: team warrior :

Wednesday, October 24, 2012

i-Inova 2012

Thanks Allah for the blessingful day...

kerinduan pada blog yang teramat sangat bila aku taley nak open it becoz of de wifi or whatever! So...when de prob solved. I get to update it back. Walla..yong is back. Hahaha..


   Apebenda lak nih?? Oryte...I'm just want to story about what happened in my last weekend. Even im not pic in this programme but i involved to jaga the booth. Awesome! When see the people come to our booth, im happy, teruja and gelak-gelak. *apa jenis feeling la*. Then buat muka cuak coz tak tahu macam mana nak layan. Aku nak layan macamane ni? Fuuhh! Nasib bek dapat handle.*konon2*. Actually its our first programme that we r handling as first year students. Aku tabik la kat kawan-kawan aku yang memberikan sepenuh tenaga dan masa for this programme. This programme is actually for faculty science and technology(FST)students. Kitorang kan budak financial mathematic and it under FST. Otomatik la involve sekali kan! Setelah beberapa minggu bertungkus-lumus mengerahkan otak dan tenaga untuk program ni, akhirnya kitorang dapat menjayakannya juga. Alhamdulillah berkat kerjasama semua. Maybe our booth ta sehebat dak-dak ISA, food biotech, science actuary or others but de experience that works together is most important. Susah payah buat bookmark, games, kain rentang, susun meja, hias booth n blablablabla.. pengalaman tu susah nak cari, rite?

Behind de scene....




Tyme to start de show!


 snake n ladder game...seronok naw adik2 kecik nih!

 teka gula-gula dalam botol..

 yeeaaahhh!!

 BINGO game using calculator..*donnow specific name..muahahaha*



 ibu...adik pun nak main jugak..

 abg, macam mana nak main nih?? bnyak sangat botolnye...

 crossword puzzle


    Ha..begitulah peristiwa yang berlaku. Macam-macam games kat booth kiteowang.*nada mengade*. Dari yang kecik sampai ke yang besar boleh main. Hang sebut jer nak main apa. Melayan kerenah budak-budak memang best la. Siap beratur nak main snake n ladder. Chumilll jer tengok. Bila tengok dak-dak lalu sambil jeling-jeling..eleleleleh..adik nak main jugak la tu. Tarik perhatian diowang guna ayat superb ni. Sure diowang berenti punyer!

Adik jom main ni. Jom la. Sape menang dapat aiskrim. Akak ada aiskrim.
(nada merayu + buat2 best + angkat2 kening)

 Taddaaaa!!!! Akak tak tipu kan. Dah dapat aiskrim. Terror la dik!

   Selain dari booth kiteowang sume, ada lagi booth yang lain tapi dalam stadium la. Sangat menarik coz ada pameran tentang research yang dilakukan oleh student2 USIM sendiri. Ta cayer je tengok diowang boleh buat something yang interesting and bermanfaat tuk others. Makanan especially.. Hahahaha. Keep it up uols! And ta lupa jugak kat grup ISA coz win at dat time. Diowang punya booth memang giler owsome la. Congrate guys! 

Last from us..

thanks a lot uolss!


 shock shoot! whaatt!!

P/s : entry ni agak panjang coz of de pics actually. Enjoy de entry n " SALAM AIDILADHA" *mood nak balik kampung secepat mungkin*

xiexie for reading! 

Thursday, October 18, 2012

tanya sama pokok

Jom nyanyi sama-sama and hayati lirik uols..

Tersesat malu bertanya tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya duk terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
KAU masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
terlalu banyak alasannya duk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
.......................
*uits sambung sendiri la pulak*

da habis melalak sampai memekakkan telinga owang sebelah? sudah? bagus! well done! Da melalak tak hingat diri tu, hang taw tak apa tajuk lagu ni? *hekeleh soklan ko yong..adik aku yg tadika tu pun taw tajuk lagu ni dow!* eh? ok angkat tangan! muahahahaha..

