: team warrior :

Monday, January 21, 2013

Berehatlah sahabatku...

Bismillah..

Sudah kepastian bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..Ya Allah..matikanlah kami dalam iman..

   Aku pulang ke Nilai atas tuntutan belajar. Meskipun hati meronta utk tidak pulang namun aku mengerti ada hikmah di sebaliknya kerana hajatku untuk melawat sahabatku, Siti Hajar Ahmad Sabir yang sememangnya amat aku rindui mungkin akan tercapai. Selepas mengetahui keadaannya yang semakin kritikal, emosi aku tak menentu. Sepanjang perjalanan pulang ingatanku hanya padanya. Setiap kenangan dan gurau senda kami bagai terbayang di mata. Aku bagaikan mendengar suaranya. Dia ketawa. Air mataku mengalir. "Sahabatku, sabarlah. Tunggu yong. Yong nak jumpa Hajar. Sekejap pun jadi la. Ya Allah, aku ingin berjumpanya walaupun sekejap. Aku terlalu rindukannya" sepanjang malam itu aku berdoa dan mengimbau setiap detik kami bersama.

   Sesampainya aku di kolej, aku segera bersiap utk bertolak ke Melaka. Dalam kelam kabut, aku mendapat mesej dari seorang sahabat. Berita yang tak aku harapkan.

  'Hajar sudah kembali ke rahmatullah dalam 9.30 pg tadi (20/1/2013).. perginya seorang mujahidah. Al fatihah'

Aku terhenti seketika. Tanganku terketar-ketar ketika membaca setiap ayat itu. Aku baca berkali-kali. Allah.. sahabatku. Aku tak sempat. Aku terlambat. Air mataku bagaikan sudah kering utk mengalir lagi. Aku terus kuatkan semangat utk pergi. Aku tetap pergi bersama sahabat2ku. Dengan bantuan Adila, kami sampai di sana. Walaupun banyak dugaan sebelum sampai ke sana. Kami tetap teruskan. Kami nak jumpa Hajar utk kali terakhir. Umi abahku berpesan supaya aku dan sahabat2ku berhati-hati masa nak ke sana. Baiklah.. sentiasa ingat tu.

   Di sana aku melihat sudah ramai sahabat2ku yang datang, muka mereka suram. Mata mereka merah. Melihat mereka langkahku jadi lemah. Aku tak berdaya. Dila genggam kemas tanganku dan memimpinku masuk ke rumah. Di celah-celah saudara maranya, aku melihat sahabatku dikafankan. Aku bergerak ke depan sehinggalah aku duduk di sebelah kakinya. Hanya memerhati. Hajar, yong lambat datang tengok Hajar. Yong tak sempat nak lawat hajar. Aku melihat wajahnya di sebalik kain putih tu. Tak sangka aku akan melihat sahabatku pergi dahulu. Sahabat seperjuanganku yang sentiasa komited pada perjuangan. Sentiasa berusaha utk gerak kerja Islam. Benarlah kematian tu hanya Allah saja yg tahu. Dia mengatur segala-galanya.

  Ketika mencium dahinya, aku tak dapat menahan sebak. Sejuk dahinya memberi seribu ketenangan padaku. 'Hajar, berehatlah. Jumpa di syurga.' Inilah ciuman terakhirku padanya. Aku menangis dan menangis. Aku kehilangan seorang sahabat yang aku kagumi. Melihat ibu dan ayahnya, aku tak mampu. Kuatnya hati mereka. Perjalanan menghantarnya ke kubur, aku bermuhasabah diri. Kita juga akan ke sana. Ke tempat asal kita. Cuma menunggu masa dan giliran. Aku berjalan di belakang ibu dan adik-adiknya. Ibunya hanya diam. Hanya adik-adiknya yang cuba utk menggembirakan ibunya dengan bergurau dan bercerita. Allah.. aku memerhati sambil berdoa. Engkau permudahkanlah urusan keluarga ini ya Allah..

   Aku sayu saat talkin dibacakan. Biasanya aku hanya dengar talkin ketika saudara maraku meninggal, tapi kali ni giliran sahabatku. Aku mendengar dan bermuhasabah diriku lagi. Allah Tuhanku. Nabi Muhammad rasulku. Islam agamaku. Al Quran kitabku. Waktu itu aku terpandangkan atuknya yang duduk berhampiran kubur arwah, bahunya terhinjut-hinjut, matanya terpejam kemas, air matanya mengalir, mulutnya terkumat kamit menadahkan doa. Aku semakin sayu dan sebak. Aku terdengar yang saudara-saudaranya mengatakan hajar seorang yang baik. Anak yang baik. Allah.. tenangnya hatiku. Bersalam dengan ibunya, bagaikan melepaskan rindu. Bersabarlah.. Allah lebih menyayanginya. Hajar seorang sahabat yang baik.

   Alhamdulillah.. segalanya sudah selesai. Aku akan ingat pesanan terakhirnya 'untuk terus memperjuangkan Islam'. In sya Allah sahabatku. Bersyukurnya aku apabila mendapat berita bahawa kuburnya berbau harum dan liang lahadnya terang. Allah.. sahabatku, Allah melihat setiap perjuangan yang kau lakukan semasa hidupmu. Allah tak mengsia-siakan setiap penat lelahmu. Allah tahu apa yang terbaik untukmu. Allah memanggilmu pulang ke sisinya untuk berehat selama-lamanya. Berehatlah sahabatku..

   Setiap kali selesai solat, telingaku akan terngiang-ngiang mendengar suaranya. Aku terbayangkan senyumannya, pandangannya, percakapannya.. segala-gala tentangnya. Sahabat-sahabatku yang membaca.. layangkan Al-Fatihah buat sahabatku, sahabat kita. Jangan lupa utk bermuhasabah diri kerana masa kita juga akan tiba. Ajal itu rahsia Allah. Banyakkan persiapan untuk menghadapinya. Semoga pengakhiran kita dalam keadaan beriman.. Amin..

xiexie for reading! 

1 comment:

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..