: team warrior :

Saturday, October 12, 2013

pilihan terbaik

Assalamualaikum

   Balik cuti untuk Aidiladha. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya petang jumaat. Wanna to share something that happened to me or maybe its happened to others too. Maybe. So keep reading. haha. FYI, yong adalah one of the student yang sangat lemah dalam Math sampai cikgu pun kenal. Masa skul rendah, every exam yong selalu kena panggil dengan cikgu gara2 Math. Tak tahu dah nak jawab apa kat cikgu. Yong memang dah lemah bab tu. What can i do?? Belajar Math dengan umi pun sampai nangis2 ni kan pula... Dugaan betul belajar Math ni. Pendek kata yong benci la Math nih. Sangat~

   Masa skul menengah, yong pun biasa2 je. Tapi yong suka la jugak Math Moden compared to Add Math. Meraban je aku kalau ngan Add Math. Cikgu ngajar depan pun rasa macam tak ada beza jer. Huhu. Mahu bilang apa sih. Time tu selalu tertanya-tanya macam mana la orang lain boleh belajar add math ni? Siapa la cipta add math ni? kenapa la perlu belajar add math? kenapa? mengapa? macam mana? sume jenis soalan yang keluar. Stress betul bila kena amik ni. Almaklumlah aku bukan budak otak Math. Take time jugak la aku nak memahami situasi yang berlaku dalam solution tu. Bila tengok kawan2 yang pandai math, rasa macam diorang ni awesome giler. Nak2 time cikgu bagi soalan, macam2 formula yang diorang tulis atas kertas. Tangan ligat woo jawab soalan. Dan aku... Haha. Bertambah lagi la rasa tak suka aku pada Math.

   Time matrik pulak, macam keajaiban berlaku dalam hidup yong. Miracle yang yong sendiri rasa macam 'weh betul ke nama aku tu?' Nak jadi ceritanya masa sem 1, yong jadi one of the five students from my class dapat A dalam Math. Budak yang sangat lemah dalam Math dapat A kat matrik. Giler yong tak pengsan. Sampai mintak kawan yong tengokkan no matrik kat board result. Mana taw kut2 salah. Taklah yong terlebih perasan khon. Setiap kali yong lalu kat board tu sure yong akan berhenti dan cek no matrik kat board. Seyes yong tak percaya sampai tahap yong nak p jumpa sendiri lecturer and nak cek balik kertas exam tuh. Gigih yong at dat time. hehe. Citer kat umi pun sambil merapu-rapu cakap maybe tu bukan result yong. Lama jugak amik masa nak terima kenyataan. Muahaha.

   Hampir setahun study kat matrik melaka, yong apply kos yang mostly bahagian kesihatan dan sains. Yong takkan mintak math la kan. Never say never. Haha. Kalau pilih pun memang pilihan terakhir la tapi yong tak pilih pun. Tak ada dalam 8 pilihan. Tekad dah tak nak amik math sampai nota2 masa matrik dulu tinggal aje kat dalam bilik. Good bye math! Ha.. gituh. Salam terakhir la kat nota2 math tu sume.

   Siapa sangka kan? Ketentuan Allah tu lagi hebat dari perancangan manusia. Ya, memang yong rancang tak nak amik math dah tapi Allah berikan apa yang kita perlu bukan yang kita mahu. Bila dapat tahu yang yong dapat kos financial math kat U sekarang. Nak nangis pun macam tak boleh. Terkaku. Beku je depan lappy sambil ulang2 baca kos yang yong dapat. Beberapa minit lepas tu baru lompat2 gitaw parents. Bagitaw pun dalam keadaan yang still tak percaya. MATH?? Huwarrggghh.. apa lagi terus col pak sedare, mak sedara, sepupu bagai. Tanya macam mana nak tukar kos ni. Tak nak la math. Tak nak. Tak nak. Time daftar pun macam terima tak terima aje kos ni.


   Bila dah berada dalam kos ni, baru yong faham yang Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dari hari ke hari bulan ke bulan yong mula reda dan pasrah dengan ketentuan ni. Yong yakinkan diri yang Allah takkan letakkan yong kat tempat ni tanpa reason. Mesti ada sebab. Mesti ada tujuannya. Kalau nak tukar kos ke kos actuary boleh aje, tapi yong tak nak. Rasa hati dah bertaut dengan kos ni sebab yong rasa Allah dah pilihkan kos ni untuk yong. Yong kena struggle untuk kos ni dan cari hikmah di sebaliknya. Yang penting yakin dengan Allah. Kadang2 apa yang kita benci tu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Dan sekarang yong bahagia dengan math even kadang2 sakit kepala jugak nak faham. Ala.. namanya belajar tak ada yang senangnya. Kunci dia Rajin.

   USIM pun actually not in my list but like I said, Allah know better than us. Be grateful and appreciate it. Soon you will find what the sweetiest in this plan. Even kadang2 rasa pahit sangat nak terima kenyataan tapi bila kita terima dan bersyukur. In shaa Allah, Allah akan permudahkan. Yakin dan percaya like Allah said in surah Al-Baqarah, 216:

    "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "





Dan ini lah yong sekarang. This is my life now with my frens. Financial math students. Doakan kami graduate 2 tahun lagi. Ijazah pertama yep! Amin. 

xiexie for reading!