   Yong just nak share ilmu yang yong dapat dari 'sakinah circle' yang yong join. Actually yong suka lagu ni coz lagu ni macam sentimental sikit.* sentimental tu apa r? weh..aku pun xtaw aku pakat tulis jar* haha. Before dis, ada yang tanya yong apa motif lagu ni. Pokok la. Burung terbang la. Dia nak bagitaw apa sebenarnya? Garu-garu kepala. Yong cakap la lagu ni macam kehidupan kita. Ala...Burung terbang. Pokok hidup. Sesat jalan sebab malu nak tanya. Hahahaha..blank!

   From sakinah circle i discovered sumting..actually dis song has motif. Its really touched. My heart likes want burst. *hiperbola* Buts true...i start to learn something from dis meaningful song. Try to read the liric line by line and compare it with our life. Bila yong baca and hayati betul-betul, tibe2 air mata dah bergenang. Pastu meleleh dengan rancaknya. *eh,kenapa lak ni?*
terlalu mahu dan mahu
terlupa apa yang perlu  

   Part ni yong terkesan..dalam kehidupan kita, terlalu banyak yang kita mahukan. Kita mahu banyak duit, melancong, baju baru, kasut branded, keronsang besar n yang liplapliplap, spek belalang, tudung rainbow yang melilit la apa la..macam-macam nafsu la nak.*memang sesangat demand la kan*. Pantang nampak benda yang gile gojes mesti ada jer yang nak. Tapi..kita lupa apa yang kita sebenarnya perlukan. Apa yang kita perlukan? Cuba fikir. Apa yang kita nak tu adakah kemahuan atau keperluan kita? Keperluan dan kemahuan? Tu dua elemen yang berbeza. *ha..ko jangan buat muka kompius..*

keperluan ---> sesuatu yang kehidupan kita bergantung kepadanya dan kalau ia tidak ada ia akan memberikan kesan buruk pada kita. Contoh, ko amat perlukan garam. kalau xde, masakan ko akan akan rasa macam air masak dengan sayur jer. So, garam tu keperluan. Kalau xde ia bagi bad effect to ur cooking. Ngehehehe..
kemahuan --->  sesuatu yang tanpanya kita masih boleh hidup dengan bergumbira. 

   Dats not mean yang kita tak boleh mempunyai rasa tuk mahukan ini atau itu. *Nanti kang kempunan lak..bila tengok barang yang nak jer tertelan air liur sambil bulat2kan mata. Jangan!! ini kemahuan..nafsu2! Pejam mata. Tengok kat lain.* Hahahahaha..jangan la sampai macam ni. U must know ur limit n ofcoz la ur kewangan. Ni pergi shopping, barang yang perlu dua jer, tapi barang yang mahu..5 6 pulak. Tak ke membazir. Limit gok cikit.Tak la nanti merungut-rungut and makan biskut kering jer hujung bulan. Pastu salahkan mall tu coz buat discount meletup-letup.
seandainya rebah
 KAU masih ada 

    Kehidupan manusia ada bangun dan ada jatuhnya. Dah memang adat kan. Tapi andainya kita rebah..remember Allah masih ada untuk kita. Mendengar rintihan dukalara kita. Melihat tangisan keciwasebak kita. You're not alone. Allah is always be our side. Always. Allah..you calm my heart when im feel very down. You give me the strength when im feel very weak to face the probs. You're my love till forever.

   ok la..actually dis song is about our life. Yes..our life. Burung ibarat kita. Terus terbang dan terbang untuk mencari keredaan dan kebesaran Allah. Dalam setiap pencarian sudah pastinya kita kan melihat dan menghadapi  banyak ujian dari Allah so that kita belajar bersyukur. Kadang kala dalam pencarian tu jugak sayap kekuatan kita patah atau rapuh dan kita kan tertunduk lemah menangisi kelemahan diri yang tak mampu. Namun, di saat kita rasakan keseorangan dan tiada sampai mahu mendengar kesakitan itu..ingatlah Allah masih ada untuk kita sebagai tempat untuk mengadu kekurangan diri. Menangis la sampai tahap keluar air hidung ke mata bengkak ke sebab Allah sentiasa mendengarnya. Jika mengadu pada Allah, insyaallah hati kan tenang. Utamakan Allah!

 tanya sama pokok..iman kita ni macam pokok..akan bergoyang bila ditiup ujian..jom cari ilmu and upgradekan ibadat/amalan untuk top4kan iman so dat ia tidak bergoyang terlalu kuat.

