: team warrior :

Saturday, December 22, 2012

syahdu moments!

Alhamdulillah..get to update my lalim blog...

   Pejam celik pejam celik dah nak final exam. Masa berlalu terlalu pantas. Terpikir apa yang aku buat minggu lepas dah aku ulang balik minggu ni. Rasa baru je buat perkara tu. Contoh minggu lepas belajar TITAS..aku makan roti. Minggu ni belajar TITAS..ak bedal roti sosej lak. Pastu terpikir..minggu lepas aku rasa aku makan apa erk.. rasa macam baru je lagi yg krim roti terlekat kat meja tuh.*kantoi*

   Sebelum study week begin..opkos la buat jamuan makan and amik-amik gambau reramai ngan lecturer kan. Argggghhhh.. rasa macam nak berpisah selama-lamanya jer. Drama sedih lagi sayu! Tak sanggup.... sem 1 berlalu dengan sejuta kenangan manis..tapi tipu la kalau kata takde yang pahitnyer. Biasalah hidup belajar..dan menjalani kehidupan. Pahit dan manis sentiasa bersama. Mereka buddies, takkkan terpisah...*tetibe*

   So..kiteowang sekelas buat jamuan kecil-kecilan untuk lecturer arab kiteowang. Si cantik manis Ustazah nur syida..*ustazah, ni saya tak bodek ea..hehe* Ustazah ni sangat penyabar orangnya, selalu tersenyum and akan membantu kami sebaik mungkin coz kami memang tak faham bahasa arab, ustazah. Nak2 tyme tasmi'. Nganga je la jawabnya. Mulut pun bukan main bising jer kiteowang ni kan. Well! hehe. Sebenaqnya, bukan main semangat lagi sowang-sowang siapkan tugasan so that perjalanan majlis tu berjalan lancar. Sampai tido lewat pun ada. Tabik! Aku pulak ditugaskan jadi MC *perlu ke mention yong weh? perlu la..ni blog aku..SS!* hahaha..sekali dengan kawan aku Munawarah. kiteowang buat style sempoi dan brutal jer. Nasib bek satu kepala coz kiteowang tak suka formal. So, pilihlah ayat-ayat brutal yang selalu kiteowang guna. ustazah cakap "terima kasih kepada saudari2 pengerusi majlis yg menggelikan hati"..coz masa ni bukan main lagi ustazah gelak..ok fine..kiteowang suka gelikan hati sume orang. *huehuehue..ko mengarut yong! rosak majlis..* syabas utk my classmates for all the great jobs dat we're did together..good job!

purple arabic style 


rooes (ketua) ma'aa ustazah *speaking arab sikit* 



then..moments with miss yana. Oh miz yana, I donnow what to say. I want to hear your story more..your sharing more.. its give me strenght and meaningful lesson to know how the journey of our life. Your stories always made me thinking a lot! I'm trying to do something that meaningful to me, parents and ofcoz for our religion. In sya Allah. You know what miz..you're very owsome women..you have a strong heart *impress*, always in cheerful and laugh that means you're always in positive. *i assume* hehe.. you know what you want in ur life and it made me realized that i must know what i want in my life and know my target too. Your knowledge about life, art, music, language and many more..argghh..very owsome and amazing! I will do same. Miz, pray for me. Find the knowledge and never give up. I learnt it from you. *sebaknyer rasa..cari tisu*..THANX MIZ YANA FOR EVERYTHING..ALWAYS PRAY THE BEST FOR YOU..AND HOPE GET THE BEST JODOH TOO...in sya Allah.. Amin..

 we're rockstar! yeah!

