: team warrior :

Thursday, June 12, 2014

study week horrible week

Assalamualaikum

   Senanyer minggu ni dan minggu depan adalah minggu exam. Tapi disebabkan yong ada masa sikit nak menaip so ada la entry untuk kali ni. Mengada sangat kan. Haha. Rindu nak berbelog cik bedah oiii. Disebabkan ni minggu exam so studynyer melebih-lebih. Kalau ta study nak jawab happe exam tu. ye ke tidok? Minggu ni habis 3 paper. Alhamdulillah so far. Next week killer subjects yang yong jangka akan bertukar jadi zombie kot. Horrible week. Mayat hidup yang matanya akan lebam macam panda makan pun tak dapat dikawal. Bila stress makan pun macam ta ingat diri. Boleh. Gitu pun boleh yong. haha.

   Bila dah exam ni macam-macam boleh jadi. Stress. Kuat makan. Mata panda. Tidur ta tentu. Macam-macam lah. So kalau dah tahu macam tu pandai2 lah jaga diri memasing supaya tak menganggu emosi masa nak jawab exam nanti kan. Nak bagi nasihat panjang-panjang sampai esok pun rasa macam ta perlu kut sebab diri sendiri ni pun sama. Zombie setiap kali exam. Tu sume sebab tidur ta cukup la khononnyer. yong dah boleh bayang dah minggu depan macam mana. Mana nak baca math comp lagi. Hibah lagi. Probability lagi. Insurance lagi Financial management lagi. Killer weh. Killer. Horrible. Mahu gugur rambut ni ha.


   Tapi apapun yang kita buat, kena ingat satu perkara. All back to Allah. Yela kan kalau study bagai nak mati, makan macam ta cukup, mandi macam ta basah, tidur macam ke laut.. Kalau Allah ada dalam hati. All is well. Yang teramat penting JAGA SOLAT. kenapa? sebab solat la perkara pertama yang akan dihisab nanti. Jangan buat2 lupa pulak eh. Jangan sebab exam aje terus rajin solat. Buat solat sunat tu semua. Pastikan amalan terus sampai akhir hayat. Kejayaan dan kebahagiaan tu kan datangnya dari solat. Bila kita solat tandanya kita ingat kat Allah. Allah tu Maha Mendengar dan Melihat. Dia tak pernah jauh dari kita. Lagi satu, belajar ni biarlah niat nak tambahkan ilmu dan share kat orang lain. Tak lah kita menuntut ilmu untuk manfaat sorang2 jer. Dalam belajar pun kita kena kongsi kan. Nak kejar dean list pun betul. Nak kejar Deen list pun lagi lagi la betul. Seimbangkan dunia2 baru tenang. Betul tak? Betul tak? *angkat2 kening*



   Psssssssttttttt.... Ramadhan dah nak dekat. Dalam setengah bulan lagi. Ya Allah rindunyer Ramadhan. Siapa yang ta rindu Ramadhan kan. kan. So dah buat preparation tuk menghadapi EXAM terbesar ni. Menguji emosi, nafsu, amalan dan yang lain2. Dah sedia? Dah sedia? Dah seeeeedddiiaa? * baca dengan intonasi yang berbeza*

" Ya Allah.. Engkau berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban. Temukanlah kami dengan Bulan Ramadan. Amin."


# Tak tahu nak story apa sebenarnya. Saje je nak meriahkan blog. Catatan di musim exam gituh kau. Boleh la daripada tak ada. 

post gambar sikit. Hari tuh kiteowng pergi seminar National Achiever Award (NAC). nak story hari ni panjang. Tengok la kalau kerajinan melampau-lampau datang yong share next entry ye. 

   

Wednesday, February 12, 2014

Butter pancake semudah 1 2 3

Assalamualaikum

   Bila nak start sem balik mulalah rasa rajin nak hupdate belog ni datang. Entah kenapa la dengan aku ni. Entry ni just nak share resipi. Bukan dari resipi yong sendiri la. Yong cuma ejas2 sikit aje coz tak cukup bahan. Nak masak ni kena kreatif. Kreatif la sangat yong ni khon! Sebabkan bosan duk umah sorang2. So carilah aktiviti menarik nak isi. Apalagi masak aje lew. Haha. Lepas godek2 dekat blog2 yang memang jadi feveret. Hanya satu aje yang memikat hati. Motif? Sebab ia semudah 1 2 3. Like I said at the title. Hehe.

   Yong tak pernah buat pancake. Just pandai sebut2 aje sebelum ni. Buat tak pernah. Kali ni nak try buat la. kalau nak cari resipi best2 and senang, wajib yong akan bukak blog ummi zaihadi. Wajib! Selain resipinya yang mudah, presentation setiap makanan tu memang tiptop taraf hotel. Kasi 5 bintang la. Terliur aje den tengok. Thumbs up! Tak tahu pulak yong pancake ni senang ya amat senanya nak buat. Campak2 bahan sampai jadi adunan. Then masak. Ya Allah semudah 1 2 3 deh. Hehe.

just simple jer tapi tak la canthek sgt presentationnye.. umi cakap sedap! haha


   Ok jom kita tengok resipi dari sini. And here yong share resipi bagi sape2 yang malas nak klik situ kan.

BUTTER PANCAKE 
Resepi: Hajar Fotopages
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter - dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar - yong bancuh susu tepung aje
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat. Hidangkan dengan maple syrup dan jem kegemaran.


adunan akan jadi macam ni lepas blend. Pekat sikit. Macam adunan nak buat waffle tu.

bila dah nampak lubang2 kecik macam tu bolehlah terbalikkan. nanti kang hangus lak. 

 tadaaaa.. jadi la macam ni. biarkan sekejap. Then boleh lah angkat.

macam ni la rupanya. Nanti buat la chantek2 sikit. Tak la terlebih2 macam yong buat tu.

