpaksa berjimat untuk kepentingan yg lebih utama. saat orang lain boleh spend duit untuk beli beg baru. baju baru. kasut baru. tapi mereka? mereka tak dapat rasa macam tu. kalau boleh pun mungkin sebulan sekali. atau mungkin setahun sekali. sometime bila kita belajar untuk merasakan apa yang mereka rasa. kita akan belajar bersyukur dan terdetik di hati bahawa ada insan yang lebih susah dari kita.

   " bila seseorang tu melalui betapa susahnya untuk mendapatkan sesuatu mereka akan mula menghargai setiap apa yang mereka ada itu. "



                                  entah ada motip ke idok entry ni. tapi tu je la nak share.

xiexie for reading!



Saturday, March 16, 2013

peliks betul!

Assalamualaikum

Topik yang saya nak citer utk entry kali ni about pelikss people. What nonsense you want to talk about, yong? haha. This is not nonsense ok! I'm really peliks with those people. really. really. sampai tahap saya tanya diri what's wrong with them???

situasi 1

   Its happen in my calculus lecture. My feveret subject. In shaa allah. haha. macam biasa la kalau sebelum mula kelas, we need to prepare first. My lecturer dah warning awal-awal suruh baca notes sebelum kelas dia. Kalau muka blur tu memang dia dah taw la muka-muka yang tak buka notes. choi. kantoi. tapi tu bukan point utama saya. no. no. klimaks bermula di sini. (chewaah.. gituh) time tengah semangat and fokus dengar lecture, adalah insan-insan di belakang saya bercakap. at the first saya tahan lagi becoz dia tanya pasal apa yang lecturer tengah terangkan. so, kawan tu terangkanlah. ingatkan sekejap pastu fokus balik la kan. hoyoyoyo.. lama pulak plus dengan volume yang sedikit meninggi. Masya-Allah. fokus terus terganggu. macam dengar dua orang lecturer bercakap. toink. toink.

   saya pandang kiri pandang kanan. kawan-kawan saya buat muka derk jer. pastu saya berbisik la "aku tak leh fokus la". dengan nada perlahan kawan saya cakap "aku pun". ha. what happen? nak marah? time lecture kut. nak main jeling-jeling. wah.. tak best woo. masa tu terngiang-ngiang dengar suara my lecturer pesan masa first class kiteowang. " time saya mengajar awak jangan nak sibuk tanya kawan awak. fokus. dengar apa saya terangkan. balik baru fikir." sekarang baru saya faham kenapa sir cakap macam tu. kalau ada 2 orang yang terangkan. mana satu saya nak dengar. dan opkos fokus terus terbabas dari landasan.



moral : hormatlah kawan-kawan yang tengah fokus tu. kalau nak tanya kawan after kelas la weh. kalau betul uols nak explain sikit kat kawan tuh, volume suara kasi turun ma. nanti tak pasal-pasal lu punya kawan kat depan naik minyak woo. kawan-kawan yang nak mula faham jadi senget kalau tumpuan diowang terganggu. fokus dalam kelas is important. tembak diri sendiri.

 situasi 2

   Tempat kejadian : surau. benda macam ni dah lama saya perhatikan. masa sem 1 saya macam diamkan jer and memerhati. tapi semakin hari saya tengok semakin pelik. makin mendiamkan makin menjadi-jadi. apa yang dah jadi? BISING/BERCAKAP KUAT WAKTU ORANG SOLAT. ramai yang pandang remeh perkara camni. tapi yang remeh ni la sedikit sebanyak menambahkan saham dosa kita. kalau budak sekolah rendah saya tak hairanlah kalau diowang bising. Yelah, belum terdedah sangat lagi. tapi kalau budak universiti yang dah boleh jadi mak/bapak orang dah buat hal macam ni, sakit jugak rasa. lagi hairan kalau budak-budak sekolah agama sendiri. takkan nak jerit macam kat sekolah dulu lagi kut.

jangan bising! hormati rumah Allah! Hormat orang yang tengah solat! 

   hish.. malu la nak buat macam tu kat orang-orang yang da besar and faham agama ni. Tapi kalau kita dah lupa, tak salah mengingatkan. kalau dah bercakap sampai menganggu tumpuan orang yang tengah solat, apa hukumnya? cuba kita sendiri yang rasa. mesti nak marah kan. rasa macam nak cubit-cubit jer. kite cubit awak kang. haha. kita solat ni nak mengadap Allah. Allah dah bagi banyak masa untuk kita bercakap sebelum tiba waktu solat. sudah cukup sudah la. bercakaplah dengan Allah pulak. dengan penuh kusyu' tanpa gangguan. tak baik taw ganggu orang solat. kita kena hormat rumah Allah apatah lagi orang yang tengah solat. Dah besar kan. senang je nak faham. 

