: team warrior :

Monday, January 14, 2013

tudung labuh? so?

breathe with love.. out with anger.. breathe with love.. out with anger..

astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim.. *take time tuk istighfar jap*

    Whassup guys?? Baru habis final exam? so whassup with ur holiday? korang buat apa cuti-cuti ni weh. makan tido makan tido je ker. Menambah berat or meringankan tulang 4 kerat tuk tolong parents? Thats sound good! Aha. Wah.. owsomenyer coz sekarang dah bersenang lenang kat rumah sambil menikmati detik-detik bahagia bersantai bersama family terchinta. Cheewahh.. gituh. Alhamdulillah.. bestnya. Thanks Allah.

   Ape cer aku nak share hari ni? Aku nak citer sal tudung! weh.. tudung weh.. but aku bukan nak promote sal tudung.. yang macam-macam style lately.. ye la kan tudung skunk macam-macam style yo.. labuh.. sederhana.. singkat.. biasa-biasa.. cukup-cukup makan. Pendek kata.. versatile la kan!

   Memang tak dapat dinafikan tudung sekarang yang mendapat sentuhan kreatif ni sungguh memikat hati setiap hati wanita especially orang yang minat fesyen seperti aku.. ngehehe.. sehinggakan almost women sudi berabis duit untuk memilikinya.. beratus-ratus ringgit untuk satu tudung? Fuhh..dahsyat tul! But i'm thinking, why not sentuhan2 kreatif ni ditambah dengan sentuhan syariat sekali? Berbaloi dengan harga..pahala pun dapat sekali. In sya Allah. Mesti lagi cantik kan.. and surely makin bersyariat mengikut suruhan Allah seperti dalam firmanNYA..

surah Al-Ahzab, 59 

Maksud : " Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih senang untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

   Yes, dats it! Tak puas hati lagi? Rujuk Al-quran lagi.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Ok.. back to tudung. Nowadays, bukan tudung je macam-macam jenis.. style nak pakai tudung pun gila banyak sampai aku terpikir tang mana la diowang amik style tudung macam tuh. Kreatif sesangat! Bila sentuh bab pakai tudung ni, aku teringat la time aku jahiliyah dolu-dolu. Zaman aku yang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Haha. Sekarang pun macam tuh.. tapi volume dia da kurang sebab dah tahu kan.

  Dulu, aku tengok la kezen aku pakai tudung yang libas-libas naik atas bahu tuh. Teringin la nak ikut jugak. Ceh.. bukan main libas lagi aku suh naik atas bahu.. gedepek.. jatuh jugak. Libas lagi.. jatuh lagi. Sampai la beberapa kali. Pastu fed-up. Tak nak r pakai camgini lagi. And aku ingat tu la pertama dan terakhir aku pakai macam tu. Haha. Then, bila masuk skul menengah agama ni.. opkos la terdedah dgn suasana yg biah solehah. Alhamdulillah, bersyukur. 

wear what u want but make sure menutup aurat dan mengikut syariat
don't over de limit and know ur limit truthly 

  Banyak benda yg aku baru tahu dan belajar bila berada di sana. Maybe kalau aku tak dipilih berada di sana dulu, aku takkan jadi seperti aku sekarang. Tapi it doesn't mean yg budak2 dari skul agama jer dapat peluang ni, background kita just bonus. Actually kalau kita mahukan agama, kita akan berusaha untuk mempelajarinya walau apa cara sekalipun. Where a will, there a way. *ntah betul idok peribahasa aku ni*. Maybe ni salah satu cara utk Allah sedarkan aku. Aku diajar tentang kewajipan menutup aurat kaki, lengan, and lain-lain. Alhamdulillah again. Betullah orang cakap kalau dah jadi amalan dan sebati dengan hidup kita, memang susah tuk berpisah. Aku sanggup tak keluar rumah atau g jalan-jalan, kalau sarung lengan n kaki aku takde. Opkos rasa kekurangan weh. Rasa cam berdosa dan bersalah jer kalau takde diowang. Haha. *apa la ayat aku*