   Senang je kan. Campak2 dalam blender tu, blend then masak. Pastu hias2 sikit and hidang. Betulkan yong cakap. Butter pancake semudah 1 2 3. Haha. Nanti cuba la. Boleh la hidang kat family untuk minum petang ke sarapan ke atau time lapar sangat ke atau untuk event apa2 ke. Hamboi kemain cadangan aku tuh. Tapi seriously sedap. Alah tak guna bajet banyak pun. Barang2 yang ada kat dapur jer. Sape2 yang ada acuan waffle, boleh la guna adunan yang sama. Mesti sedap kan. Lagi best makan dengan coklat, nutella or jem. 

# Tenkiu ummi zaihadi for the resipi.. hehe


Xiexie for reading!

Wassalam




 

gather family time CNY

Assalamualaikum

    Dah berapa bulan tak ber'update' belog ni. Kalau tanam benih dah tumbuh pucuk dah gamaknya. Haha. Apa boleh buat I takdak masa nak menaip bagai ni. Bila nak update mesti ada kerja lain yang kena dahulukan dulu. kalau takpun kena tunggu wifi ada la. Almaklumlah kita takdak BB. Bergantung pada ihsan fakulti dan kawan aje. Ototototo.. sian dia. Time cuti sem ni pulak bukan takde masa tapi ada penyakit lain pulak. Malas. Lagipun ngah cari idea untuk cerita karangan yang ala-ala novel kut. Entah lah. Cuba-cuba aje.

    So banyak benda nak story senanya. Tapi story yang terdekat aje la. Baru-baru ni kan CNY. Tak baru sangat la senanya. Almost 2 minggu dah kut. Hehe. Angah and adik balik kampung. Even cuti tak lama gigih jugak si angah ni nak balik. Katanya semua kawan dia balik. Tu dia nak balik. Ikut hang la ngah asalkan bahagia. Tapi aku yang paling bahagia sebenar-benarnya. Maklumlah lama tak jumpa. Alang2 ngah cuti sem ni mesti la nak jumpa budak berdua ni. Nak tunggu cuti sem seterusnya memang lambat lagi. Cuti lak beza memasing. Nasib la. Yong lupa pulak yang adik tahun ni dah SPM. Tengok betapa 'care'nya yong sampai boleh lupa macam  tu. Lagipun tengok adik ni macam2 budak2 lagi. Cuma tinggi aje macam galah. Haha. Jangan marah ha. You're always my lil boy.

   Bila dah dapat berkumpul ni, apalagi keluar lepak la. Yong ajak la budak berdua ni g makan kat pizza hut. Duit disponsor oleh umi. Hehe. Jimat. Jimat. Umi and abah tak nak ikut. Jadi kami bertiga aje la. Lepas makan kitowang pergi cari barang untuk BBQ. Entah apa la angah tibe2 ajak yong buat BBQ. Yong on je. Best jugak buat BBQ nih. Semangat cari barang memasing. Tak cukup bajet malam tu senanya. Paw duit adik dulu. Then esoknya baru kitowang sambung beli barang untuk BBQ. Dari ayam sampai la rempah2 bagai. Semuanya angah yang cari. Yong tengok aje. Mana la yong tahu semua tu. Resipi dia. Ikut dia aje la. Yang kelakarnya pilih ayam pun dah setengah jam. Angkat letak. Angkat letak. Hehe. Then, kerja perap2 ayam dia la semua yang buat. He's better than me in cooking. I admit it. Haha.

   Tak sangka la pulak mak dik, pok Isk and lain2 nak datang lepak malam tu. Kalau tahu beli ayam dua ekor. Lagipun kitowang tak rancang nak buat besar2 pun. Sekadar nak fun2 jer main hembus2 api sambil bakar ayam. Haha. Bila pok Isk datang memang terus menuntut ilmu dengan dia la. Chef hebat kut dalam bab2 ni. Main campak2 aje rempah2 tu. Yong memang tak sentuh langsung la ayam tu. Kita perati jer dari jauh. Haha. Perap ayam dalam maghrib. Nak bakar lepas maghrib. So, uncle chef kita bagitahu suruh masukkan cuka sikit supaya rempah tu semua serap dekat ayam. Guna coca-cola pun boleh. Tapi tak elok sangat la bagi yong.

time lepak makan kat pizza hut

kalau takdek uncle chef entah pukul berapa la boleh nyala api tu

kipas dik kipas



yong tolong sediakan coleslow aje (betul ke tidok ejanya) dan prepare barang2 atas meja seperti gambar di atas. hehe.



setia menanti ayam 

anak2 teruna yang sudah besar2 semuanya kan

budak bertiga ni dengan hal diowang.. sediakan pencuci mulut gamaknya. Haha

macam2 lagu yang uncle chef nyanyi.. hang mintak aje lagu apa.. free ajer


here angah and adik

time melahap sambil didendangkan lagu yang jiwang karat

    Macam ni la cerita yong with family time Gong Xi Fa Chai. Even ayam seekor aje tapi alhamdulillah semua dapat rasa. Jangan marah2 ya sebab kitowang tak bagitahu awal2 nak buat ni. Hehe. Lain kali kita buat lagi ye. Rempah angah buat untuk perap ayam memang tiptop. Ramai yang puji. Angkat bendera putih la ginim gak.

Xiexie for reading!
Wassalam