   haaa.. lagi pelik! bila ada yang bercakap masa orang tengah solat jemaah tapi 'tak ramai' orang yang mainkan peranan tuk mendiamkan kawan-kawan yang bercakap. sbg contoh bunyikan SSSSHHHHH! (tahap keluar air liuq pun boleh). Susah jugak nak dengar orang tegur cam kat sekolah dulu dan otomatik hampir sume terus diam. hebat tarbiyah kat sekolah dulu. rindu saat tu. hope dapat kekalkan tarbiyah sebegitu sampai bila-bila dan di mana saja.

sshhhhhh.... diam.. orang tengah solat.. 

   ampun buk kalau salah pendapatnya.. saya hanya insan yang sedang perbaiki diri dan cuba mengajak kalian meng'join' sekali trip pembaikan diri ni. 
- free of charge -


kalau salah silakan menegur. jom baiki diri.  

xiexie for reading! 

Wednesday, February 27, 2013

seminar muslim 2013 (part 1)

Assalamualaikum

Wanna to share something sweet from seminar. When i got this chance, i will share it as much as i can and understood along attended that seminar. In shaa Allah. Hope beneficial for us. From that moment i knew that how expensive the knowledges. Its not just expensive to me but its like something sweet and nice when i remember back. Cannot be describes with the words. Its too meaningful to me. Even it easy to find the knowledges because of Malaysia has many seminar or ceramah that held at your campus, surau, masjid dan hampir setiap minggu its never end. (uolls perasan tak sume ni?) Ramai yang bertungkus-lumus mengadakan majlis ilmu but sometimes its hard to us to join that 'taman syurga'. Or maybe just me. Always give reasons, reasons and reasons.. no have time, busy, many assignments and blablabla..

 my friend : camane seminar ustaz Hasrizal?
 me : BBEEESSSTTT !!! *my first word*

   Its really awesome actually and i'm never expected to get these bombastic knowledges. Haha. Started the seminar, Ustaz Hasrizal talked about

 What the meaning to be a Muslim? Islam?
 Apa makna menjadi Islam? 
Di manakah Islam dalam hidup kita?
What is your purpose of life? 

kepala terasa dihempuk berkali-kali. Macam mana aku nak jawab? Monolog dalaman. Ustaz membawa kami untuk menyingkap kembali sejarah dari Nabi Adam a.s sehinggalah ke zaman Rasulullah, para sahabat, Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dan banyak lagi. Perjalanan yang terlalu jauh dan penuh dengan cerita. Mesin masa. Terasa macam amik course sejarah Islam pulak rasanya. weewwiiitt.

    Aku bagaikan tersedar dan terbangun dari lena yang lama apabila diceritakan tentang pengorbanan dan perjuangan Rasulullah, para sahabat dan para pejuang sebelum ini yang bermati-matian menegakkan Islam bagi memastikan Islam terus berkembang. Namun, pernahkah aku ambil tahu akan semua tu? Pernahkah aku merasainya? setiap hari mengucapkan syukur atas diri ni yang Alhamdulillah masih Muslim tapi aku tidak pernah terfikir siapa yang berkorban di sebalik semua ini? Malunya pada Allah. Malunya pada Rasulullah. Para sahabat. Tapi apa pula pengorbanan aku untuk Islam? Insan yang merungut apabila Allah uji dengan kesulitan. Minta difahami tapi tidak memahami. Minta berkorban tapi diri sendiri tidak melakukannya. Meminta tapi tidak memberi. Maka dengan itu aku mencari sumbangan dan pengorbanan aku untuk Islam? Astaghfirullah..  pipi terasa ditampar.

" Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di mukabumi . Mereka bekata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidakkamu ketahui ” (QS.Al-Baqarah: 30).

