: team warrior :

Monday, February 25, 2013

jangan kecewa

   Hujung minggu yang paling meaningful bagi aku untuk minggu ni. Haha. Tak pernah terlintas kat fikiran aku untuk join seminar ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Macam perlu tampar pipi berkali-kali. Maybe uolls dah berpuluh-puluh kali join seminar camgini tapi aku baru kali ni attend. Feeling habis la. Rasa macam bunga-bungaan jatuh melimpah di sekeliling aku nih. *ala-ala princess*. Seronoknya. Peminat Ustaz Hasrizal la katakan. Kesian aku ni. Haha. Tapi apa yang istimewa sangat sampai aku jadi sawan macam ni? Huh

   Dalam beberapa hari ni, aku tak tahu macam mana nak explain about my condition and my feeling. Kadang-kadang terasa kosong. Kadang-kadang rasa macam lost sangat. Oh yeah! Everyone must felt same like me. Pernah rasa benda yang sama kan?? Aku pun rasa macam tak faham dengan apa yang aku alami sekarang. Mungkin disebabkan aku diduga dengan ujian yang memang aku tak expect coz aku rasa aku boleh lakukannya. Itulah hidup student/manusia. Ada kala jatuh. Ada kala bangun. Itu fitrah. At dat time aku rasa macam " what u learnt ha??" . Its like i don't have anything. I learnt nothing. Damn. Blur. What?

   I don't know what happen to me. I took few days to recover from this feeling and actually its not recover fully yet. Its made me like someone else. Haha. Over. Sometimes aku termenung sorang diri dan asked myself. What my mistakes? Di mana aku kurang? Aku belum berusaha lagi ke? Mungkin usaha aku belum cukup? Many questions that menganggu ketenteraman jiwa aku. Menyerabutkan otak aku. All those questions bagaikan tergantung tak bertali and i need the answers to all of them. I took the space to spend more time to speak to Allah. Mengadu. Menangis. Bercerita. Alhamdulillah.. even i cannot get the answers immediately but its enough i can tell and mengadu pada Dia. Rasa lega. Tenang. Muhasabah diri. Allah pendengar yang setia. Melalui ayat-ayat cintaNYA.. diriku seperti sang kekasih yang membaca surat cinta dari kekasihnya bagi memujuk hati di saat rasa kecewa datang.

   Aku mulakan sem 2 dengan jiwa yg half-half. Aku terasa seperti separuh jiwaku pergi. Mengade je aku ni kan. But aku kuatkan dan yakinkan diri supaya terus berprasangka baik pada Allah. Yakin. Percaya. Ada Hikmah. Allah sayang aku. Sahabat-sahabat juga tak pernah lupa untuk motivatekan aku dengan kata-kata yang banyak menembak diriku dan menyedarkan aku tentang hikmah di setiap ujian. Masakan ujian sedikit begini aku sudah terkulai kecewa? Shoot myself. Bang! Bang! Bang! I'm trying to smile. Smile and smile. Think positive. Allah kuatkan semangatku. Aku cuba bina semangatku kembali. *Ingat senang ke nak naikkan semangat nih* Tapi dengan bantuan Allah, anything possible kan. Senyumlah... ^_^

   Sebenarnya sini kesinambungannya.. haha.. detik dari seminar ni. Aku jumpa jawapannya satu persatu. Ooooo.. di sini rupanya Allah sediakan jawapan untuk setiap persoalan aku. Kekosongan aku bagaikan terisi dengan pandangan, pendapat dan fakta yang cukup menarik dan kekadang sinis yang menyedarkan. Sampai pada satu tahap aku merasakan diri aku seperti ditembak dengan berdas-das tembakan dan dibom dengan berbelas-belas bom perkataan. Tembakan. Bang! Tumbukan. Busshh! Tamparan. Pang! Cubitan. Eeeeee! Semua perkongsian bagaikaaaan terkena batang hidung sendiri. Feel pain? Accept it becoz its the reality.

Yakinlah.. macam mana?
YAKIN ITU PERLU DIUSAHAKAN - Imam Muda Asyraf 

   Seminar Muslim 2013 membuka lembaran baru untuk aku. Menguak tirai minda yang tertutup lagi bersawang. Meniupkan satu semangat baru ke dalam jiwaku.. wahhh.. dramatik jer ayat-ayat aku malam ni. Mahu tahu? In shaa Allah.. nanti aku share in next post. Harap ilmu itu masih segar and terus segar untuk dishare dan diamalkan.


ALHAMDULILLAH MASIH MUSLIM NAMUN APAKAH SUMBANGAN KITA PULA TERHADAP ISLAM? 
(Terasa? lakukan sesuatu) 


cik warrior terus senyum bergaya walau apa pun ujiannya sebab Allah ada.. 


xiexie for reading! 







2 comments:

  1. allah sayang sebab tu allah tunjuk.. ^_^
    u should sit awhile then. but be ready to keep on move
    don't give up princess.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx darling..in shaa allah i will keep on move..doakan yong eh..kuat! kita kuat!

      Delete

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..