   And seriously aku cakap nak berubah tu memang susah. Ye lah kan kalau nak buat baik ni macam-macam halangan yang datang menyibuk. Frankly, aku dulu pakai tudung biasa-biasa jer. Tapi lepas tahu tuntutan pakai tudung yang kena tutup apa yang sepatutnya. Aku tekad tuk buat. Even aku dapat macam-macam sindiran dan gelakkan yang kekadang meng'down'kan aku, aku terus buar der jer. Walau hati menangis, tapi aku akan 'make sure'kan yang aku tetap senyum depan diowang. *ewah3..kemain aku kan*. Tak nak mengalah sebab aku rasa aku buat tu betul. Sekarang aku dah terlarut dengan sume tuh. doesn't effect me anymore. Yang paling penting bagi aku pandangan Allah.

Senah : Yang kau pakai tudung besar ni kenapa Jemah? Pakai tudung biasa macam aku ni pun dah menutup aurat apa? simple je kan.
Jemah :  Memang la menutup aurat Senah. Tapi aku nak mengikut syariat. Kan syariat suruh melabuhkan tudung melebihi dada. Aku rasa selamat camni.
Senah :  Owh..maksud kau tudung aku ni tak selamat la yep? Eleh, pakai tudung besar ni nak suruh nampak baik r tu. Ah..hipokrit je sume. 
Jemah :  Bukan tak selamat. Cuma bagi aku, aku lebih selamat macam ni. Lagipun aku tahu aku ni bukan baik sangat kan. Sekurang2nya bila aku pakai macam ni, aku nak latih diri aku utk berubah ke arah yg lebih baik. Aku tak kisah la orang nak cakap aku hipokrit ke apa. Yg penting Allah tahu apa dalam hati aku.

   Ok sketsa Jemah dan Senah. Memang sekarang selalu orang persoalkan pasal tu. Hipokrit? Kutukan. Sindiran. Jelingan tajam. Jelingan tak puas hati. senyuman mengejek. Macam astro lak. Macam-macam ada. Tu sume dah normal tuk orang yang ingin berubah ke arah yg baik. Semangat and kekuatan yang sangat tinggi diperlukan utk menepis segala halangan ni. But truthly, percaya dan yakinlah pada Allah dan In sya Allah kita akan dapat menendang sume halangan tu jauh-jauh dengan senang hati. Berubahlah dan jangan takut.

" Yang manakah kita lebih takut? Dipersoalkan oleh manusia atau dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak? Dipersoalkan oleh Allah kerana tidak mengerjakan apa yang kita ketahui."

   Aku pakai tudung labuh. So what? Menghalang pergerakan aku? Aku tendang jauh-jauh soalan ni. Haha. Mestilah tidak. Tak semestinya tudung labuh sampai ke kaki kan? Kita bersederhana la.  Apa ingat orang yang pakai tudung labuh ni tak boleh aktif ke? Tak boleh bersukan ke? Boleh lah weh. Islam tu memudahkan bukan memayahkan. Nak berubah? Ya Allah.. sangat-sangat digalakkan. Aku la orang yang paling happy. Berubah step by step ye wahai muslimah. Bimbang kalau perubahan drastik tu akan menyebabkan perubahan yg tidak kekal lama. Banyakkan berdoa pada Allah supaya diberi kekuatan hati dan Iman.

pakai tudung ni bukan nak nampak ayu semata-mata tapi atas dasar tuntutan dan ingin mendapat KEREDAAN ALLAH 

dear warrior muslimah, 

stay cool.. stay calm.. stay istiqomah.. stay strong.. and stay senyum bergaya.. in sya Allah..we can do it.. letakkan Allah di dalam hati.. Ingat Allah sentiasa di sisi.. 

xiexie for reading! 

1 comment:

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..