   Manusia bukan hanya sekadar hamba kepada Allah tapi mereka adalah khalifah Allah. Siapa manusia? Kitalah! Manusia yang bergelar Muslim. Begitu bertuahnya manusia kerana diberi kelebihan lebih daripada makhluk lain iaitu akal. Dengan akal, manusia menjadi insan yang diberi pilihan. Diberi peluang untuk membuat pilihan. Tahukah? sedarkah? Terkejutkah? *tarik dagu+cubit pipi* Sedarkah aku akan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang hamba dan khalifah selama ni? Perjalanan hidup yang memerlukan perjuangan dan da'wah untuk Islam. Itu tugas kita. Apakah ertinya kita hidup sebagai Islam? Menghambakan diri pada dunia atau menghambakan diri pada Pencipta? Selalu bersoal jawab.. Islam aku ni adakah hanya diwarisi atau melalui pilihan aku sendiri? Carilah Islam di dalam diri kita supaya kita dapat menyakini sepenuhnya bahawa Islam adalah pilihan kita bukan diwarisi.

"... kamu belum benar-benar beriman sehinggalah kamu persoalkan iman yang ada pada diri kamu itu! " - Abu al-Hassan al-Asy'ari

   Da'wah, bukan hanya dapat disampaikan melalui ceramah mahupun tazkirah ataupun kuliah semata-mata tapi ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, melalui pakaian yang mengikut syariat, akhlak yang indah, akademik yang cemerlang, komunikasi yang berhikmah dan banyak lagi. Jangan sempitkan ruang. Cuba luaskan dan pandang dengan pandangan yang berbeza. Mudah diadapt dan diterima oleh mad'u. Da'wah tidak hanya disandarkan pada golongan yang berjubah, berketayap mahupun bertudung labuh sajer  tapi ia boleh dilakukan oleh semua kerna da'wah itu adalah fitrah. Nape? Kalau orang yang tak pakai cam gituh tak boleh post something yang baik-baik kat Fb, twitter, blog? cheer up bebeh. Everyone can. Nak jadi baik tak perlu jadi skema bukan. Kita berda'wah kepada orang lain tapi dalam masa yang sama kita juga perbaiki diri. Itu lebih sweet kan?

   Sampai sini jer aku dapat share tuk hari ni. In shaa Allah next post aku continue balik. Entry ni mungkin tak dapat share banyak tapi aku harap apa yang aku nak sampaikan ni tersampai kat korang. Ayat apakah ini? Haha. Maaf jugak kalau terbidas sesiapa. Aku hanya ingin membidas diriku yang sering lupa mahupun terleka. Aku rasa macam banyak pulak persoalan yang aku tinggalkan dalam entry ni. Khas untuk dijawab personally sebagai homeworks. Ahaks. Daripada duduk terbaring sambil berangan menda yang karut-marut tu sume. Baik cari jawapan. Sama-sama merasa dihempuk kepala. Haha.

 majalah-majalah yang dapat dari goodies
banyak kan? teruja betul aku tengok


see ya next entry...warrior senyum bergaya nak cabar diri..

xiexie for reading! 

Monday, February 25, 2013

jangan kecewa

   Hujung minggu yang paling meaningful bagi aku untuk minggu ni. Haha. Tak pernah terlintas kat fikiran aku untuk join seminar ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Macam perlu tampar pipi berkali-kali. Maybe uolls dah berpuluh-puluh kali join seminar camgini tapi aku baru kali ni attend. Feeling habis la. Rasa macam bunga-bungaan jatuh melimpah di sekeliling aku nih. *ala-ala princess*. Seronoknya. Peminat Ustaz Hasrizal la katakan. Kesian aku ni. Haha. Tapi apa yang istimewa sangat sampai aku jadi sawan macam ni? Huh

   Dalam beberapa hari ni, aku tak tahu macam mana nak explain about my condition and my feeling. Kadang-kadang terasa kosong. Kadang-kadang rasa macam lost sangat. Oh yeah! Everyone must felt same like me. Pernah rasa benda yang sama kan?? Aku pun rasa macam tak faham dengan apa yang aku alami sekarang. Mungkin disebabkan aku diduga dengan ujian yang memang aku tak expect coz aku rasa aku boleh lakukannya. Itulah hidup student/manusia. Ada kala jatuh. Ada kala bangun. Itu fitrah. At dat time aku rasa macam " what u learnt ha??" . Its like i don't have anything. I learnt nothing. Damn. Blur. What?

   I don't know what happen to me. I took few days to recover from this feeling and actually its not recover fully yet. Its made me like someone else. Haha. Over. Sometimes aku termenung sorang diri dan asked myself. What my mistakes? Di mana aku kurang? Aku belum berusaha lagi ke? Mungkin usaha aku belum cukup? Many questions that menganggu ketenteraman jiwa aku. Menyerabutkan otak aku. All those questions bagaikan tergantung tak bertali and i need the answers to all of them. I took the space to spend more time to speak to Allah. Mengadu. Menangis. Bercerita. Alhamdulillah.. even i cannot get the answers immediately but its enough i can tell and mengadu pada Dia. Rasa lega. Tenang. Muhasabah diri. Allah pendengar yang setia. Melalui ayat-ayat cintaNYA.. diriku seperti sang kekasih yang membaca surat cinta dari kekasihnya bagi memujuk hati di saat rasa kecewa datang.

