: team warrior :

Friday, September 14, 2012

HPV injection!!!

Assalamualaikum!

Special mekasih to aunty nurse kerana telah memberikan layanan terbaik masa inject aku tadi. Muka nak nangis tadi terus berubah ceria. Sayang la kat aunt!! (tetibe)

Hehehehehe..

   Ok2..entry kali ni nak cerita pasal inject a.k.a kena cucuk!! Adooyyaii.. Yong ko nak cerita pasal cucuk ni kenapa? Dah tak ada keje? Macam tak ada benda lain nak cerita.

HELLOO hadek-hadek and kakak-kakak semua! Khas untuk golongan wanita.

 Dengar sini! Baca ni! *macam nak buat pengumuman apa je*

Injection ni SANGAT PENTING!!! ulang lagi...SANGAT PENTING!

Pernah dengar pasal suntikan HPV?

   Ofcos la pernah dengar kan sebab kat dalam tv dah pumpampumpam heboh pasal suntikan ni. Dulu masa kat tv aku tak heran sangat, buat nampak tak nampak and buat dengar tak dengar ajer. Tapi bila ada doktor cerita pasal suntikan ni tyme orientasi, barulah aku tahu satu kebenaran and hakikat yg sebenar. Ngehehehe. Tapi seyes aku tak tipu bila doktor cerita pasal kesan-kesan tu semua. Seram n seyes menakutkan! Muka berkerut dengar taklimat sekali dengan lagak ngeri kat muka. 

   " Oooo...sampai macam tu sekali bahaya dia?"

Say what? *tagline aiman azlan keluar*

    Sebelum aku di'inject' today, aku pernah la tanam azam nak amik suntikan ni. *kemain berazam lagi aku* coz takut kena kanser punya pasal. Tapi bila aku tengok-tengok macam mahal aje pulak kalau amik suntikan ni. So, aku hidekan dulu azam aku. Tak mampu sebenarnya. Kumpul duit dulu. Sabar yong sabar! Nak dijadikan cerita, masa orientasi hari tu ada la taklimat pasal injection ni dan nak dijadikan cerita lagi..doktor tu buat pengumuman yang penting lagi bermakna dengan mengatakan... korang taw apa Dr. tu cakap?

   Dr : kepada semua pelajar wanita yang lahir tahun 1993, anda sangat bertuah kerana anda    
          akan diberikan suntikan HPV ni secara percuma.
   Aku : Biar betul?? *tarik-terik telinga takut salah dengar*

   yong.. kalau dah banyak kali doktor tu ulang takkan ko tak dengar lagi? Waa....at that time aku rasa sangat bertuah dan berbangga dilahirkan pada tahun tu sebab hanya budak-budak bertuah 1993 aje yang dapat. *jangan jeles tahun lain* Hehehehe.. Percuma tu. Ingat senang ke nak dapat peluang macam ni? Lagipun ko ingat murah ke suntikan tu? Sekali inject harga dia RM300 ma! Tapi kalau amik injection ni, dia ada 3 sesi mengikut masa yang ditetapkan. Wajib amik 3 sesi tu. Cuba bayangkan kalau satu sesi RM300 pastu ko darabkan dengan 3. Tak ke RM900. Ya Allah, aku bersyukur.Alhamdulillah...


KENAPA KENA AMIK SUNTIKAN HPV? SUNTIKAN HPV NI APA SEBENARNYA?

Mesti korang tertanya-tanya kan? 

   Sebenarnya program vaksinasi HPV ni adalah satu pendekatan tuk wanita yang berumur 18 tahun bagi mencegah kanser serviks/pangkal rahim. Kanser serviks adalah kanser ke 3 yang berbahaya, ditakuti dan paling kerap dialami oleh wanita. You read that what i wrote..WANITA! Vaksinasi yang diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV dan ia sebaik-baiknya diberikan sebelum berlaku hubungan seks. (aku tambah..drpd hubungan yang halal). Vaksinasi ini diberi suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan.

JOm tengok macam mana ------->

  1. Tarikh vaksinasi pertama diberikan
  2. 1 bulan selepas suntikan pertama
  3. 6 bulan selepas suntikan pertama 
Taw tak HPV tu apa? 

   HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disabarkan melalui hubungan seks. Setiap wanita yang melakukan hubungan seks BERISIKO dijangkiti HPV. Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser. Tapi bagi aku LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MERAWAT. Doktor tu cerita la macam mana jangkitan HPV sampai aku buat muka ngeri. Heuheuheu... Dia cakap jangkitan HPV ni macam ketuat yang tumbuh di pintu rahim kita. Cuba bayangkan ketuat yang tumbuh kat kaki kita tu tumbuh kat pintu rahim kita. Ya Allah..donnow what to say la. Yukss! Tahu tak ketuat tu macam mana? Ala..ketuat yang selalu tumbuh kat kaki tu. Yang nampak macam menggelikan tu. Tak tahu jugak? Try la tanya mr.google pulak. Hehehehe.. So, sebab tu la injection ni sangat penting. Amik perhatian anak-anak dara semua yep!

   PENTING!!
  • Pastikan anda melengkapkan 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan
  •  3 dos vaksinasi memberikan perlindungan optimum dari jangkitan HPv serta boleh mencegah 70% kejadian kanser serviks 
    
   So.. apa tunggu lagi? Bergegas la anda semua ke klinik yang berdekatan. Kalau kalian berpeluang merasa tuah seperti budak-budak 1993 ni..alhamdulillah. Jimat duit kalian yep!

ni kad temujanji yang aunt misi tu bagi..pink panther! 

 tarikh-tarikh temujanji untuk dos suntikan yang seterusnya

   Alhamdulillah..habis sudah perkongsian aku tentang hal penting ni. Nak taip banyak-banyak da tak larat sebab tangan da naik sengal-sengal *kesan inject tadi*. Aku tahu mesti ada yang takut kena inject kan? Ala jangan risau..aku pun macam tu. Muka terus pucat bila nampak jarum siap boleh cakap camgini kat aunt misi tuh.." Jap. Jap. Eeee..takut..". Apa yang aku buat..tarik nafas pastu pejam mata. Dalam hati cakap..sikit je yong, rilex! Dan selamatlah jarum yang cute tu mendarat di bahuku ni.

   Ok.. hope dapat bagi manfaat kat orang lain. Spread the knowledge! Kalau nak tahu maklumat lanjut pasal suntikan ni, search la mr.google atau try tanya sendiri doktor-doktor yang berada di klinik berhampiran. Insyaallah..diowang akan membantu.

p/s : maklumat di atas aku rujuk dari pamplet yang doktor tu kasi. hopefully dapat membantu!

Be a good muslim! 


xiexie for reading! 

        

No comments:

Post a Comment

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..