: team warrior :

Tuesday, July 23, 2013

jalan-jalan kat wakaf che yeh

Assalamualaikum , salam Ramadan!

   Okeh aku ada story nak share ni. haha. Seronok bebenor umi aku semalam nak pergi wakaf che yeh sampai gigih minta pelan jalan dengan kawan dia. Balik aje kerja terus pecut pergi sana. Aku on je la sebab aku bosan kut duk umah kat besut ni. Tak ada kerja nak buat. So bila umi ajak pergi wakaf che yeh. Senyum sampai kat telinga ler. Berberonok-beronok kita taw. hehe.

   Ni firsrt time aku sampai sana. Asyik dengar cerita dari pak sedara aku aje bagitahu sana macam2 orang jual barang. Tapi jual orang tak ada la hokay. Choi. Harga kat sana pun not bad la. Boleh lego-lego dengan taun kedai. Gunakan skill memasing. haha.  Kitorang sampai sana pun dah nak dekat berbuka, so cepat2 la p cari kedai makan area2 situ. Selepas selesai semua, misi bermula. Muahahaha. Awal2 tu tak ada orang sangat lagi coz orang baru nak buka kedai. Kitorang jalan-jalan je la dulu. cuci-cuci mata. Bila 9 lebih, kedai2 pun buka dengan rancak dan gembiranya. huhu. Aku pun dah nampak kedai2 yang buat aku rasa macam nak pengsan.

   weelaweh.. banyak benda ada kat sini. Baju cantik. Tudung cantik. Beg cantik. Alah semua cantik menarik kau memang deboom lah. Macam nak beli semua. Ni la bahananya datang tempat-tempat macam gini. Aku rambang mata sampai tak tahu nak beli apa. hehe. Umi aku bukan main lagi beli itu beli ini. Siap amik nombor dengan pekedai tudung dan jubah kat sana. Mana tahu kut nanti nak borong banyak-banyak, katanya. Umi aku memang! haha. Dah alang2 kan so cari la terus untuk raya ni. Baju dah ada. Sekarang nak cari tudung aje.


   Ingat tak nak cari baju tapi terbeli jugak. haha. baju kurung ni umi aku yang belikan almaklum la tahun ni pakai jubah. Nak tempah buat baju kurung dah tak sempat. so beli yang dah siap. Aku pun pilih la colour ni coz hari tu dah beli tudung satu colour macam ni. Jimat ler sikit. Aku suka sulaman dia. Baju ni harga RM100 asalnya. Pastu lego2 dapat la RM90. Mula-mula tuan kedai tak bagi harga tu. Tapi pandai2 la buat skill helah sikit. Dapat la kan!

butterfly shawl

    Aku berkenan naw dengan corak butterfly ni. Tak tahu kenapa. haha. Kebanyakan tudung kat sana corak ni. Memang trend sekarang kan. Saya suka. Saya suka. Semalam pun dah sampai rumah dalam 12 lebih. Letih. Penat. Semua ada. Nampak gayanya abah aku nak buat trip ke dua pergi sana. Semalam pun dia tak membeli sangat sebab anak teruna dua orang tak balik lagi. Angah and adik start cuti seminggu sebelum raya. Diorang tu cerewet kalau nak tolong belikan. Nak2 si adik tuh. Mengalahkan pompuan cerewetnya. Layankan je la. Abah cakap kena bawak diowang datang sini. Huhu. We wait and see je la nanti.

   Okay.. yang ni je nak share. Korang2 nak cari barang raya boleh la pergi sana. Orang cakap makin tengah malam makin meriah. Harga pun berdouble-double meriahnya. Gaji kan dah nak masuk. Haha. Happy Ibadah in Ramadan!

xiexie for reading!  


No comments:

Post a Comment

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..