   Aku mulakan sem 2 dengan jiwa yg half-half. Aku terasa seperti separuh jiwaku pergi. Mengade je aku ni kan. But aku kuatkan dan yakinkan diri supaya terus berprasangka baik pada Allah. Yakin. Percaya. Ada Hikmah. Allah sayang aku. Sahabat-sahabat juga tak pernah lupa untuk motivatekan aku dengan kata-kata yang banyak menembak diriku dan menyedarkan aku tentang hikmah di setiap ujian. Masakan ujian sedikit begini aku sudah terkulai kecewa? Shoot myself. Bang! Bang! Bang! I'm trying to smile. Smile and smile. Think positive. Allah kuatkan semangatku. Aku cuba bina semangatku kembali. *Ingat senang ke nak naikkan semangat nih* Tapi dengan bantuan Allah, anything possible kan. Senyumlah... ^_^

   Sebenarnya sini kesinambungannya.. haha.. detik dari seminar ni. Aku jumpa jawapannya satu persatu. Ooooo.. di sini rupanya Allah sediakan jawapan untuk setiap persoalan aku. Kekosongan aku bagaikan terisi dengan pandangan, pendapat dan fakta yang cukup menarik dan kekadang sinis yang menyedarkan. Sampai pada satu tahap aku merasakan diri aku seperti ditembak dengan berdas-das tembakan dan dibom dengan berbelas-belas bom perkataan. Tembakan. Bang! Tumbukan. Busshh! Tamparan. Pang! Cubitan. Eeeeee! Semua perkongsian bagaikaaaan terkena batang hidung sendiri. Feel pain? Accept it becoz its the reality.

Yakinlah.. macam mana?
YAKIN ITU PERLU DIUSAHAKAN - Imam Muda Asyraf 

   Seminar Muslim 2013 membuka lembaran baru untuk aku. Menguak tirai minda yang tertutup lagi bersawang. Meniupkan satu semangat baru ke dalam jiwaku.. wahhh.. dramatik jer ayat-ayat aku malam ni. Mahu tahu? In shaa Allah.. nanti aku share in next post. Harap ilmu itu masih segar and terus segar untuk dishare dan diamalkan.


ALHAMDULILLAH MASIH MUSLIM NAMUN APAKAH SUMBANGAN KITA PULA TERHADAP ISLAM? 
(Terasa? lakukan sesuatu) 


cik warrior terus senyum bergaya walau apa pun ujiannya sebab Allah ada.. 


xiexie for reading! 







Tuesday, February 12, 2013

Allah know everything

Bismillah..

Rasanya terlalu lama aku tak buat coretan di ruangan ni. Rindu. Opkos la tapi nak buat macam mana mood takde tiap kali nak taip. Apa masalah la aku ni. Jeng jeng jeng disebabkan hari ni mood baik dan tangan pun rasa gatal jer nak share citer. So on je la. Banyak benda nak citer ekceli tapi dua je la aku mampu nak taip. Citer panjang-panjang buat penat jer.(sape suruh!!)

satu

   4 feb ai tu, my parents dan mak sedare p umrah. Alhamdulillah.. akhirnya niat diowang nak p sana tercapai jugak. Aku lah orang paling gembira bila dapat taw parents nak p  umrah. Ye la kan tak sume dapat p sana. Nak jadi tetamu Allah ni bukan senang tapi kalau kita dah berniat dan selalu doa. In sya Allah.. Allah akan turutkan. Yang penting yakin. Atuk aku selalu pesan kalau nak pergi sana.. doa la setiap kali lepas solat. Doa semoga kita dapat sampai sana dan jadi tetamu Allah. Allahu.. sape tak nak p sana.

