: team warrior :

Saturday, October 6, 2012

Bedah movie sultan muhammad al fateh


Assalamualaikum..

Alhamdulillah for give me the opportunity to share this important knowledge. Aku pun baru discover hal ni. So, aku rasa this news is important to share with others.

   Baru-baru ni aku and my owsome classmates join program "Bedah Movie Sultan Muhammad Al Fateh". *movie pun bole bedah ke?* Aku pun macam tertanya-tanya coz nak bedah pasal apa la pulak kan. Masa aku tengok kat board pasal program ni, aku macam keciwa la sebab sepatutnya malam tu aku ada kelas. Tak ada harapan la. Allah Maha Berkuasa lagi Maha mengetahui, lepas je solat maghrib kawan aku pun bagitahu yang class malam tu dibatalkan.*time tu aku ta ingat pasal program ni coz rasa keciwa yang amat sangat kan!*. Nasib bek akak senior aku ingatkan sal program ni and suruh aku join. Dah alang-alang tak ada kelas kan. Ofcos la aku nak pegi. So, aku dengan sedaya upaya menghasut dan mempengaruhi classmates aku untuk join sekali. Tak sangka pulak dapat sambutan even aku tahu korang ada event len nak buat malam tu kan. Mekasih coz sudi meng'cancel'kannya. Korang memang superb owsome la. Muahahahaha..

   Back to de topic, siapa pernah tengok movie Sultan muhammad Al Fateh yang versi arab tu? Dah tengok? Aku baru jer tengok. Dah lama aku cari movie ni tapi bila dah jumpa takde subtitles la pulak. Malam tu dapat peluang la tengok movie ni. Ha...sebelum mula movie ni, abang senior dah mention kalau ada nampak kepelikan atau sesuatu yang rasa macam tak betul je, juat abaikan. Nanti kita bedah balik sal movie.*angguk-angguk*. Hati pun makin curious la nak taw apa yang peliks sangat tu. Bila mula je semua mata dah focus kat screen. Muka sorang-sorang macam tak nak terlepas scene walau satu pun. Semangat der!

                                              
   Beremosi jugak la bila tengok movie ni. Classmates aku siap bising-bising lagi.Weh,pelik la. Kenapa lak macam tu? Macam tu ke kisah dia? Tu la persoalan yang timbul masa tengok movie ni. Penonton2 len pun macam kitowang jugak. Hehehehe.. Kalau korang dah baca buku pasal tokoh Islam yang sangat hebat ni, korang akan nampak apa yang ta betul dalam movie ni. Pastu otomatik korang akan citer balik kat kawan korang yang belum taw. Sepatutnya macam ni...eh, dia bukan macam tu la. Baik ko terang betul-betul takut kawan-kawan ko tersalah faham. Kan bahaya tu!


Kita bedah kepelikan or ketidakbetulan dalam movie ni : ( movie ni dikupas balik oleh abg senior)

dalam movie :
----> sultan Al fateh mementingkan diri sendiri untuk menakluki Konstantinopel
----> Hassan menjadi seorang penzina
----> Sheikh Shamsudin mimpikan Abu Ayub Al-Ansari
----> Sultan murad tak hiraukan pasal Sultan Al-Fateh

Hakikatnya :
----> Sultan Al Fateh sangat mementingkan kebajikan rakyat dia
----> Hassan seorang yang amat soleh dan ta melakukan zina
----> Sultan Al Fateh yang mimpikan Abu Ayub Al-Ansari coz masa tu Sheikh teringin nak tahu kubur sahabat Nabi yg hebat tu.Sultan Al Fateh solat malam dan dia dapat mimpi tu. (kalau ta silap)
----> Sultan Murad sangat sayangkan Sultan Al Fateh sehingga sejak dari kecil sultan Al Fateh dididik supaya hidup sederhana.Dia dibiarkan berkawan dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya. Apabila dia berada dalam kumpulan ramai,orang tidak menyangka dia adalah anak sultan.

  
nak taw lanjut..cari la buku pasal sultan Muhammad Al Fateh.Ni antara buku yang aku baca.

   But aku syorkan korang baca dulu kisah sebenar sebelum tengok movie ni. Aku tak kata 100% movie ni salah. Tapi ada part-part yang tersimpang sikit. Movie ni ada ibrah jugak yang dapat diambil. Yang paling aku suka part perang. Gambaran saf-saf askar Islam yang tersusun rapi sambil melaungkan Allahuakbar. Semangat yang tak pernah putus asa untuk menegakkan Islam. Hebat! Kenapa Kisah Al-Fateh sentiasa menjadi tajuk dalam banyak program bicara? Coz daripada kisah peribadi, pemikiran, strategi, kematangan, didikan n banyak lagi tentangnya. Sultan Al-Fateh seorang yang hebat dan perlu dicontohi sehingga dia pernah disebutkan oleh Nabi.

Sabda Rasulullah :
"...Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yg menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yg menakluk) adalh sebaik-baik tentera..." 




 ilmu perlu dicari..jangan malas untuk ke taman2 syurga..huehue

   waallahu'alam..kalau aku salah,tolong perbetulkan..aku just share ilmu baru yang aku dapat daripada program tu. Segala yang baik datang dari Allah,segala yg buruk datang dari kelemahan diri aku sendiri. Aku harap korang dapat manfaat and boleh la tengok movie ni sendiri nanti. Kat fb pun banyak link movie ni.

P/s : Sultan Muhammad Al Fateh seorang yg hebat sejak dari kecil lagi. Zaman remajanya dipenuhi imaginasi yang tinggi untuk menjadi sebaik-baik pemimpin seperti yang disebutkan Nabi. So, kita sbg student,remaja,ummah..jom amik ibrah dari kisahnya. Insyaallah!

Be a good muslim! 

xiexie for reading! 




No comments:

Post a Comment

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..