: team warrior :

Monday, August 5, 2013

Ramadan bakal melabuhkan tirai

Assalamualaikum

   Diam tak diam Ramadan tahun ni berbaki 2 hari lagi maksudnya sudah 27 Ramadan 1434H. Macam mana Ramadan tahun ni? Lebih baik dari tahun lepas? atau sama dan tiada perubahan daripada bulan biasa? Ya Allah.. cepatnya masa berlalu secepat air sungai yang mengalir. selaju angin yang bertiup. Dan aku dengan Ramadan sepertinya aku insan yang gagal menghargai bulan ini sebaiknya tidak seumpama para sahabat yang sangat menghargai bulan mulia ini. Azamku sebelum Ramadan seperti tidak menemui kata kejayaannya pada penghujung bulan ini. Sedih. Hampa. Kecewa. Nak marahkan siapa jikalau tidak pada diri sendiri yang begitu lemah sehingga tidak mampu melawan nafsu sedangkan syaitan dan seangkatan dengannya telah digari. Nikmat manakah yang hendak kamu dustakan?

   Namun, di kesempatan 2 hari ni jangan dipersiakan. Selagi ada masa dan Allah berikan peluang teruskan dengan pecutan ibadah. Allah selalu memberikan peluang kepada hamba2NYA tetapi hamba-hamba ni sahaja yang selalu tidak menghargai setiap peluang yang diberikan. Andai dahulu para sahabat menangisi pemergian Ramadan. Menghargai setiap detik Ramadan dengan meningkatkan solat sunat dan ibadah lain. Rasulullah pula bengkak kaki kerana beribadah sedangkan baginda telah dijanjikan syurga oleh Allah. Bagaimana dengan aku? Insan yang belum tentu dijanjikan syurga dengan ibadah yang tidak seberapa ini. Allahuallah.

  Ramadan.. i will miss you again because you will left me. I hope i will meet you in next year. I never let you go... tangisan Ramadan yang bakal pergi.. Ramadan jangan pergi..


   Teruskan beribadah di dalam bulan ini. Pecutan terakhir untuk beberapa hari ini. Semoga dengan keberkahan Ramadan ini dapat membentuk peribadi dan akhlak yang baik melalui ibadah yang telah kita lakukan pada bulan mulia ini. Istiqomah dengan setiap amalan yang telah kita laksanakan pada bulan seterusnya. In shaa Allah.. Ramadan di hati!


xiexie for reading!

No comments:

Post a Comment

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..