   Welaweeeh.. tiap kali sedara-sedara tanya aku why aku tak join sekali p ngan parents. Alang-alang cuti sem kan. Rasa nak lompat jer dan jawab kuat-kuat  "memang la kak yong nak p!!". But in reality, aku menjawab dgn penuh sopan ala gadis melayu "dahulukan abah dan umi.. In sya Allah mybe next" sambil menayangkan senyuman paling manis. *tangan kat bahu mata pandang atas* muahahaha.. Tak pe lah.. aku hanya mendoakan semoga diowang diberikan kesihatan yang baik supaya dapat mengerjakan umrah sebaik-baiknya. Abah pun dah janji akan bawak aku p umrah next time. Doakan eh. Moga Allah permudahkan. Kalau takde rezeki.. terpaksalah aku kumpul duit awal-awal. kalau tak p sendiri, p ngan mr.zauj.. hehehe. In sya Allah..

toink toink.. selamat sumenya erk..
   Sebelum parents aku p sana, macam-macam diowang nasihatkan aku. Yong, nanti buat ni eh. Nanti buat tu. Jangan lupa ni. Jangan lupa tu. Yang ni buat macam ni. Haha. Sangat banyak ye pesanan diowang tuk anak dara ni. Maklum la nak basuh baju guna washing machine pun fail. Betul la umi aku cakap yang aku ni takleh kawin lagi. Mengaku kalah. Abah aku siap ajar lagi nak kena tekan butang mana bila basuh baju. Waaaa.. kantoi. Sekarang dah pandai la. *angkat muka sambil cekak pinggang* Penat jugak eh bila jadi suri rumah ni. Buat ni. Buat tu. Siapkan ni. Siapkan tu. *tetibe* Jangan ikut perangai yong eh. Anak dara kena tahu sume pasal kerja rumah ni. Buat malu jerk kalau tak taw. Nak-nak bila usia dah 20-an ni.

Dua

   Allahuallah.. Aku diuji lagi dengan ujian yang diberikan pada sahabatku. Ahad baru ni aku and my frens p melawat kawan aku miss A kat HUSM, kubang kerian. Actually tu bukan plan awal kiteowang, tapi disebabkan condition miss A yang tenat. Kiteowang tukar plan tuk lawat dia. Konvoi 3 buah kereta. Nasib baik ada hero-hero malaya yang drivekan. Thanks kawan-kawan. Aku appreciate sangat. Sampai sana pun dah petang. Jalan jam sangat sampai aku pun tertido. Selesai solat sume baru la kiteowang p kat wad.

   Kiteowang tak dibenarkan masuk dalam. Just lambai-lambai kat tingkap jer. Lambai. Senyum. Lambai. Senyum. Ya Allah.. hati ni menangis melihatkan keadaannya. Pandangannya tak lama kat kiteowang. Tengok wayar yang banyak kat badan dia. Hukhuk.. sedihnya. Sakitnya. Dia bernafas pun melalui alat pernafasan. Tak sanggup rasanya melihat keadaan miss A. Dulu dia aktif berlari, bergurau, bercerita dan macam-macam lagi la. Tapi kali ni dia hanya diam sambil memerhati. Terkadang dia tersenyum. Di sebalik alat pernafasan tuh, aku mencari senyumannya. Ya Allah, beratnya ujianMU.

   Mak dia pun sangat kuat. Aku tabik! Walaupun sebak time cerita keadaan miss A kat kiteowang, tapi dia still kuat n cuba senyum. Sikit pun jadi la. Aku sangat impress melihat ibu-ibu yang kuat menghadapi dugaan yang besar sebegini. Aku tahu mereka menangis di belakang. Tapi mereka takkan tunjukkan di hadapan orang lain especially anak-anaknya. Allah.. begitu besarnya kasih dan pengorbanan seorang ibu.

   Actually sahabatku terchinta, miss A  menghidapi leukimia. Baru lagi dapat taw. Mak dia cakap dah tahap 3. Bagai nak luruh jantung ni bila kawan aku bagitaw pasal condition miss A. Tengok dia terlantar lemah atas katil pun dah buat aku rasa hiba sangat. Rasakan sume ni berlaku sekelip mata. Semalam bergurau bersama dan hari ni kami diuji. Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hatinya. Jangan biarkan dirinya mengeluh dengan setiap cubaanMu.

arrived at husm

   For my readers.. tolong doakan sahabatku ni. Semoga dia terus kuat melalui ujian ni. Begitu jugak dengan family dia. Tolong buat solat hajat utk dia jugak. In sya Allah.. kita mendoakan sesama muslim. Mungkin ini giliran dia. Next time giliran kita. Who knows?


P/s : kete aku demam sebab perjalanan yg jauh.. hope will recover ASAP.. abah, don't angry eh..  ampun.. hehe


xiexie for reading!

Monday, January 21, 2013

Berehatlah sahabatku...

Bismillah..

Sudah kepastian bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..Ya Allah..matikanlah kami dalam iman..