Be a good muslim!

P/s : kuatlah walaupun terasa amat sakit menghadapi kehidupan coz setiap kepahitan itu akan ada kemanisan di penghujungnya. Insyaallah..

xiexie for reading! 

Saturday, October 13, 2012

kena kejar anjing!!

Bismillahirrahmanirrohim...

sujud syukur selepas Allah masih berikan peluang untuk merasai nikmat hidup dan kesihatan..


Salam Jumaat..Penghulu segala hari..

   Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk menambahkan ilmu dengan join program bicara siswi bersama ustazah yang hebat. Perkongsian ilmu yang hebat tentang muslimah di zaman Rasulullah. Subhanaallah, aku masih lagi berusaha untuk menjadi muslimah yang sebegitu meskipun aku rasa perjalanan untuk mencapainya terlalu jauh. Aku cuba Ya Allah. Aku sedang mencuba. Kata ustazah, kenapa kita perlu fikirkan pandangan orang lain even apa yang kita nak lakukan tu benda yang baik. So, wake up gurls! If you want to do it, just go on.*buat benda yang baik and berfaedah la kan..jgn nak merapu buat benda lain pulak*

   Today, very bad experience...Allah nak uji aku. Nak uji setakat mana kebergantungan aku padaNYA. Mungkin aku terlalu lagha. Astaghfirullah..

   Tadi aku habis kelas lam kul 7 petang, pastu decide nak balik terus ke kolej coz kalau nak tunggu bas memang lambat lagi la. Kitorang balik kolej guna jalan yang biasa student lalu la. Dengan hujan yang renyai-renyai kitorang redah sebab nak kejar solat maghrib and perut pun dah melalut macam-macam. Then, sampai jer kat satu tempat *yg biasa anjing-anjing duk berkumpul and melepak kat situ*..kitorang berhenti jalan. Masa tuh, kitorang dengar anjing dah menyalak-nyalak kat atas bukit tak jauh dari kitorang. Aku dah tak sedap hati dah coz aku nampak sekor anjing duk atas bukit and salakan dia semakin kuat. Aku and my friends yang lagi 4 orang pun terdiam. Sorang-sorang bulat mata. Kitorang yang duk jalan jauh-jauh tadi terus diri rapat-rapat and pegang tangan kemas-kemas. Aku tak expect pun anjing2 tu akan datang kat kitorang. Takut tak tahu nak cerita la. Kitorang semua dah panik giler masa tuh. Dengan waktu maghribnya, sunyinya tempat tu, hujannya..and kami 5 orang dengan 4 ekor anjing tuh. Nak mintak tolong?? Tak ada harapan la.

   Masing-masing try nak lari jer, tapi bila pikir balik kalau kitorang lari makin la anjing2 tu kejar sebab anjing2 tu beberapa langkah jer kat belakang kitorang.*seyes..kawan aku cakap memang dekat giler*. My frens sume dah muka cuak. Langkah pun makin laju. Tibe2 aku teringatkan sahabat aku yang bagitahu anjing tu takkan kacau orang yang berzikir. Otomatik aku and my frens berzikir sekuat hati kami. Memang sangat kuat masa tu sebab nak lawan dengan perasaan takut kitorang lagi. Semakin dekat aku dengar salakan anjing tu, semakin kuat kitorang zikir. Aku terasa anjing tu memang betul-betul belakang aku. Tunggu nak terkam jer. Aku sedikit pun tak berpaling kat belakang. Aku tak mampu tuk melihat anjing2 tu. Time tuh, aku dah terbayang yang aku duk kat hospital jer.*kalau kena terkam..nauzubillah*. Nak nangis and meraung o sewaktu dengannya pun rasa macam dah tak mampu coz perasaan takut yang teramat sangat.

