: team warrior :

Monday, January 21, 2013

Berehatlah sahabatku...

Bismillah..

Sudah kepastian bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..Ya Allah..matikanlah kami dalam iman..

   Aku pulang ke Nilai atas tuntutan belajar. Meskipun hati meronta utk tidak pulang namun aku mengerti ada hikmah di sebaliknya kerana hajatku untuk melawat sahabatku, Siti Hajar Ahmad Sabir yang sememangnya amat aku rindui mungkin akan tercapai. Selepas mengetahui keadaannya yang semakin kritikal, emosi aku tak menentu. Sepanjang perjalanan pulang ingatanku hanya padanya. Setiap kenangan dan gurau senda kami bagai terbayang di mata. Aku bagaikan mendengar suaranya. Dia ketawa. Air mataku mengalir. "Sahabatku, sabarlah. Tunggu yong. Yong nak jumpa Hajar. Sekejap pun jadi la. Ya Allah, aku ingin berjumpanya walaupun sekejap. Aku terlalu rindukannya" sepanjang malam itu aku berdoa dan mengimbau setiap detik kami bersama.

   Sesampainya aku di kolej, aku segera bersiap utk bertolak ke Melaka. Dalam kelam kabut, aku mendapat mesej dari seorang sahabat. Berita yang tak aku harapkan.

  'Hajar sudah kembali ke rahmatullah dalam 9.30 pg tadi (20/1/2013).. perginya seorang mujahidah. Al fatihah'

Aku terhenti seketika. Tanganku terketar-ketar ketika membaca setiap ayat itu. Aku baca berkali-kali. Allah.. sahabatku. Aku tak sempat. Aku terlambat. Air mataku bagaikan sudah kering utk mengalir lagi. Aku terus kuatkan semangat utk pergi. Aku tetap pergi bersama sahabat2ku. Dengan bantuan Adila, kami sampai di sana. Walaupun banyak dugaan sebelum sampai ke sana. Kami tetap teruskan. Kami nak jumpa Hajar utk kali terakhir. Umi abahku berpesan supaya aku dan sahabat2ku berhati-hati masa nak ke sana. Baiklah.. sentiasa ingat tu.

   Di sana aku melihat sudah ramai sahabat2ku yang datang, muka mereka suram. Mata mereka merah. Melihat mereka langkahku jadi lemah. Aku tak berdaya. Dila genggam kemas tanganku dan memimpinku masuk ke rumah. Di celah-celah saudara maranya, aku melihat sahabatku dikafankan. Aku bergerak ke depan sehinggalah aku duduk di sebelah kakinya. Hanya memerhati. Hajar, yong lambat datang tengok Hajar. Yong tak sempat nak lawat hajar. Aku melihat wajahnya di sebalik kain putih tu. Tak sangka aku akan melihat sahabatku pergi dahulu. Sahabat seperjuanganku yang sentiasa komited pada perjuangan. Sentiasa berusaha utk gerak kerja Islam. Benarlah kematian tu hanya Allah saja yg tahu. Dia mengatur segala-galanya.

  Ketika mencium dahinya, aku tak dapat menahan sebak. Sejuk dahinya memberi seribu ketenangan padaku. 'Hajar, berehatlah. Jumpa di syurga.' Inilah ciuman terakhirku padanya. Aku menangis dan menangis. Aku kehilangan seorang sahabat yang aku kagumi. Melihat ibu dan ayahnya, aku tak mampu. Kuatnya hati mereka. Perjalanan menghantarnya ke kubur, aku bermuhasabah diri. Kita juga akan ke sana. Ke tempat asal kita. Cuma menunggu masa dan giliran. Aku berjalan di belakang ibu dan adik-adiknya. Ibunya hanya diam. Hanya adik-adiknya yang cuba utk menggembirakan ibunya dengan bergurau dan bercerita. Allah.. aku memerhati sambil berdoa. Engkau permudahkanlah urusan keluarga ini ya Allah..

   Aku sayu saat talkin dibacakan. Biasanya aku hanya dengar talkin ketika saudara maraku meninggal, tapi kali ni giliran sahabatku. Aku mendengar dan bermuhasabah diriku lagi. Allah Tuhanku. Nabi Muhammad rasulku. Islam agamaku. Al Quran kitabku. Waktu itu aku terpandangkan atuknya yang duduk berhampiran kubur arwah, bahunya terhinjut-hinjut, matanya terpejam kemas, air matanya mengalir, mulutnya terkumat kamit menadahkan doa. Aku semakin sayu dan sebak. Aku terdengar yang saudara-saudaranya mengatakan hajar seorang yang baik. Anak yang baik. Allah.. tenangnya hatiku. Bersalam dengan ibunya, bagaikan melepaskan rindu. Bersabarlah.. Allah lebih menyayanginya. Hajar seorang sahabat yang baik.