   Aku pulang ke Nilai atas tuntutan belajar. Meskipun hati meronta utk tidak pulang namun aku mengerti ada hikmah di sebaliknya kerana hajatku untuk melawat sahabatku, Siti Hajar Ahmad Sabir yang sememangnya amat aku rindui mungkin akan tercapai. Selepas mengetahui keadaannya yang semakin kritikal, emosi aku tak menentu. Sepanjang perjalanan pulang ingatanku hanya padanya. Setiap kenangan dan gurau senda kami bagai terbayang di mata. Aku bagaikan mendengar suaranya. Dia ketawa. Air mataku mengalir. "Sahabatku, sabarlah. Tunggu yong. Yong nak jumpa Hajar. Sekejap pun jadi la. Ya Allah, aku ingin berjumpanya walaupun sekejap. Aku terlalu rindukannya" sepanjang malam itu aku berdoa dan mengimbau setiap detik kami bersama.

   Sesampainya aku di kolej, aku segera bersiap utk bertolak ke Melaka. Dalam kelam kabut, aku mendapat mesej dari seorang sahabat. Berita yang tak aku harapkan.

  'Hajar sudah kembali ke rahmatullah dalam 9.30 pg tadi (20/1/2013).. perginya seorang mujahidah. Al fatihah'

Aku terhenti seketika. Tanganku terketar-ketar ketika membaca setiap ayat itu. Aku baca berkali-kali. Allah.. sahabatku. Aku tak sempat. Aku terlambat. Air mataku bagaikan sudah kering utk mengalir lagi. Aku terus kuatkan semangat utk pergi. Aku tetap pergi bersama sahabat2ku. Dengan bantuan Adila, kami sampai di sana. Walaupun banyak dugaan sebelum sampai ke sana. Kami tetap teruskan. Kami nak jumpa Hajar utk kali terakhir. Umi abahku berpesan supaya aku dan sahabat2ku berhati-hati masa nak ke sana. Baiklah.. sentiasa ingat tu.

   Di sana aku melihat sudah ramai sahabat2ku yang datang, muka mereka suram. Mata mereka merah. Melihat mereka langkahku jadi lemah. Aku tak berdaya. Dila genggam kemas tanganku dan memimpinku masuk ke rumah. Di celah-celah saudara maranya, aku melihat sahabatku dikafankan. Aku bergerak ke depan sehinggalah aku duduk di sebelah kakinya. Hanya memerhati. Hajar, yong lambat datang tengok Hajar. Yong tak sempat nak lawat hajar. Aku melihat wajahnya di sebalik kain putih tu. Tak sangka aku akan melihat sahabatku pergi dahulu. Sahabat seperjuanganku yang sentiasa komited pada perjuangan. Sentiasa berusaha utk gerak kerja Islam. Benarlah kematian tu hanya Allah saja yg tahu. Dia mengatur segala-galanya.

  Ketika mencium dahinya, aku tak dapat menahan sebak. Sejuk dahinya memberi seribu ketenangan padaku. 'Hajar, berehatlah. Jumpa di syurga.' Inilah ciuman terakhirku padanya. Aku menangis dan menangis. Aku kehilangan seorang sahabat yang aku kagumi. Melihat ibu dan ayahnya, aku tak mampu. Kuatnya hati mereka. Perjalanan menghantarnya ke kubur, aku bermuhasabah diri. Kita juga akan ke sana. Ke tempat asal kita. Cuma menunggu masa dan giliran. Aku berjalan di belakang ibu dan adik-adiknya. Ibunya hanya diam. Hanya adik-adiknya yang cuba utk menggembirakan ibunya dengan bergurau dan bercerita. Allah.. aku memerhati sambil berdoa. Engkau permudahkanlah urusan keluarga ini ya Allah..

   Aku sayu saat talkin dibacakan. Biasanya aku hanya dengar talkin ketika saudara maraku meninggal, tapi kali ni giliran sahabatku. Aku mendengar dan bermuhasabah diriku lagi. Allah Tuhanku. Nabi Muhammad rasulku. Islam agamaku. Al Quran kitabku. Waktu itu aku terpandangkan atuknya yang duduk berhampiran kubur arwah, bahunya terhinjut-hinjut, matanya terpejam kemas, air matanya mengalir, mulutnya terkumat kamit menadahkan doa. Aku semakin sayu dan sebak. Aku terdengar yang saudara-saudaranya mengatakan hajar seorang yang baik. Anak yang baik. Allah.. tenangnya hatiku. Bersalam dengan ibunya, bagaikan melepaskan rindu. Bersabarlah.. Allah lebih menyayanginya. Hajar seorang sahabat yang baik.