   At dat time aku hanya fikir Allah lah pelindung aku. Yang Mendengar permintaan kami. Yang Melihat ketakutan kami. Yang mampu melindungi kami daripada anjing-anjing tu. Hati aku hanya bergantung pada Allah SEPENUHNYA. Aku rasa malu coz masa genting and cemas macam ni la baru nak letakkan sepenuh kebergantungan tu pada Allah. Why must be like dat? Why? Aku malu.*tarik tisu kesat air mata* Bila aku bagitaw my frens, diowang pun sama macam aku. Dan ada sahabat aku yang doa kalau anjing2 tu nak buat apa-apa kat kitorang, biarlah dia yang kena bukan kawan-kawan dia.*hebat ko sahabat..aku tersentap!* selepas melepasi satu tempat, anjing2 tu dah tak ikut kitowang lagi. Terasa lepas satu beban yang teramat berat. Kawan aku yang intai kat belakang bagitahu yang anjing2 tu terus bergerak ke belakang macam ada seseorang yang memanggil diowang.*tempat tu tade orang k..sunyi jer..siapakah?*. Kitowang tak nak pikir pasal tu. Lega..semua dah kesat peluh. Lap-lap muka. Dah cuba untuk senyum and alhamdulillah is de first kalimah yang kami sebut.

   Ya Allah, andai itu pertolonganMu untuk kami. Kami bersyukur, bersyukur dan sangat bersyukur. Pengalaman pada hari ni begitu memberi kesan pada kami. Terus menusuk ke jantung kami. Mengetuk pintu-pintu hati kami. Memberi pengajaran dan kesedaran kepada kami bahawa KEBERGANTUNGAN KEPADA  ALLAH SEPENUHNYA tu adalah SANGAT PENTING. Bersyukur dipilih untuk ditampar dengan ujian yang sangat menguji iman kami supaya hati kami dikejutkan dan digertak daripada kelaghaan dunia. My frens and I said " aku takkan lupakan hari ni..aku harap ini yang pertama dan terakhir."

   Achik, Atiqah, Aqilah and Nisa'...hari ni begitu menyeramkan dan sangat memberi pengajaran kat kita..kita belajar daripada pengalaman k. Terima kasih kerana saling menguatkan dan melindungi tadi. Aku sayang korang kerana Allah selamanya.



P/s : untuk sahabat-sahabat muslimat USIM yang amat aku sayangi, aku cadangkan korang lalu jalan lain selain kat bangunan canselori tu kalau nak balik kolej time waktu malam. Aku takut kejadian berulang sekali lagi. Aku sayang korang. Kalau korang menghadapi kejadian macam kami, zikirlah sekuat hati tapi jangan lari. Jalan dengan tenang tapi cepat. Minta bantuan daripada Allah. Allah pemilik segala makhluk. Insyaallah..

xiexie for reading!

Thursday, October 11, 2012

iman adalah mutiara

Assalamualaikum uolsss...

pssstt..pssssttt...how ur IMAN today?


JOM UPGRADEKAN IMAN KITA!!!


 upgradekan yang wajib tambahkan yang sunat!



P/s : jangan terlalu sibuk mencari IMAM hingga terlupa untuk upgradekan IMAN..

ok chawww...

Be a good muslim!  

xiexie for reading! 


Monday, October 8, 2012

Fasi addmath?


salam hari Isnin sume..huehuehue..

Nak cerita sal my weekend wit friends and hadek-hadek Maahad..

   SMKA Maahad Hamidiah kajang..our destination yesterday. Lil tired to be there from morning to evening but i'm happy coz i got new experience being one of the facilitator in addmath subject. Hahahaha..cam kelakar lak jadi fc addmath. *umi aku cam susah nak cayer bila aku bgtaw aku join program ni..rosak ler bebudak tu!*. Hee..Iyelah aku pun bukan terror sangat kan! Bila sebut addmath or math jer, terus berpaling muka.*da2 jangan tanya aku!*. Kekekeke..so bila da jadi fasi ni takkan nak cakap macam tu kat adik-adik. Aku pakat bedal je la mana yang ingat masa aku form 5 dulu. Nasib bek kat matrik still study benda yang sama. So,bole diaplikasikan la. 