   Alhamdulillah.. segalanya sudah selesai. Aku akan ingat pesanan terakhirnya 'untuk terus memperjuangkan Islam'. In sya Allah sahabatku. Bersyukurnya aku apabila mendapat berita bahawa kuburnya berbau harum dan liang lahadnya terang. Allah.. sahabatku, Allah melihat setiap perjuangan yang kau lakukan semasa hidupmu. Allah tak mengsia-siakan setiap penat lelahmu. Allah tahu apa yang terbaik untukmu. Allah memanggilmu pulang ke sisinya untuk berehat selama-lamanya. Berehatlah sahabatku..

   Setiap kali selesai solat, telingaku akan terngiang-ngiang mendengar suaranya. Aku terbayangkan senyumannya, pandangannya, percakapannya.. segala-gala tentangnya. Sahabat-sahabatku yang membaca.. layangkan Al-Fatihah buat sahabatku, sahabat kita. Jangan lupa utk bermuhasabah diri kerana masa kita juga akan tiba. Ajal itu rahsia Allah. Banyakkan persiapan untuk menghadapinya. Semoga pengakhiran kita dalam keadaan beriman.. Amin..

xiexie for reading! 

Monday, January 14, 2013

tudung labuh? so?

breathe with love.. out with anger.. breathe with love.. out with anger..

astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim.. *take time tuk istighfar jap*

    Whassup guys?? Baru habis final exam? so whassup with ur holiday? korang buat apa cuti-cuti ni weh. makan tido makan tido je ker. Menambah berat or meringankan tulang 4 kerat tuk tolong parents? Thats sound good! Aha. Wah.. owsomenyer coz sekarang dah bersenang lenang kat rumah sambil menikmati detik-detik bahagia bersantai bersama family terchinta. Cheewahh.. gituh. Alhamdulillah.. bestnya. Thanks Allah.

   Ape cer aku nak share hari ni? Aku nak citer sal tudung! weh.. tudung weh.. but aku bukan nak promote sal tudung.. yang macam-macam style lately.. ye la kan tudung skunk macam-macam style yo.. labuh.. sederhana.. singkat.. biasa-biasa.. cukup-cukup makan. Pendek kata.. versatile la kan!

   Memang tak dapat dinafikan tudung sekarang yang mendapat sentuhan kreatif ni sungguh memikat hati setiap hati wanita especially orang yang minat fesyen seperti aku.. ngehehe.. sehinggakan almost women sudi berabis duit untuk memilikinya.. beratus-ratus ringgit untuk satu tudung? Fuhh..dahsyat tul! But i'm thinking, why not sentuhan2 kreatif ni ditambah dengan sentuhan syariat sekali? Berbaloi dengan harga..pahala pun dapat sekali. In sya Allah. Mesti lagi cantik kan.. and surely makin bersyariat mengikut suruhan Allah seperti dalam firmanNYA..

surah Al-Ahzab, 59 

Maksud : " Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih senang untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

   Yes, dats it! Tak puas hati lagi? Rujuk Al-quran lagi.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Ok.. back to tudung. Nowadays, bukan tudung je macam-macam jenis.. style nak pakai tudung pun gila banyak sampai aku terpikir tang mana la diowang amik style tudung macam tuh. Kreatif sesangat! Bila sentuh bab pakai tudung ni, aku teringat la time aku jahiliyah dolu-dolu. Zaman aku yang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Haha. Sekarang pun macam tuh.. tapi volume dia da kurang sebab dah tahu kan.

  Dulu, aku tengok la kezen aku pakai tudung yang libas-libas naik atas bahu tuh. Teringin la nak ikut jugak. Ceh.. bukan main libas lagi aku suh naik atas bahu.. gedepek.. jatuh jugak. Libas lagi.. jatuh lagi. Sampai la beberapa kali. Pastu fed-up. Tak nak r pakai camgini lagi. And aku ingat tu la pertama dan terakhir aku pakai macam tu. Haha. Then, bila masuk skul menengah agama ni.. opkos la terdedah dgn suasana yg biah solehah. Alhamdulillah, bersyukur. 

wear what u want but make sure menutup aurat dan mengikut syariat
don't over de limit and know ur limit truthly 