lastly.. picture with our ustaz wasim @ ustaz nazirul mubin..hahaha.. belajar arab sangat mencabar terutamanya bila dah lama tinggal kan! so.. action terkial-kial tu opkos la ada time ustaz tanya pape soalan arab. Alhamdulillah when got very understanding ustaz..he made us comfortable to learn arabic without stress a lot. Ustaz berikan penjelasan terbaik bila kiteowang tak dapat hadam sebaiknya setiap kalimah arab yang ustaz sebut. Ustaz jelaskan satu persatu bila masih tak faham. Apa susah sangat nak faham da... Kadang-kadang kiteowang selalu salah baris la..salah sebut la..terpanjang baca la..terpendek baca pun ada. Actually banyak sangat ragam bila belajar arab ni. Ragam memalukan pun ada.. hadoyai.. nakal-nakal betul! Ustaz pun selalu share cerita-cerita yang menarik and surely can implies in our life.*angkat2 kening*. Sharing is caring!



ngeee...ekceli sebelah ustaz tu wife dia..same umur ngan kiteowang..hehe

special thanks to : 
  • ustazah..syukran jiddan untuk setiap kesabaran ustazah melayan kerenah kami. In sya Allah..tahun depan naik pelamin..kami doakan semoga ustazah sentiasa mencapai apa yang dihajati. Kata nak sambung Phd..semoga Allah permudahkan..
  • Miz yana..thanx a lot for everything. Always chill n rock! Bila dah fly nanti..jangan lupakan kiteowang ea. Mana taw kita sama tempat belajar nanti. Who knows kan? moga dipercepatkan jodoh. Hahahaha.. your stories are very funny miss.. 
  •  ustaz..syukran jazilan. Kami doakan ustaz and wife dapat baby yang comel dan soleh solehah. Be a good parents! semoga perkahwinan sentiasa dilimpahi rahmat, mawaddah dan sakinah. Doakan untuk kami jugak.

Jangan lupakan kiteowang. Kami mengharapkan doa dan restu dari kalian. Semoga segala urusan kami dan kalian dipermudahkan. Halalkan segala ilmu dan perkongsian yang diberikan kepada kami. In sya Allah, kami takkan lupa setiap nasihat yang kalian berikan. *apasal skema lak aku rasa..abaikan!*


Mood final exam dah masuk..study week! Bukan study weak! Jom hargai setiap saat yang ada..tak nak menyesal kemudian hari..coz study last minute! Tak mahu2..Tak suka2..jangan selalu amalkan..



xiexie for reading! Gayakan senyuman anda sebagai seorang warrior.. *thumbs up!*






 

Saturday, December 15, 2012

talk n talk!

Assalamualaikum...salam untuk semua (lagu aaron..muahahahaha)

oh my darling blog..miss u so much!

   lama betul yong tak mengketangketongketangketong kat blog ni.. rasa nak peluk kemas-kemas tuk lepaskan rindu..tapi mengarut je la kan..nak peluk macam mana. Ni kan alam maya..ecececeh! Ya Allah..hampir sebulan tak menghupdate..banyak betul peristiwa yang berlaku kat yong..manis ada..masam ada..masin kekadang..hahahaha

   story cerita yang terdekat je la kan..


   Alhamdulillah..semalam ada talk with ustaz Don and cik Amalina (pengacara program Assalamualaikum tv alHijrah). Semalam nak pergi pun sebab tajuk dia lain daripada program sebelum ni. Bila dah dapat peluang untuk pergi..ofcos la I nak pergi uols! sesampai jer kat tempat kejadian..ternganga yong tengok manusia-manusia yang sedang berasak-asak mencari ilmu. Penuh satu dewan! Melimpah sampai ke luar. Yong n my gurlfrens try masuk celah-celah..senyum kelat jer..wahh..memang dah takde tempat. Penuh! Unbelievable! Ustaz Don punya pasal..tak boleh masuk pintu belakang..kiteowang gerak masuk pintu depan. Celah punya celah..dapat la jugak tempat. First class gituh! Betul-betul depan stage. Tak dapat tengok ust. don pun, dapat ilmu dia pun dah cukup.(pujuk hati).Takpe la niat nak cari ilmu.

