: team warrior :

Wednesday, February 27, 2013

seminar muslim 2013 (part 1)

Assalamualaikum

Wanna to share something sweet from seminar. When i got this chance, i will share it as much as i can and understood along attended that seminar. In shaa Allah. Hope beneficial for us. From that moment i knew that how expensive the knowledges. Its not just expensive to me but its like something sweet and nice when i remember back. Cannot be describes with the words. Its too meaningful to me. Even it easy to find the knowledges because of Malaysia has many seminar or ceramah that held at your campus, surau, masjid dan hampir setiap minggu its never end. (uolls perasan tak sume ni?) Ramai yang bertungkus-lumus mengadakan majlis ilmu but sometimes its hard to us to join that 'taman syurga'. Or maybe just me. Always give reasons, reasons and reasons.. no have time, busy, many assignments and blablabla..

 my friend : camane seminar ustaz Hasrizal?
 me : BBEEESSSTTT !!! *my first word*

   Its really awesome actually and i'm never expected to get these bombastic knowledges. Haha. Started the seminar, Ustaz Hasrizal talked about

 What the meaning to be a Muslim? Islam?
 Apa makna menjadi Islam? 
Di manakah Islam dalam hidup kita?
What is your purpose of life? 

kepala terasa dihempuk berkali-kali. Macam mana aku nak jawab? Monolog dalaman. Ustaz membawa kami untuk menyingkap kembali sejarah dari Nabi Adam a.s sehinggalah ke zaman Rasulullah, para sahabat, Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dan banyak lagi. Perjalanan yang terlalu jauh dan penuh dengan cerita. Mesin masa. Terasa macam amik course sejarah Islam pulak rasanya. weewwiiitt.

    Aku bagaikan tersedar dan terbangun dari lena yang lama apabila diceritakan tentang pengorbanan dan perjuangan Rasulullah, para sahabat dan para pejuang sebelum ini yang bermati-matian menegakkan Islam bagi memastikan Islam terus berkembang. Namun, pernahkah aku ambil tahu akan semua tu? Pernahkah aku merasainya? setiap hari mengucapkan syukur atas diri ni yang Alhamdulillah masih Muslim tapi aku tidak pernah terfikir siapa yang berkorban di sebalik semua ini? Malunya pada Allah. Malunya pada Rasulullah. Para sahabat. Tapi apa pula pengorbanan aku untuk Islam? Insan yang merungut apabila Allah uji dengan kesulitan. Minta difahami tapi tidak memahami. Minta berkorban tapi diri sendiri tidak melakukannya. Meminta tapi tidak memberi. Maka dengan itu aku mencari sumbangan dan pengorbanan aku untuk Islam? Astaghfirullah..  pipi terasa ditampar.

" Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di mukabumi . Mereka bekata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidakkamu ketahui ” (QS.Al-Baqarah: 30).

   Manusia bukan hanya sekadar hamba kepada Allah tapi mereka adalah khalifah Allah. Siapa manusia? Kitalah! Manusia yang bergelar Muslim. Begitu bertuahnya manusia kerana diberi kelebihan lebih daripada makhluk lain iaitu akal. Dengan akal, manusia menjadi insan yang diberi pilihan. Diberi peluang untuk membuat pilihan. Tahukah? sedarkah? Terkejutkah? *tarik dagu+cubit pipi* Sedarkah aku akan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang hamba dan khalifah selama ni? Perjalanan hidup yang memerlukan perjuangan dan da'wah untuk Islam. Itu tugas kita. Apakah ertinya kita hidup sebagai Islam? Menghambakan diri pada dunia atau menghambakan diri pada Pencipta? Selalu bersoal jawab.. Islam aku ni adakah hanya diwarisi atau melalui pilihan aku sendiri? Carilah Islam di dalam diri kita supaya kita dapat menyakini sepenuhnya bahawa Islam adalah pilihan kita bukan diwarisi.

"... kamu belum benar-benar beriman sehinggalah kamu persoalkan iman yang ada pada diri kamu itu! " - Abu al-Hassan al-Asy'ari

   Da'wah, bukan hanya dapat disampaikan melalui ceramah mahupun tazkirah ataupun kuliah semata-mata tapi ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, melalui pakaian yang mengikut syariat, akhlak yang indah, akademik yang cemerlang, komunikasi yang berhikmah dan banyak lagi. Jangan sempitkan ruang. Cuba luaskan dan pandang dengan pandangan yang berbeza. Mudah diadapt dan diterima oleh mad'u. Da'wah tidak hanya disandarkan pada golongan yang berjubah, berketayap mahupun bertudung labuh sajer  tapi ia boleh dilakukan oleh semua kerna da'wah itu adalah fitrah. Nape? Kalau orang yang tak pakai cam gituh tak boleh post something yang baik-baik kat Fb, twitter, blog? cheer up bebeh. Everyone can. Nak jadi baik tak perlu jadi skema bukan. Kita berda'wah kepada orang lain tapi dalam masa yang sama kita juga perbaiki diri. Itu lebih sweet kan?

   Sampai sini jer aku dapat share tuk hari ni. In shaa Allah next post aku continue balik. Entry ni mungkin tak dapat share banyak tapi aku harap apa yang aku nak sampaikan ni tersampai kat korang. Ayat apakah ini? Haha. Maaf jugak kalau terbidas sesiapa. Aku hanya ingin membidas diriku yang sering lupa mahupun terleka. Aku rasa macam banyak pulak persoalan yang aku tinggalkan dalam entry ni. Khas untuk dijawab personally sebagai homeworks. Ahaks. Daripada duduk terbaring sambil berangan menda yang karut-marut tu sume. Baik cari jawapan. Sama-sama merasa dihempuk kepala. Haha.

 majalah-majalah yang dapat dari goodies
banyak kan? teruja betul aku tengok


see ya next entry...warrior senyum bergaya nak cabar diri..

xiexie for reading! 

2 comments:

  1. moga next tyme dipermudahkan lagi.. truskan usaha!!

    ReplyDelete
  2. kita kenal org tepi yong. kite kenal! hahahaha

    kirim salam kat Kak Asma'. masih cantik macam dulu :)

    ReplyDelete

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..