  Banyak benda yg aku baru tahu dan belajar bila berada di sana. Maybe kalau aku tak dipilih berada di sana dulu, aku takkan jadi seperti aku sekarang. Tapi it doesn't mean yg budak2 dari skul agama jer dapat peluang ni, background kita just bonus. Actually kalau kita mahukan agama, kita akan berusaha untuk mempelajarinya walau apa cara sekalipun. Where a will, there a way. *ntah betul idok peribahasa aku ni*. Maybe ni salah satu cara utk Allah sedarkan aku. Aku diajar tentang kewajipan menutup aurat kaki, lengan, and lain-lain. Alhamdulillah again. Betullah orang cakap kalau dah jadi amalan dan sebati dengan hidup kita, memang susah tuk berpisah. Aku sanggup tak keluar rumah atau g jalan-jalan, kalau sarung lengan n kaki aku takde. Opkos rasa kekurangan weh. Rasa cam berdosa dan bersalah jer kalau takde diowang. Haha. *apa la ayat aku*

   And seriously aku cakap nak berubah tu memang susah. Ye lah kan kalau nak buat baik ni macam-macam halangan yang datang menyibuk. Frankly, aku dulu pakai tudung biasa-biasa jer. Tapi lepas tahu tuntutan pakai tudung yang kena tutup apa yang sepatutnya. Aku tekad tuk buat. Even aku dapat macam-macam sindiran dan gelakkan yang kekadang meng'down'kan aku, aku terus buar der jer. Walau hati menangis, tapi aku akan 'make sure'kan yang aku tetap senyum depan diowang. *ewah3..kemain aku kan*. Tak nak mengalah sebab aku rasa aku buat tu betul. Sekarang aku dah terlarut dengan sume tuh. doesn't effect me anymore. Yang paling penting bagi aku pandangan Allah.

Senah : Yang kau pakai tudung besar ni kenapa Jemah? Pakai tudung biasa macam aku ni pun dah menutup aurat apa? simple je kan.
Jemah :  Memang la menutup aurat Senah. Tapi aku nak mengikut syariat. Kan syariat suruh melabuhkan tudung melebihi dada. Aku rasa selamat camni.
Senah :  Owh..maksud kau tudung aku ni tak selamat la yep? Eleh, pakai tudung besar ni nak suruh nampak baik r tu. Ah..hipokrit je sume. 
Jemah :  Bukan tak selamat. Cuma bagi aku, aku lebih selamat macam ni. Lagipun aku tahu aku ni bukan baik sangat kan. Sekurang2nya bila aku pakai macam ni, aku nak latih diri aku utk berubah ke arah yg lebih baik. Aku tak kisah la orang nak cakap aku hipokrit ke apa. Yg penting Allah tahu apa dalam hati aku.

   Ok sketsa Jemah dan Senah. Memang sekarang selalu orang persoalkan pasal tu. Hipokrit? Kutukan. Sindiran. Jelingan tajam. Jelingan tak puas hati. senyuman mengejek. Macam astro lak. Macam-macam ada. Tu sume dah normal tuk orang yang ingin berubah ke arah yg baik. Semangat and kekuatan yang sangat tinggi diperlukan utk menepis segala halangan ni. But truthly, percaya dan yakinlah pada Allah dan In sya Allah kita akan dapat menendang sume halangan tu jauh-jauh dengan senang hati. Berubahlah dan jangan takut.

" Yang manakah kita lebih takut? Dipersoalkan oleh manusia atau dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak? Dipersoalkan oleh Allah kerana tidak mengerjakan apa yang kita ketahui."

   Aku pakai tudung labuh. So what? Menghalang pergerakan aku? Aku tendang jauh-jauh soalan ni. Haha. Mestilah tidak. Tak semestinya tudung labuh sampai ke kaki kan? Kita bersederhana la.  Apa ingat orang yang pakai tudung labuh ni tak boleh aktif ke? Tak boleh bersukan ke? Boleh lah weh. Islam tu memudahkan bukan memayahkan. Nak berubah? Ya Allah.. sangat-sangat digalakkan. Aku la orang yang paling happy. Berubah step by step ye wahai muslimah. Bimbang kalau perubahan drastik tu akan menyebabkan perubahan yg tidak kekal lama. Banyakkan berdoa pada Allah supaya diberi kekuatan hati dan Iman.

pakai tudung ni bukan nak nampak ayu semata-mata tapi atas dasar tuntutan dan ingin mendapat KEREDAAN ALLAH 

dear warrior muslimah, 

stay cool.. stay calm.. stay istiqomah.. stay strong.. and stay senyum bergaya.. in sya Allah..we can do it.. letakkan Allah di dalam hati.. Ingat Allah sentiasa di sisi.. 

xiexie for reading! 