   Alhamdulillah.. segalanya sudah selesai. Aku akan ingat pesanan terakhirnya 'untuk terus memperjuangkan Islam'. In sya Allah sahabatku. Bersyukurnya aku apabila mendapat berita bahawa kuburnya berbau harum dan liang lahadnya terang. Allah.. sahabatku, Allah melihat setiap perjuangan yang kau lakukan semasa hidupmu. Allah tak mengsia-siakan setiap penat lelahmu. Allah tahu apa yang terbaik untukmu. Allah memanggilmu pulang ke sisinya untuk berehat selama-lamanya. Berehatlah sahabatku..

   Setiap kali selesai solat, telingaku akan terngiang-ngiang mendengar suaranya. Aku terbayangkan senyumannya, pandangannya, percakapannya.. segala-gala tentangnya. Sahabat-sahabatku yang membaca.. layangkan Al-Fatihah buat sahabatku, sahabat kita. Jangan lupa utk bermuhasabah diri kerana masa kita juga akan tiba. Ajal itu rahsia Allah. Banyakkan persiapan untuk menghadapinya. Semoga pengakhiran kita dalam keadaan beriman.. Amin..

xiexie for reading! 

Monday, January 14, 2013

tudung labuh? so?

breathe with love.. out with anger.. breathe with love.. out with anger..

astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim.. *take time tuk istighfar jap*

    Whassup guys?? Baru habis final exam? so whassup with ur holiday? korang buat apa cuti-cuti ni weh. makan tido makan tido je ker. Menambah berat or meringankan tulang 4 kerat tuk tolong parents? Thats sound good! Aha. Wah.. owsomenyer coz sekarang dah bersenang lenang kat rumah sambil menikmati detik-detik bahagia bersantai bersama family terchinta. Cheewahh.. gituh. Alhamdulillah.. bestnya. Thanks Allah.

   Ape cer aku nak share hari ni? Aku nak citer sal tudung! weh.. tudung weh.. but aku bukan nak promote sal tudung.. yang macam-macam style lately.. ye la kan tudung skunk macam-macam style yo.. labuh.. sederhana.. singkat.. biasa-biasa.. cukup-cukup makan. Pendek kata.. versatile la kan!

   Memang tak dapat dinafikan tudung sekarang yang mendapat sentuhan kreatif ni sungguh memikat hati setiap hati wanita especially orang yang minat fesyen seperti aku.. ngehehe.. sehinggakan almost women sudi berabis duit untuk memilikinya.. beratus-ratus ringgit untuk satu tudung? Fuhh..dahsyat tul! But i'm thinking, why not sentuhan2 kreatif ni ditambah dengan sentuhan syariat sekali? Berbaloi dengan harga..pahala pun dapat sekali. In sya Allah. Mesti lagi cantik kan.. and surely makin bersyariat mengikut suruhan Allah seperti dalam firmanNYA..

surah Al-Ahzab, 59 

Maksud : " Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih senang untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

   Yes, dats it! Tak puas hati lagi? Rujuk Al-quran lagi.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Ok.. back to tudung. Nowadays, bukan tudung je macam-macam jenis.. style nak pakai tudung pun gila banyak sampai aku terpikir tang mana la diowang amik style tudung macam tuh. Kreatif sesangat! Bila sentuh bab pakai tudung ni, aku teringat la time aku jahiliyah dolu-dolu. Zaman aku yang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Haha. Sekarang pun macam tuh.. tapi volume dia da kurang sebab dah tahu kan.

  Dulu, aku tengok la kezen aku pakai tudung yang libas-libas naik atas bahu tuh. Teringin la nak ikut jugak. Ceh.. bukan main libas lagi aku suh naik atas bahu.. gedepek.. jatuh jugak. Libas lagi.. jatuh lagi. Sampai la beberapa kali. Pastu fed-up. Tak nak r pakai camgini lagi. And aku ingat tu la pertama dan terakhir aku pakai macam tu. Haha. Then, bila masuk skul menengah agama ni.. opkos la terdedah dgn suasana yg biah solehah. Alhamdulillah, bersyukur. 

wear what u want but make sure menutup aurat dan mengikut syariat
don't over de limit and know ur limit truthly 

