: team warrior :

Wednesday, February 12, 2014

Butter pancake semudah 1 2 3

Assalamualaikum

   Bila nak start sem balik mulalah rasa rajin nak hupdate belog ni datang. Entah kenapa la dengan aku ni. Entry ni just nak share resipi. Bukan dari resipi yong sendiri la. Yong cuma ejas2 sikit aje coz tak cukup bahan. Nak masak ni kena kreatif. Kreatif la sangat yong ni khon! Sebabkan bosan duk umah sorang2. So carilah aktiviti menarik nak isi. Apalagi masak aje lew. Haha. Lepas godek2 dekat blog2 yang memang jadi feveret. Hanya satu aje yang memikat hati. Motif? Sebab ia semudah 1 2 3. Like I said at the title. Hehe.

   Yong tak pernah buat pancake. Just pandai sebut2 aje sebelum ni. Buat tak pernah. Kali ni nak try buat la. kalau nak cari resipi best2 and senang, wajib yong akan bukak blog ummi zaihadi. Wajib! Selain resipinya yang mudah, presentation setiap makanan tu memang tiptop taraf hotel. Kasi 5 bintang la. Terliur aje den tengok. Thumbs up! Tak tahu pulak yong pancake ni senang ya amat senanya nak buat. Campak2 bahan sampai jadi adunan. Then masak. Ya Allah semudah 1 2 3 deh. Hehe.

just simple jer tapi tak la canthek sgt presentationnye.. umi cakap sedap! haha


   Ok jom kita tengok resipi dari sini. And here yong share resipi bagi sape2 yang malas nak klik situ kan.

BUTTER PANCAKE 
Resepi: Hajar Fotopages
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter - dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar - yong bancuh susu tepung aje
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat. Hidangkan dengan maple syrup dan jem kegemaran.


adunan akan jadi macam ni lepas blend. Pekat sikit. Macam adunan nak buat waffle tu.

bila dah nampak lubang2 kecik macam tu bolehlah terbalikkan. nanti kang hangus lak. 

 tadaaaa.. jadi la macam ni. biarkan sekejap. Then boleh lah angkat.

macam ni la rupanya. Nanti buat la chantek2 sikit. Tak la terlebih2 macam yong buat tu.

   Senang je kan. Campak2 dalam blender tu, blend then masak. Pastu hias2 sikit and hidang. Betulkan yong cakap. Butter pancake semudah 1 2 3. Haha. Nanti cuba la. Boleh la hidang kat family untuk minum petang ke sarapan ke atau time lapar sangat ke atau untuk event apa2 ke. Hamboi kemain cadangan aku tuh. Tapi seriously sedap. Alah tak guna bajet banyak pun. Barang2 yang ada kat dapur jer. Sape2 yang ada acuan waffle, boleh la guna adunan yang sama. Mesti sedap kan. Lagi best makan dengan coklat, nutella or jem. 

# Tenkiu ummi zaihadi for the resipi.. hehe


Xiexie for reading!

Wassalam




 

No comments:

Post a Comment

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..