   Actually aku join program ni wit my classmates yang sangat bersemangat even sume kecut perut bila sampai skul tu. Yang sejuk tangan ta yah cerita la. Program ni berlangsung selama dua hari, sebelum yesterday sebenarnya dah ada satu grup lam 21 owg fc from 1 and 2 years student USIM dah datang. Yesterday, aku and kawan-kawan lain lam 10 owg pulak datang. Kiteowng memang decide nak datang ahad coz bole selesaikan sume assignment dulu. Ecececeh..




    Diowang sume ni form 5..segan jugak coz diowang nampak cam hebat-hebat je kan. Ala...akak ni biasa-biasa jer. Setakat yang bole tolong akak tolong ler. Kalau ta bole, back to your teacher k. Muahahaha..nasib bek teacher-teacher kat sana ada jugak datang jenguk-jenguk sambil menghulurkan tangan ringankan beban. So,bole la jugak aku tumpang tanya bila ada soalan yang aku rasa cam 'jam' jer. Teacher sane sesangat la peramah and understanding. I like! *ta le kecut perut sangat bila ta ingat solution ke formula ke..hehe*

sebelum bertolak..^_^ 

 
 our lunch..


da kenyang..hamik gambar lak..ni la fasi2nye.. 

   Thank you adik-adik coz sudi beri kerjasama ngan akak-akak ni. Tens jugak coz memahami kiteowang bila tengok kiteowang buat muka kompius jer. Siap sabarkan kiteowang supaya tak gelabah.*malu lak rasa*. Akak-akak hang ni belajar math yang susah, so math yang senang tu cam ta berapa ingat dah.*konon..gurau je la*. Akak doakan korang sume berjaya erk. Belajar betul-betul. Struggle selagi masih ada masa. Kawan akak cakap..Math tu senang je kalau kita yang menyenangkannya. Akak cakap lak..no komen! yang penting banyakkan lagi latihan!



 P/s : Good luck for sume adik-adik yang esok da mula exam PMR dan 5 Nov exam SPM! Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan..insyaallah, uols can do it.


xiexie for reading!

Saturday, October 6, 2012

Bedah movie sultan muhammad al fateh


Assalamualaikum..

Alhamdulillah for give me the opportunity to share this important knowledge. Aku pun baru discover hal ni. So, aku rasa this news is important to share with others.

   Baru-baru ni aku and my owsome classmates join program "Bedah Movie Sultan Muhammad Al Fateh". *movie pun bole bedah ke?* Aku pun macam tertanya-tanya coz nak bedah pasal apa la pulak kan. Masa aku tengok kat board pasal program ni, aku macam keciwa la sebab sepatutnya malam tu aku ada kelas. Tak ada harapan la. Allah Maha Berkuasa lagi Maha mengetahui, lepas je solat maghrib kawan aku pun bagitahu yang class malam tu dibatalkan.*time tu aku ta ingat pasal program ni coz rasa keciwa yang amat sangat kan!*. Nasib bek akak senior aku ingatkan sal program ni and suruh aku join. Dah alang-alang tak ada kelas kan. Ofcos la aku nak pegi. So, aku dengan sedaya upaya menghasut dan mempengaruhi classmates aku untuk join sekali. Tak sangka pulak dapat sambutan even aku tahu korang ada event len nak buat malam tu kan. Mekasih coz sudi meng'cancel'kannya. Korang memang superb owsome la. Muahahahaha..

   Back to de topic, siapa pernah tengok movie Sultan muhammad Al Fateh yang versi arab tu? Dah tengok? Aku baru jer tengok. Dah lama aku cari movie ni tapi bila dah jumpa takde subtitles la pulak. Malam tu dapat peluang la tengok movie ni. Ha...sebelum mula movie ni, abang senior dah mention kalau ada nampak kepelikan atau sesuatu yang rasa macam tak betul je, juat abaikan. Nanti kita bedah balik sal movie.*angguk-angguk*. Hati pun makin curious la nak taw apa yang peliks sangat tu. Bila mula je semua mata dah focus kat screen. Muka sorang-sorang macam tak nak terlepas scene walau satu pun. Semangat der!

