: team warrior :

Saturday, December 15, 2012

talk n talk!

Assalamualaikum...salam untuk semua (lagu aaron..muahahahaha)

oh my darling blog..miss u so much!

   lama betul yong tak mengketangketongketangketong kat blog ni.. rasa nak peluk kemas-kemas tuk lepaskan rindu..tapi mengarut je la kan..nak peluk macam mana. Ni kan alam maya..ecececeh! Ya Allah..hampir sebulan tak menghupdate..banyak betul peristiwa yang berlaku kat yong..manis ada..masam ada..masin kekadang..hahahaha

   story cerita yang terdekat je la kan..


   Alhamdulillah..semalam ada talk with ustaz Don and cik Amalina (pengacara program Assalamualaikum tv alHijrah). Semalam nak pergi pun sebab tajuk dia lain daripada program sebelum ni. Bila dah dapat peluang untuk pergi..ofcos la I nak pergi uols! sesampai jer kat tempat kejadian..ternganga yong tengok manusia-manusia yang sedang berasak-asak mencari ilmu. Penuh satu dewan! Melimpah sampai ke luar. Yong n my gurlfrens try masuk celah-celah..senyum kelat jer..wahh..memang dah takde tempat. Penuh! Unbelievable! Ustaz Don punya pasal..tak boleh masuk pintu belakang..kiteowang gerak masuk pintu depan. Celah punya celah..dapat la jugak tempat. First class gituh! Betul-betul depan stage. Tak dapat tengok ust. don pun, dapat ilmu dia pun dah cukup.(pujuk hati).Takpe la niat nak cari ilmu.

   Talk santai dengan perkongsian sirah-sirah nabi from Ust. Don. Sangat menarik! Sepanjang talk..banyak Ust. Don share pasal kisah hidup peribadi beliau. Very humble n owsome person! Pendekatan yang beliau gunakan melalui penceritaan dan pengalaman beliau memang menyuntik jiwa aku. Menusuk terus ke lubuk hati. Sangat! Tajuk malam tadi..ustaz banyak kaitkan dengan kisah keperibadian nabi yang superb owsome! Tiada siapa yang mampu menandingi keperibadian Rasulullah. Cintakan Rasulullah. Cintakan Allah.

 gambar betul2 depan stage tuh! 

some sharing from the talk :
  • banyak cara untuk mencapai Cinta Allah..kita pilihlah tapi jangan sampai bertentangan dengan agama
  • selalu berselawat ke atas NABI S.A.W  *jom tingkatkan zikir dan selawat*
  • kalau kita tak mampu buat lebih, kita buatlah apa yang kita mampu dengan improvekan ibadah wajib
  • jangan lakukan perubahan yang terlalu drastik coz ia takkan bertahan lama
  • ubah satu persatu..ubah perkara yang kita mampu dan larat dulu..then, ubah perkara yang berat..slow-slow..
  • kalau kita sayangkan orang lain, ALLAH akan sayangkan kita
  • Akhlak tak boleh dibaca, ia perlu dipelajari
  • cinta kepada guru membawa ke akhirat  
  • hormati guru dan jangan terlalu berkira coz diowang sumber ilmu kita dan kita akan gunakan segala ilmu yang mereka curahkan itu sepanjang hidup kita
  • pentingnya doa ibu bapa dan guru

jom buka AQ..cari ayat ni..baca dan hayati maksudnya...


  Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Persoalan : 

   Kita selalu mempersoalkan kenapa orang kafir berjaya dan dapat result gempak bagai even diorang tak solat 5 waktu macam kita. Kita ni yang solat 5 waktu cukup tak pulak dapat result kebabooomm macam tu. 

The answer from hadis Qudsi:

  " Kalau dunia ini ada nilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk pun, maka orang kafir tidak akan merasa nikmat daripada Allah " 
   

   Hakikatnya..bersangka baik lah dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

itulah dinding pentas..ilmu mencurah-curah jatuh kat kiteowang..ngeee..

ustaz Don..... hehe...

   ok sampai sini jer perkongsian kita. Hope dapat amik ibrah dan ilmu yang bermanfaat. Yong tak pandai nak citer panjang-panjang. Ingatlah kalau kita sayangkan orang lain.. Allah pun akan sayangkan kita. yeah! 

   Choopp! Taw tak kenapa yong kata tajuk ni lain dari yang sebelumnya?? Coz... kebanyakan tajuk ceramah sebelum ni berkisar tentang cinta manusia *ekceli more kepada marriage*... waduh waduh..bukan tak suka tapi bosan lorh..asyik tajuk cinta macam tu. Tapi semalam alhamdulillah..bila tajuk cintaNYA..ramai giler student yg datang. Dapat sambutan yang sangat hebat. Tak kiralah sebab tajuk atau sebab nak jumpa ustaz Don. So, rasa macam puas hati la. Proud tu ada sikit. Tak la ramai time program tajuk pasal cinta manusia jer. Cinta pada Allah tu mesti lebih hebat lagi!



p/s : panjang pulak bebel aku ni... peringatan ini ditujukan khusus untuk aku dan disebarkan meluas untuk sahabat pembaca...aku sedang belajar dan akan terus belajar..kalau salah tolong tunjukkan... waallahuallam... 


Tak dilupakan sekalung tahniah untuk JAKSA..kerana bagi yong..program kalian sangat BERJAYA! kerusi dan lantai penuh sampai korang pun pening nak sumbat insan-insan pencari ilmu ni kat mana. ok guys..keep it up! jangan lupa lakukan penambahbaikan..korang de best!


xiexie 4 reading yo...warrior terus maintainkan senyuman bergaya! 


  




2 comments:

  1. salam cik yong..

    lama x ketemu dengan senyuman anda.. lepas rindu akhirnye.. ok stop it cik wahdah... hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha...cik wahdah..klakar la ayat tuh..in sya Allah..ada time kita jumpa ea..Yong tersenyum baca komen ida..

      Delete

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..