: team warrior :

Tuesday, February 12, 2013

Allah know everything

Bismillah..

Rasanya terlalu lama aku tak buat coretan di ruangan ni. Rindu. Opkos la tapi nak buat macam mana mood takde tiap kali nak taip. Apa masalah la aku ni. Jeng jeng jeng disebabkan hari ni mood baik dan tangan pun rasa gatal jer nak share citer. So on je la. Banyak benda nak citer ekceli tapi dua je la aku mampu nak taip. Citer panjang-panjang buat penat jer.(sape suruh!!)

satu

   4 feb ai tu, my parents dan mak sedare p umrah. Alhamdulillah.. akhirnya niat diowang nak p sana tercapai jugak. Aku lah orang paling gembira bila dapat taw parents nak p  umrah. Ye la kan tak sume dapat p sana. Nak jadi tetamu Allah ni bukan senang tapi kalau kita dah berniat dan selalu doa. In sya Allah.. Allah akan turutkan. Yang penting yakin. Atuk aku selalu pesan kalau nak pergi sana.. doa la setiap kali lepas solat. Doa semoga kita dapat sampai sana dan jadi tetamu Allah. Allahu.. sape tak nak p sana.

   Welaweeeh.. tiap kali sedara-sedara tanya aku why aku tak join sekali p ngan parents. Alang-alang cuti sem kan. Rasa nak lompat jer dan jawab kuat-kuat  "memang la kak yong nak p!!". But in reality, aku menjawab dgn penuh sopan ala gadis melayu "dahulukan abah dan umi.. In sya Allah mybe next" sambil menayangkan senyuman paling manis. *tangan kat bahu mata pandang atas* muahahaha.. Tak pe lah.. aku hanya mendoakan semoga diowang diberikan kesihatan yang baik supaya dapat mengerjakan umrah sebaik-baiknya. Abah pun dah janji akan bawak aku p umrah next time. Doakan eh. Moga Allah permudahkan. Kalau takde rezeki.. terpaksalah aku kumpul duit awal-awal. kalau tak p sendiri, p ngan mr.zauj.. hehehe. In sya Allah..

toink toink.. selamat sumenya erk..
   Sebelum parents aku p sana, macam-macam diowang nasihatkan aku. Yong, nanti buat ni eh. Nanti buat tu. Jangan lupa ni. Jangan lupa tu. Yang ni buat macam ni. Haha. Sangat banyak ye pesanan diowang tuk anak dara ni. Maklum la nak basuh baju guna washing machine pun fail. Betul la umi aku cakap yang aku ni takleh kawin lagi. Mengaku kalah. Abah aku siap ajar lagi nak kena tekan butang mana bila basuh baju. Waaaa.. kantoi. Sekarang dah pandai la. *angkat muka sambil cekak pinggang* Penat jugak eh bila jadi suri rumah ni. Buat ni. Buat tu. Siapkan ni. Siapkan tu. *tetibe* Jangan ikut perangai yong eh. Anak dara kena tahu sume pasal kerja rumah ni. Buat malu jerk kalau tak taw. Nak-nak bila usia dah 20-an ni.

Dua

   Allahuallah.. Aku diuji lagi dengan ujian yang diberikan pada sahabatku. Ahad baru ni aku and my frens p melawat kawan aku miss A kat HUSM, kubang kerian. Actually tu bukan plan awal kiteowang, tapi disebabkan condition miss A yang tenat. Kiteowang tukar plan tuk lawat dia. Konvoi 3 buah kereta. Nasib baik ada hero-hero malaya yang drivekan. Thanks kawan-kawan. Aku appreciate sangat. Sampai sana pun dah petang. Jalan jam sangat sampai aku pun tertido. Selesai solat sume baru la kiteowang p kat wad.

   Kiteowang tak dibenarkan masuk dalam. Just lambai-lambai kat tingkap jer. Lambai. Senyum. Lambai. Senyum. Ya Allah.. hati ni menangis melihatkan keadaannya. Pandangannya tak lama kat kiteowang. Tengok wayar yang banyak kat badan dia. Hukhuk.. sedihnya. Sakitnya. Dia bernafas pun melalui alat pernafasan. Tak sanggup rasanya melihat keadaan miss A. Dulu dia aktif berlari, bergurau, bercerita dan macam-macam lagi la. Tapi kali ni dia hanya diam sambil memerhati. Terkadang dia tersenyum. Di sebalik alat pernafasan tuh, aku mencari senyumannya. Ya Allah, beratnya ujianMU.

   Mak dia pun sangat kuat. Aku tabik! Walaupun sebak time cerita keadaan miss A kat kiteowang, tapi dia still kuat n cuba senyum. Sikit pun jadi la. Aku sangat impress melihat ibu-ibu yang kuat menghadapi dugaan yang besar sebegini. Aku tahu mereka menangis di belakang. Tapi mereka takkan tunjukkan di hadapan orang lain especially anak-anaknya. Allah.. begitu besarnya kasih dan pengorbanan seorang ibu.

   Actually sahabatku terchinta, miss A  menghidapi leukimia. Baru lagi dapat taw. Mak dia cakap dah tahap 3. Bagai nak luruh jantung ni bila kawan aku bagitaw pasal condition miss A. Tengok dia terlantar lemah atas katil pun dah buat aku rasa hiba sangat. Rasakan sume ni berlaku sekelip mata. Semalam bergurau bersama dan hari ni kami diuji. Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hatinya. Jangan biarkan dirinya mengeluh dengan setiap cubaanMu.

arrived at husm

   For my readers.. tolong doakan sahabatku ni. Semoga dia terus kuat melalui ujian ni. Begitu jugak dengan family dia. Tolong buat solat hajat utk dia jugak. In sya Allah.. kita mendoakan sesama muslim. Mungkin ini giliran dia. Next time giliran kita. Who knows?


P/s : kete aku demam sebab perjalanan yg jauh.. hope will recover ASAP.. abah, don't angry eh..  ampun.. hehe


xiexie for reading!

2 comments:

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..