: team warrior :

Thursday, August 29, 2013

jejak kasih

Assalamualaikum

   Masih dalam mood syawal. Alhamdulillah kerana Allah masih sempatkan kita dalam bulan ini. Entry ni yong tak nak citer lagi how my syawal this year but as to know that its was very meaningful syawal for me. So, i will story it later. Actually bila diberikan cuti yang panjang dan lama ini sangat tidak bagus bagi mereka yang tak pandai memanfaatkannya and of course la budak itu adalah diri sendiri. Ni ke remaja yang nak membantu agama? Malu. Yong banyak habiskan masa dengan mengadap lappy and tv. Yeah.. like other teenagers nowadays. So unlucky me!

   Dulu time yong kecik2, yong ada ramai mak angkat a.k.a pengasuh la. Bertukar silih berganti. Kalau tak salah dalam 4 orang. Maklum la kehidupan berkuarters tu sangat best dan owsome ukhwahnya. Jiran pun dah macam adik-beradik. Seorang sakit semua merasainya. Nak mintak tolong pun senang. Anak jiran pun macam anak sendiri. Time my parents pergi kerja, yong akan duduk dengan my pengasuh. Agak beruntung sebenarnya bila ada ramai mak angkat ni sebab otomatik dapat abang dan kakak angkat segera. Tibe2 adik beradik bertambah. Sekarang umur yong hampir mencecah puluhan tahun, rindu pada kenangan kanak2 sangat menjadi2. Almost 14 tahun tak berjumpa, seperti terbayang-bayang lagi how naughty we are.

   Baru2 ni yong request to my parents nak jumpa one of my neighbour, cik Nah yang tinggal dekat dengan rumah kami sekarang. Request approved! Alang2 dah berhari rayer, so ziarah la sekali. Rindu teramat sebab dulu jiran sebelah rumah aje. Sampai aje rumah cik Nah, peluk cium la apa lagi. Dia terkejut dengan perubahan yong yang dah anak dara sekarang kan. Mana taknya last jumpa pun masa yong 6 tahun. Ingat lagi main kejar2 dengan anak dia. Haha. Zaman kanak2 dah lama berlalu tapi kenangan takkan pernah tinggalkan kita kan. Unfortunately, ada jugak yong lupa anak2 cik Nah yang akak2 dan abg2. Yong masih kecil masa tu and I can't remember clearly. But they ingat yong. I'm sorry!

parents and cik nah

   Yong sangat happy masa tu even muka tak dapat pancarkan kegembiraan tu dengan baik. Haha. Sempat la tukar2 nombor and add Fb dengan anak2 cik Nah. Hope tautan saudara ini berterusan sampai akhir hayat. 

   cik Nah : ekgi bilo dah ada suami ke ad keluarga ke jangan lupa cik Nah deh..
   yong : * gelak ajer* In shaa Allah cik Nah.. takkan lupa..

   In shaa Allah. Semoga Allah kekalkan hubungan ini. Raya tahun lepas yong dah ziarah my pengasuh, cik Pah. Terubat jugak rindu ni. Jumpa kawan2 sepermainan dulu yang dah besar2. Dah boleh jadik bapak orang dah. Dulu banyak kawan dengan budak2 laki sebab tu ada kasar sikit. khonon! Haha. Aku tengok kau. Kau tengok aku. Terkejut dengan perubahan masing2. LOL. Tahun ni je tak berpeluang nak ziarah mereka lagi. Jumpa cik Nah ni pun dah syukur Alhamdulillah.

    yong : cik Nah, ekg mari la jalan umah deh..
    cik Nah : tunggu mung kahwin dulu la.. *sambil senyum*
    yong : hmmm.. lambat lagi la cik Nah sampai dumoh..

   Ok la. Ni jer nak share. My precious moment! Have a nice day.. dan jangan lupa habiskan puasa 6 syawal. Berapa hari je lagi. 

ps : tibe2 pasal kawin je nak highlight. nak buat cane tu je yg cik Nah highlight. hehe
   

Xie xie for reading!

Monday, August 5, 2013

Ramadan bakal melabuhkan tirai

Assalamualaikum

   Diam tak diam Ramadan tahun ni berbaki 2 hari lagi maksudnya sudah 27 Ramadan 1434H. Macam mana Ramadan tahun ni? Lebih baik dari tahun lepas? atau sama dan tiada perubahan daripada bulan biasa? Ya Allah.. cepatnya masa berlalu secepat air sungai yang mengalir. selaju angin yang bertiup. Dan aku dengan Ramadan sepertinya aku insan yang gagal menghargai bulan ini sebaiknya tidak seumpama para sahabat yang sangat menghargai bulan mulia ini. Azamku sebelum Ramadan seperti tidak menemui kata kejayaannya pada penghujung bulan ini. Sedih. Hampa. Kecewa. Nak marahkan siapa jikalau tidak pada diri sendiri yang begitu lemah sehingga tidak mampu melawan nafsu sedangkan syaitan dan seangkatan dengannya telah digari. Nikmat manakah yang hendak kamu dustakan?

   Namun, di kesempatan 2 hari ni jangan dipersiakan. Selagi ada masa dan Allah berikan peluang teruskan dengan pecutan ibadah. Allah selalu memberikan peluang kepada hamba2NYA tetapi hamba-hamba ni sahaja yang selalu tidak menghargai setiap peluang yang diberikan. Andai dahulu para sahabat menangisi pemergian Ramadan. Menghargai setiap detik Ramadan dengan meningkatkan solat sunat dan ibadah lain. Rasulullah pula bengkak kaki kerana beribadah sedangkan baginda telah dijanjikan syurga oleh Allah. Bagaimana dengan aku? Insan yang belum tentu dijanjikan syurga dengan ibadah yang tidak seberapa ini. Allahuallah.

  Ramadan.. i will miss you again because you will left me. I hope i will meet you in next year. I never let you go... tangisan Ramadan yang bakal pergi.. Ramadan jangan pergi..


   Teruskan beribadah di dalam bulan ini. Pecutan terakhir untuk beberapa hari ini. Semoga dengan keberkahan Ramadan ini dapat membentuk peribadi dan akhlak yang baik melalui ibadah yang telah kita lakukan pada bulan mulia ini. Istiqomah dengan setiap amalan yang telah kita laksanakan pada bulan seterusnya. In shaa Allah.. Ramadan di hati!


xiexie for reading!