: team warrior :

Monday, July 22, 2013

its Ramadan!

Assalamualaikum

   Tak sangka cepat ajer masa berlalu. Hari ni dah pun masuk 13 Ramadan 1434H. Ramadan? Yes ramadan. Blog dah terlalu bersawang sejak ditinggalkan sampai dah lupa macam mana nak start tulis balik. Haha. Diam tak diam sedar tak sedar kita sudah menghabiskan fasa pertama dalam bulan Ramadan. Dan sekarang kita sedang melalui fasa kedua iaitu fasa keampunan. Allahuallah. Indah dan rahmatnya Ramadan ni kan.

   So far macam mana Ramadan korang? Puasa macam mana setakat ni? Takkan lembik lagi kut. Ni dah nak setengah bulan dah ni. Malu boh. hehe. Alhamdulillah Allah sampaikan jugak kita dalam bulan seribu bulan ni kan. Bila nak sampai pertengahan puasa ni mesti ramai yang sibuk-sibuk nak cari baju raya. Nak buat kuih raya. Alah sebelum raya pun dah ada yang siap rite. Rutin setiap tahun memang macam tu. Tahun ni yong pun bersederhana je. Baju raya pun pakai jubah yang umi belikan time umrah hari tu. Ada yang tanya ke? haha.

   Bulan Ramadan ni kan bulan ibadah. Ni lah masa untuk kita lipatkaligandakan usaha kita untuk beribadah sesungguh-sungguhnya. Ye la kan sume dah tahu ganjaran yang dapat bila beribadah bulan mulia ni. Dengan rahmat kasih sayang dan sifat pemurah Allah, Dia berikan kita bulan ini supaya kita dapat beribadah kepadaNYA. Takkan kita nak sia-siakan macam tu je kan. So, grab peluang ni untuk melakukan amalan-amalan sunat dan upgradekan yang wajib.

   Macam pelik la kan kalau puasa tapi tak solat. Kalau puasa tapi mulut masih mengumpat. Kalau puasa tapi mata masih liar memandang yang bukan muhrim atau apa2 yang tak patut dipandang. Kalau puasa tapi masih buat perkara2 haram. Bulan Ramadan ni bulan untuk bermuahasabah jugak. Muslimin muslimat sekalian jangan sia-siakan puasa korang hokay! Sangat rugi. Buat penat je puasa tapi still tak leh tahan diri untuk avoid dari benda2 tu semua. So bad! Segala nenek moyang syaitan dah kena ikat. Sepatutnya kita lebih kuat untuk lawan nafsu diri ni sebab salah satu musuh kita dah tak ada. Jom buktikan kita mampu. Sekurang-kurangnya ada perkara yang baik dapat kita bentuk dari bulan barakah ni kan.

   Lastly... selamat berpuasa korang! Bulan ramadan jangan membazir terutamanya berbelanja time pergi bazar Ramadan. Terawih, cuba jangan tinggalkan even ni ibadah sunat. Terawih tak ada dalam bulan lain taw. Sebulan je pun. Kurangkan tidur dan banyakkan baca Al-Quran. Kata nak Khatam Quran dalam bulan ni. Harap segala target nak capai dalam bulan Ramadan ni tercapai. Amin..


Xiexie for reading!

No comments:

Post a Comment

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..