: team warrior :

Saturday, April 27, 2013

pesta buku di PWTC

Assalamualaikum w.b.t

Fuuhh.. letih semalam belum hilang lagi. Lepas tuh mengada-ngada nak update blog cik warrior ni secepatnya. Guess where we went yesterday? Yes!! PWTC!!! Tak yah nak beria sangat la yong sampai tanda seru banyak kali. Okeh. Untuk sesape yang belum tahu apa yang sedang berlaku kat PWTC sekarang. Sila ambik note yep. Sebab kalian akan rugi kalau tak datang sini. especially kepada peminat novel tegar. Sekarang kat PWTC ada pesta buku antarabangsa. Antarabangsa tu uolss. haha. tarik nafas. haaa.. sambung balik. pesta buku ni start dari 26 april sampai la 4 mei ni. Sebelum PRU13 la.

   Apa yang syoknya kat sini? Ofkos la buku-buku yang menimbun-nimbun dan bersusun-susun sehingga membuatkan mata kita terjonjol apabila melihat harga yang telah di'diskaun' berpuluh-puluh percent. Puluh-puluh percent tu uolss! Macam-macam jenis buku. Takkan nak biarkan buku-buku macam tu jer. Tak boleh. Kalau korang peminat novel karangkraf, buku prima, alaf 21, jemari seni, PTS or whatever lah. sure menangis tengok harga-harga ni. nak suruh kitorang habiskan duit la ni! nasib baik yong bukan pembeli novel yang tegar,so just pegang, baca sinopsis and then letak balik. hihi. And apa lagi kejutan dia? okeh. korang pun boleh jumpa penulis-penulis novel feveret korang. See! what the suprise. tapi kalau korang bernasib baik la kan. yong terover excited lak bercerita. ye la kan first time datang pesta buku camgini besar. yang dah biasa datang mesti pandang sebelah mata jer. :p

   semalam yong and de gang turun sana sebab nak release tension coz of the very stressful week before. 3 test dalam satu hari. pastu kuiz lagi. ko merungut ke yong? hihi. Cuak kut! lagi cuak kalau tak study banyak lagi. so, we plan tuk turun sini la after dat. sambil-sambil tu boleh habiskan baucer yang diberikan kerajaan dengan murah hatinya. pandai benor siswa ni habiskan baucernya dengan cara yang betul. haha. semalam pun ramai juga sebab baru start kan. not bad la. ada jugak la kena buat adegan langgar-langgar bahu. takleh nak elak sangat. kalau elak kan langgar cik senah sebelah sini. ampun. sabor je la. kat sana korang boleh cari variety of majalah, komik, novel, buku masakan, Al-Quran digital, Al-Quran pelangi dan macam-macam lagi. dengan harga diskaun. tu yang tak tahan tu. peminat komik lawak kampus boleh dapat beg comel kalau beli 4 buah ke atas.* angkat-angkat kening* tunggu apa lagi? misi bermula.


 target buku mana nak grab dulu.


 novel-novel ni boleh dapat rm6 atau rm7 satu.. kakinovel.
menggeleng kepala sambil air liur meleleh. haha. 


 tekun cikgu nisa ni..hihi

 yang ni sume kat ruang karangkraf

     Amacam? view yang membuatkan korang nak pergi sana tak? tak? ok bye. haha. yang aku snap view novel jer coz susunan novel-novel begitu menarik hati aku. kehkeh. kalau kat ruang PTS pun banyak lagi. nak cari buku ustaz Hasrizal? Ustaz Pahroi? Ustaz Farhan Hadi? Ustazah Fatimah Syarha? Prof. Muhaya? Hilal Asyraf? alah.. sume ada. tanya aje kat pekerja sana. Kalau dah habis stok tu yong tak taw la kan. hehe. citer pasal Hilal Asyraf ni. Semalam dia ada. promote buku terbaru dia. 'Takdir 2' sambungan 'Takdir'. yang terbaru jugak tajuk 'relasi'.

 got his signature and pic
alhamdulillah dapat jumpa sume penulis peveret yong (but bukan kat sini la)..
and seriously they are owsome!


    lama la jugak kitorang merayau-rayau kat sini. sampai sini pun dalam 3 lebih. keluar pun dah 7 lebih. tu pun tak cukup masa lagi tuh. dah bagi limit nak langgar-langar lagi. choi la korang. haha. lepas solat asar terus tanya,

   A : ha..nak sambung pergi mana pulak lepas ni?
   B+C+D : aku nak pergi tengok buku ni. 
                 : aku nak beli buku Hlovate la pulak.
                 : aku nak buat yang lukis muka aku tu. 
                 : aku nak beli komik lawak kampus. beg dia comel. boleh bawak g kelas. -,- 

   hihi. macam-macam perangai. layankan je la. nantikan ada pulak yang kempunan. layan-layan sampai tujuh lebih kan cik-cik kak sekalian.

 dah lapar sangat. aiskrim pun dah nampak macam burger. wakaka..

 tengok kemain ceria muka bila dapat beli buku yang berhajat di hati. huh

   so korang.. kalau ada masa terluang. pergi la sini. nak-nak student yang sangat pening kepala nak habiskan baucer tu untuk apa lagi kan. takyah pening-pening. kalau datang sini in shaa allah habis. ingat sikit. baucer tu ada limit time tau. haha. mak ayah pun boleh datang belikan buku untuk anak-anak. dari kecik sampai la besar. buku colour-colour ada jugak. diskaun tu mak cik pak cik! 

   one more thing bila yong datang sini semalam. dapat merapatkan ukhwah yang terpisah. terpisah la sangat kan. ye la study lain-lain tempat. nak jumpa memang susah la. tak sangka dapat jumpa my senior, kak nadirah and frens from my batch. bonus tu. ukhwah dapat. buku pun dapat. yang tak bonus tu, duit je la habis. untung la tuk sape yang baucer belum habis. borong buku bukan main. siap angkat bakul.

 muka sesorang ceria dari awal pegi sampai la balik..gituh aje muka dia..

 kami nak balik da. kami letih.

   sampai U pun dah lewat. memang amat letih la. esoknya ada dalam kitorang nak pergi kursus kahwin pulak. OOpppss.. hehe. selamat menjalani kursus la yep korang. jangan tersengguk sudah. membazir duit yang bayar tuk kursus.

   ooohhh... lupa nak bagitaw. kepada peminat karya Siti Rosmizah. semalam dia pun ada jugak. hari ni tak sure la. ada hasil baru dari beliau tajuk.. 'curi-curi cinta'. kalau tak silap la. tebalnya. mak aih. buku baru ni diskaun 10%. ada yang novel laris beliau diskaun 20% tapi yong lupa tajuk dia. novel Ain Maisara pun ada. kalau bertuah boleh jumpa dia jugak kut. harap bertuah la korang.

 saya bukan pembeli novel yang tegar.
dah tu ni apa? choi. choi. 

    ok la korang. entry yang panjang dari yong. hope enjoy reading. then dapat naikkan semangat korang pergi sana. tempat yang yong suggest time weekend ni. habis lambat lagi tuh.

xiexie for reading!
wassalam