  Banyak benda yg aku baru tahu dan belajar bila berada di sana. Maybe kalau aku tak dipilih berada di sana dulu, aku takkan jadi seperti aku sekarang. Tapi it doesn't mean yg budak2 dari skul agama jer dapat peluang ni, background kita just bonus. Actually kalau kita mahukan agama, kita akan berusaha untuk mempelajarinya walau apa cara sekalipun. Where a will, there a way. *ntah betul idok peribahasa aku ni*. Maybe ni salah satu cara utk Allah sedarkan aku. Aku diajar tentang kewajipan menutup aurat kaki, lengan, and lain-lain. Alhamdulillah again. Betullah orang cakap kalau dah jadi amalan dan sebati dengan hidup kita, memang susah tuk berpisah. Aku sanggup tak keluar rumah atau g jalan-jalan, kalau sarung lengan n kaki aku takde. Opkos rasa kekurangan weh. Rasa cam berdosa dan bersalah jer kalau takde diowang. Haha. *apa la ayat aku*

   And seriously aku cakap nak berubah tu memang susah. Ye lah kan kalau nak buat baik ni macam-macam halangan yang datang menyibuk. Frankly, aku dulu pakai tudung biasa-biasa jer. Tapi lepas tahu tuntutan pakai tudung yang kena tutup apa yang sepatutnya. Aku tekad tuk buat. Even aku dapat macam-macam sindiran dan gelakkan yang kekadang meng'down'kan aku, aku terus buar der jer. Walau hati menangis, tapi aku akan 'make sure'kan yang aku tetap senyum depan diowang. *ewah3..kemain aku kan*. Tak nak mengalah sebab aku rasa aku buat tu betul. Sekarang aku dah terlarut dengan sume tuh. doesn't effect me anymore. Yang paling penting bagi aku pandangan Allah.

Senah : Yang kau pakai tudung besar ni kenapa Jemah? Pakai tudung biasa macam aku ni pun dah menutup aurat apa? simple je kan.
Jemah :  Memang la menutup aurat Senah. Tapi aku nak mengikut syariat. Kan syariat suruh melabuhkan tudung melebihi dada. Aku rasa selamat camni.
Senah :  Owh..maksud kau tudung aku ni tak selamat la yep? Eleh, pakai tudung besar ni nak suruh nampak baik r tu. Ah..hipokrit je sume. 
Jemah :  Bukan tak selamat. Cuma bagi aku, aku lebih selamat macam ni. Lagipun aku tahu aku ni bukan baik sangat kan. Sekurang2nya bila aku pakai macam ni, aku nak latih diri aku utk berubah ke arah yg lebih baik. Aku tak kisah la orang nak cakap aku hipokrit ke apa. Yg penting Allah tahu apa dalam hati aku.

   Ok sketsa Jemah dan Senah. Memang sekarang selalu orang persoalkan pasal tu. Hipokrit? Kutukan. Sindiran. Jelingan tajam. Jelingan tak puas hati. senyuman mengejek. Macam astro lak. Macam-macam ada. Tu sume dah normal tuk orang yang ingin berubah ke arah yg baik. Semangat and kekuatan yang sangat tinggi diperlukan utk menepis segala halangan ni. But truthly, percaya dan yakinlah pada Allah dan In sya Allah kita akan dapat menendang sume halangan tu jauh-jauh dengan senang hati. Berubahlah dan jangan takut.

" Yang manakah kita lebih takut? Dipersoalkan oleh manusia atau dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak? Dipersoalkan oleh Allah kerana tidak mengerjakan apa yang kita ketahui."

   Aku pakai tudung labuh. So what? Menghalang pergerakan aku? Aku tendang jauh-jauh soalan ni. Haha. Mestilah tidak. Tak semestinya tudung labuh sampai ke kaki kan? Kita bersederhana la.  Apa ingat orang yang pakai tudung labuh ni tak boleh aktif ke? Tak boleh bersukan ke? Boleh lah weh. Islam tu memudahkan bukan memayahkan. Nak berubah? Ya Allah.. sangat-sangat digalakkan. Aku la orang yang paling happy. Berubah step by step ye wahai muslimah. Bimbang kalau perubahan drastik tu akan menyebabkan perubahan yg tidak kekal lama. Banyakkan berdoa pada Allah supaya diberi kekuatan hati dan Iman.

pakai tudung ni bukan nak nampak ayu semata-mata tapi atas dasar tuntutan dan ingin mendapat KEREDAAN ALLAH 

dear warrior muslimah, 

stay cool.. stay calm.. stay istiqomah.. stay strong.. and stay senyum bergaya.. in sya Allah..we can do it.. letakkan Allah di dalam hati.. Ingat Allah sentiasa di sisi.. 

xiexie for reading!