Saturday, January 5, 2013

say bye 2012..welcome 2013!

hup...hah..hup..hah...huuuuuuuuupp...haaaaaaahhhhhh......*aku ngah tarik nafas la*

hype sume... *lambai ala2 miss universe*...happy new year!!

   Alhamdulillah.. sedar tak sedar dah masuk 2013 da kan.. macam tak sangka jer dah masuk 2013.. bila pandang balik apa yang aku dah buat masa 2012. Lagi la macam tak percaya. Bila ingat umur aku dah masuk berapa lagi lagi la aku tak percaya. Sebab badan kecik sebab tu tak sedar diri lagi. Hahaha.. Ya Allah, I'm in 2013 now. Thank you Allah because i'm still get and have chance to draw and colour my life's paper in this year. I will make my life colourful and owsome by experiences, knowledges and anything. In sya Allah..

   Forget about dat.. its just rintihan seorang gadis kecil yg excited sambut tahun baru..

  How you're celebrated your Happy New Year?

  • lompat ala dora de explore time kira countdown?
  • tengok bunga api sambil ternganga-nganga?
  • enjoy konsert dgn lagu2 yg angguk2 kepala?
  • duk depan tv dengan muka mengantuk sambil kunyah kuaci pastu kira countdown?

atau..atau..atau...

  • bersedia kat masjid untuk solat hajat berjemaah?
  • sujud syukur lalu bermuhasabah diri?
  • dengar ceramah tentang tahun baru?
  • join mahabbah ikim kat masjid As-Syakirin,KLCC? *ni aku la ni..hahaha*

   Teruja coz aku sambut tahun baru aku tahun ni lain dari tahun sebelum ni. Yelah biasanya sambut tahun baru kalau tak rumah mesti asrama. kalau tak asrama mesti rumah. Lepas tu tahun ni sambut kat KLCC gitu uolss. Kat Masjid As-Syakirin coz kebetulan time tu ikim buat program Mahabbah kat sane. Alalalala.. suka gembira happynya aku. *pegang pipi*. Plan nak duk sana sampai petang jer.. eh eh terlajak sampai malam lak. Dah alang-alang kan so tidur la sana untuk qiamullai berjemaah dengan ustaz Zulkarnain. Thanks Allah for give me dis sweet moment with sahabiah.

   me  : Aku tak taw camane aku boleh ada kat sini? tyme study week lak tu. Mg dpn da exam.
friend : sometime kita kena buat kerja gila. Baru best!
   me  : Ni la kerja gila yg aku first time buat.

   Hahaha.. seriously crazy work ni tak menyesalkan aku coz aku dapat manfaat. At least aku tak buat kerja betul2 gila kan? Sure parents aku dah jerit. Tak apa asalkan aku pandai jaga diri and Allah always in my heart. Its okay!

Back to new year topic..everyone absolutely have their own target or impian for 2013 rite? Ofcoz but actually not everyone jugak. Sebab ada yg aku tanya ada yang jawab dengan muka blur. *ok..silap tanya orang*..oh come on! Bila kita ada target..surely we will have effort to achieve dat rite? or not? But..how ur previous target? in 2012? its done or gone? If its done.. alhamdulillah. But if its gone.. its sokay. You have chance to do it in this year. Don't worry and don't forget to pray to Allah to ease your way. In sya Allah. Allah, the best in planning for us! Just put your trust on Allah.

   This year..i have new targets.. new spirit by many motivations from others.. improvement effort.. and i will do something new or good for myself, family and in sya Allah for Islam and ummah. Uols.. pray for me so that Allah ease my way. Plez.. plez.. I don't want my life passes without any contribution to my Deen. Damn! sesungguhnya ia amat merugikan. Allah give me time, family, knowledges, friends, experiences and many more.. but why can't i upgrade my effort to help my Deen, my brothers sisters, and something like dat. Why? Forgive me ya Allah  if i forgot or terlepas pandang dalam melaksanakan my responsibility. Forgive me! How can i do dat to you.. Ya Allah help me to change my life into good path and fill my heart with love to you and your Rasul. In sya Allah.. this is my plan and i know Allah have more good plan for me.





stay calm..stay cool..stay stylish smiles..yeah!! what matter it is...we're rock and we stand to be warrior senyum bergaya... happy new year!


xiexie for reading!