: team warrior :

Wednesday, February 12, 2014

gather family time CNY

Assalamualaikum

    Dah berapa bulan tak ber'update' belog ni. Kalau tanam benih dah tumbuh pucuk dah gamaknya. Haha. Apa boleh buat I takdak masa nak menaip bagai ni. Bila nak update mesti ada kerja lain yang kena dahulukan dulu. kalau takpun kena tunggu wifi ada la. Almaklumlah kita takdak BB. Bergantung pada ihsan fakulti dan kawan aje. Ototototo.. sian dia. Time cuti sem ni pulak bukan takde masa tapi ada penyakit lain pulak. Malas. Lagipun ngah cari idea untuk cerita karangan yang ala-ala novel kut. Entah lah. Cuba-cuba aje.

    So banyak benda nak story senanya. Tapi story yang terdekat aje la. Baru-baru ni kan CNY. Tak baru sangat la senanya. Almost 2 minggu dah kut. Hehe. Angah and adik balik kampung. Even cuti tak lama gigih jugak si angah ni nak balik. Katanya semua kawan dia balik. Tu dia nak balik. Ikut hang la ngah asalkan bahagia. Tapi aku yang paling bahagia sebenar-benarnya. Maklumlah lama tak jumpa. Alang2 ngah cuti sem ni mesti la nak jumpa budak berdua ni. Nak tunggu cuti sem seterusnya memang lambat lagi. Cuti lak beza memasing. Nasib la. Yong lupa pulak yang adik tahun ni dah SPM. Tengok betapa 'care'nya yong sampai boleh lupa macam  tu. Lagipun tengok adik ni macam2 budak2 lagi. Cuma tinggi aje macam galah. Haha. Jangan marah ha. You're always my lil boy.

   Bila dah dapat berkumpul ni, apalagi keluar lepak la. Yong ajak la budak berdua ni g makan kat pizza hut. Duit disponsor oleh umi. Hehe. Jimat. Jimat. Umi and abah tak nak ikut. Jadi kami bertiga aje la. Lepas makan kitowang pergi cari barang untuk BBQ. Entah apa la angah tibe2 ajak yong buat BBQ. Yong on je. Best jugak buat BBQ nih. Semangat cari barang memasing. Tak cukup bajet malam tu senanya. Paw duit adik dulu. Then esoknya baru kitowang sambung beli barang untuk BBQ. Dari ayam sampai la rempah2 bagai. Semuanya angah yang cari. Yong tengok aje. Mana la yong tahu semua tu. Resipi dia. Ikut dia aje la. Yang kelakarnya pilih ayam pun dah setengah jam. Angkat letak. Angkat letak. Hehe. Then, kerja perap2 ayam dia la semua yang buat. He's better than me in cooking. I admit it. Haha.

   Tak sangka la pulak mak dik, pok Isk and lain2 nak datang lepak malam tu. Kalau tahu beli ayam dua ekor. Lagipun kitowang tak rancang nak buat besar2 pun. Sekadar nak fun2 jer main hembus2 api sambil bakar ayam. Haha. Bila pok Isk datang memang terus menuntut ilmu dengan dia la. Chef hebat kut dalam bab2 ni. Main campak2 aje rempah2 tu. Yong memang tak sentuh langsung la ayam tu. Kita perati jer dari jauh. Haha. Perap ayam dalam maghrib. Nak bakar lepas maghrib. So, uncle chef kita bagitahu suruh masukkan cuka sikit supaya rempah tu semua serap dekat ayam. Guna coca-cola pun boleh. Tapi tak elok sangat la bagi yong.

time lepak makan kat pizza hut

kalau takdek uncle chef entah pukul berapa la boleh nyala api tu

kipas dik kipas



yong tolong sediakan coleslow aje (betul ke tidok ejanya) dan prepare barang2 atas meja seperti gambar di atas. hehe.



setia menanti ayam 

anak2 teruna yang sudah besar2 semuanya kan

budak bertiga ni dengan hal diowang.. sediakan pencuci mulut gamaknya. Haha

macam2 lagu yang uncle chef nyanyi.. hang mintak aje lagu apa.. free ajer


here angah and adik

time melahap sambil didendangkan lagu yang jiwang karat

    Macam ni la cerita yong with family time Gong Xi Fa Chai. Even ayam seekor aje tapi alhamdulillah semua dapat rasa. Jangan marah2 ya sebab kitowang tak bagitahu awal2 nak buat ni. Hehe. Lain kali kita buat lagi ye. Rempah angah buat untuk perap ayam memang tiptop. Ramai yang puji. Angkat bendera putih la ginim gak.

Xiexie for reading!
Wassalam




No comments:

Post a Comment

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..