                                              
   Beremosi jugak la bila tengok movie ni. Classmates aku siap bising-bising lagi.Weh,pelik la. Kenapa lak macam tu? Macam tu ke kisah dia? Tu la persoalan yang timbul masa tengok movie ni. Penonton2 len pun macam kitowang jugak. Hehehehe.. Kalau korang dah baca buku pasal tokoh Islam yang sangat hebat ni, korang akan nampak apa yang ta betul dalam movie ni. Pastu otomatik korang akan citer balik kat kawan korang yang belum taw. Sepatutnya macam ni...eh, dia bukan macam tu la. Baik ko terang betul-betul takut kawan-kawan ko tersalah faham. Kan bahaya tu!


Kita bedah kepelikan or ketidakbetulan dalam movie ni : ( movie ni dikupas balik oleh abg senior)

dalam movie :
----> sultan Al fateh mementingkan diri sendiri untuk menakluki Konstantinopel
----> Hassan menjadi seorang penzina
----> Sheikh Shamsudin mimpikan Abu Ayub Al-Ansari
----> Sultan murad tak hiraukan pasal Sultan Al-Fateh

Hakikatnya :
----> Sultan Al Fateh sangat mementingkan kebajikan rakyat dia
----> Hassan seorang yang amat soleh dan ta melakukan zina
----> Sultan Al Fateh yang mimpikan Abu Ayub Al-Ansari coz masa tu Sheikh teringin nak tahu kubur sahabat Nabi yg hebat tu.Sultan Al Fateh solat malam dan dia dapat mimpi tu. (kalau ta silap)
----> Sultan Murad sangat sayangkan Sultan Al Fateh sehingga sejak dari kecil sultan Al Fateh dididik supaya hidup sederhana.Dia dibiarkan berkawan dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya. Apabila dia berada dalam kumpulan ramai,orang tidak menyangka dia adalah anak sultan.

  
nak taw lanjut..cari la buku pasal sultan Muhammad Al Fateh.Ni antara buku yang aku baca.

   But aku syorkan korang baca dulu kisah sebenar sebelum tengok movie ni. Aku tak kata 100% movie ni salah. Tapi ada part-part yang tersimpang sikit. Movie ni ada ibrah jugak yang dapat diambil. Yang paling aku suka part perang. Gambaran saf-saf askar Islam yang tersusun rapi sambil melaungkan Allahuakbar. Semangat yang tak pernah putus asa untuk menegakkan Islam. Hebat! Kenapa Kisah Al-Fateh sentiasa menjadi tajuk dalam banyak program bicara? Coz daripada kisah peribadi, pemikiran, strategi, kematangan, didikan n banyak lagi tentangnya. Sultan Al-Fateh seorang yang hebat dan perlu dicontohi sehingga dia pernah disebutkan oleh Nabi.

Sabda Rasulullah :
"...Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yg menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yg menakluk) adalh sebaik-baik tentera..." 




 ilmu perlu dicari..jangan malas untuk ke taman2 syurga..huehue

   waallahu'alam..kalau aku salah,tolong perbetulkan..aku just share ilmu baru yang aku dapat daripada program tu. Segala yang baik datang dari Allah,segala yg buruk datang dari kelemahan diri aku sendiri. Aku harap korang dapat manfaat and boleh la tengok movie ni sendiri nanti. Kat fb pun banyak link movie ni.

P/s : Sultan Muhammad Al Fateh seorang yg hebat sejak dari kecil lagi. Zaman remajanya dipenuhi imaginasi yang tinggi untuk menjadi sebaik-baik pemimpin seperti yang disebutkan Nabi. So, kita sbg student,remaja,ummah..jom amik ibrah dari kisahnya. Insyaallah!

Be a good muslim! 

xiexie for reading!