   Talk santai dengan perkongsian sirah-sirah nabi from Ust. Don. Sangat menarik! Sepanjang talk..banyak Ust. Don share pasal kisah hidup peribadi beliau. Very humble n owsome person! Pendekatan yang beliau gunakan melalui penceritaan dan pengalaman beliau memang menyuntik jiwa aku. Menusuk terus ke lubuk hati. Sangat! Tajuk malam tadi..ustaz banyak kaitkan dengan kisah keperibadian nabi yang superb owsome! Tiada siapa yang mampu menandingi keperibadian Rasulullah. Cintakan Rasulullah. Cintakan Allah.

 gambar betul2 depan stage tuh! 

some sharing from the talk :
  • banyak cara untuk mencapai Cinta Allah..kita pilihlah tapi jangan sampai bertentangan dengan agama
  • selalu berselawat ke atas NABI S.A.W  *jom tingkatkan zikir dan selawat*
  • kalau kita tak mampu buat lebih, kita buatlah apa yang kita mampu dengan improvekan ibadah wajib
  • jangan lakukan perubahan yang terlalu drastik coz ia takkan bertahan lama
  • ubah satu persatu..ubah perkara yang kita mampu dan larat dulu..then, ubah perkara yang berat..slow-slow..
  • kalau kita sayangkan orang lain, ALLAH akan sayangkan kita
  • Akhlak tak boleh dibaca, ia perlu dipelajari
  • cinta kepada guru membawa ke akhirat  
  • hormati guru dan jangan terlalu berkira coz diowang sumber ilmu kita dan kita akan gunakan segala ilmu yang mereka curahkan itu sepanjang hidup kita
  • pentingnya doa ibu bapa dan guru

jom buka AQ..cari ayat ni..baca dan hayati maksudnya...


  Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Persoalan : 

   Kita selalu mempersoalkan kenapa orang kafir berjaya dan dapat result gempak bagai even diorang tak solat 5 waktu macam kita. Kita ni yang solat 5 waktu cukup tak pulak dapat result kebabooomm macam tu. 

The answer from hadis Qudsi:

  " Kalau dunia ini ada nilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk pun, maka orang kafir tidak akan merasa nikmat daripada Allah " 
   

   Hakikatnya..bersangka baik lah dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

itulah dinding pentas..ilmu mencurah-curah jatuh kat kiteowang..ngeee..

ustaz Don..... hehe...

   ok sampai sini jer perkongsian kita. Hope dapat amik ibrah dan ilmu yang bermanfaat. Yong tak pandai nak citer panjang-panjang. Ingatlah kalau kita sayangkan orang lain.. Allah pun akan sayangkan kita. yeah! 

   Choopp! Taw tak kenapa yong kata tajuk ni lain dari yang sebelumnya?? Coz... kebanyakan tajuk ceramah sebelum ni berkisar tentang cinta manusia *ekceli more kepada marriage*... waduh waduh..bukan tak suka tapi bosan lorh..asyik tajuk cinta macam tu. Tapi semalam alhamdulillah..bila tajuk cintaNYA..ramai giler student yg datang. Dapat sambutan yang sangat hebat. Tak kiralah sebab tajuk atau sebab nak jumpa ustaz Don. So, rasa macam puas hati la. Proud tu ada sikit. Tak la ramai time program tajuk pasal cinta manusia jer. Cinta pada Allah tu mesti lebih hebat lagi!



p/s : panjang pulak bebel aku ni... peringatan ini ditujukan khusus untuk aku dan disebarkan meluas untuk sahabat pembaca...aku sedang belajar dan akan terus belajar..kalau salah tolong tunjukkan... waallahuallam... 


Tak dilupakan sekalung tahniah untuk JAKSA..kerana bagi yong..program kalian sangat BERJAYA! kerusi dan lantai penuh sampai korang pun pening nak sumbat insan-insan pencari ilmu ni kat mana. ok guys..keep it up! jangan lupa lakukan penambahbaikan..korang de best!


xiexie 4 reading yo...warrior terus maintainkan senyuman bergaya!