: team warrior :

Saturday, October 13, 2012

kena kejar anjing!!

Bismillahirrahmanirrohim...

sujud syukur selepas Allah masih berikan peluang untuk merasai nikmat hidup dan kesihatan..


Salam Jumaat..Penghulu segala hari..

   Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk menambahkan ilmu dengan join program bicara siswi bersama ustazah yang hebat. Perkongsian ilmu yang hebat tentang muslimah di zaman Rasulullah. Subhanaallah, aku masih lagi berusaha untuk menjadi muslimah yang sebegitu meskipun aku rasa perjalanan untuk mencapainya terlalu jauh. Aku cuba Ya Allah. Aku sedang mencuba. Kata ustazah, kenapa kita perlu fikirkan pandangan orang lain even apa yang kita nak lakukan tu benda yang baik. So, wake up gurls! If you want to do it, just go on.*buat benda yang baik and berfaedah la kan..jgn nak merapu buat benda lain pulak*

   Today, very bad experience...Allah nak uji aku. Nak uji setakat mana kebergantungan aku padaNYA. Mungkin aku terlalu lagha. Astaghfirullah..

   Tadi aku habis kelas lam kul 7 petang, pastu decide nak balik terus ke kolej coz kalau nak tunggu bas memang lambat lagi la. Kitorang balik kolej guna jalan yang biasa student lalu la. Dengan hujan yang renyai-renyai kitorang redah sebab nak kejar solat maghrib and perut pun dah melalut macam-macam. Then, sampai jer kat satu tempat *yg biasa anjing-anjing duk berkumpul and melepak kat situ*..kitorang berhenti jalan. Masa tuh, kitorang dengar anjing dah menyalak-nyalak kat atas bukit tak jauh dari kitorang. Aku dah tak sedap hati dah coz aku nampak sekor anjing duk atas bukit and salakan dia semakin kuat. Aku and my friends yang lagi 4 orang pun terdiam. Sorang-sorang bulat mata. Kitorang yang duk jalan jauh-jauh tadi terus diri rapat-rapat and pegang tangan kemas-kemas. Aku tak expect pun anjing2 tu akan datang kat kitorang. Takut tak tahu nak cerita la. Kitorang semua dah panik giler masa tuh. Dengan waktu maghribnya, sunyinya tempat tu, hujannya..and kami 5 orang dengan 4 ekor anjing tuh. Nak mintak tolong?? Tak ada harapan la.

   Masing-masing try nak lari jer, tapi bila pikir balik kalau kitorang lari makin la anjing2 tu kejar sebab anjing2 tu beberapa langkah jer kat belakang kitorang.*seyes..kawan aku cakap memang dekat giler*. My frens sume dah muka cuak. Langkah pun makin laju. Tibe2 aku teringatkan sahabat aku yang bagitahu anjing tu takkan kacau orang yang berzikir. Otomatik aku and my frens berzikir sekuat hati kami. Memang sangat kuat masa tu sebab nak lawan dengan perasaan takut kitorang lagi. Semakin dekat aku dengar salakan anjing tu, semakin kuat kitorang zikir. Aku terasa anjing tu memang betul-betul belakang aku. Tunggu nak terkam jer. Aku sedikit pun tak berpaling kat belakang. Aku tak mampu tuk melihat anjing2 tu. Time tuh, aku dah terbayang yang aku duk kat hospital jer.*kalau kena terkam..nauzubillah*. Nak nangis and meraung o sewaktu dengannya pun rasa macam dah tak mampu coz perasaan takut yang teramat sangat.

   At dat time aku hanya fikir Allah lah pelindung aku. Yang Mendengar permintaan kami. Yang Melihat ketakutan kami. Yang mampu melindungi kami daripada anjing-anjing tu. Hati aku hanya bergantung pada Allah SEPENUHNYA. Aku rasa malu coz masa genting and cemas macam ni la baru nak letakkan sepenuh kebergantungan tu pada Allah. Why must be like dat? Why? Aku malu.*tarik tisu kesat air mata* Bila aku bagitaw my frens, diowang pun sama macam aku. Dan ada sahabat aku yang doa kalau anjing2 tu nak buat apa-apa kat kitorang, biarlah dia yang kena bukan kawan-kawan dia.*hebat ko sahabat..aku tersentap!* selepas melepasi satu tempat, anjing2 tu dah tak ikut kitowang lagi. Terasa lepas satu beban yang teramat berat. Kawan aku yang intai kat belakang bagitahu yang anjing2 tu terus bergerak ke belakang macam ada seseorang yang memanggil diowang.*tempat tu tade orang k..sunyi jer..siapakah?*. Kitowang tak nak pikir pasal tu. Lega..semua dah kesat peluh. Lap-lap muka. Dah cuba untuk senyum and alhamdulillah is de first kalimah yang kami sebut.

   Ya Allah, andai itu pertolonganMu untuk kami. Kami bersyukur, bersyukur dan sangat bersyukur. Pengalaman pada hari ni begitu memberi kesan pada kami. Terus menusuk ke jantung kami. Mengetuk pintu-pintu hati kami. Memberi pengajaran dan kesedaran kepada kami bahawa KEBERGANTUNGAN KEPADA  ALLAH SEPENUHNYA tu adalah SANGAT PENTING. Bersyukur dipilih untuk ditampar dengan ujian yang sangat menguji iman kami supaya hati kami dikejutkan dan digertak daripada kelaghaan dunia. My frens and I said " aku takkan lupakan hari ni..aku harap ini yang pertama dan terakhir."

   Achik, Atiqah, Aqilah and Nisa'...hari ni begitu menyeramkan dan sangat memberi pengajaran kat kita..kita belajar daripada pengalaman k. Terima kasih kerana saling menguatkan dan melindungi tadi. Aku sayang korang kerana Allah selamanya.



P/s : untuk sahabat-sahabat muslimat USIM yang amat aku sayangi, aku cadangkan korang lalu jalan lain selain kat bangunan canselori tu kalau nak balik kolej time waktu malam. Aku takut kejadian berulang sekali lagi. Aku sayang korang. Kalau korang menghadapi kejadian macam kami, zikirlah sekuat hati tapi jangan lari. Jalan dengan tenang tapi cepat. Minta bantuan daripada Allah. Allah pemilik segala makhluk. Insyaallah..

xiexie for reading!

No comments:

Post a Comment

sebarang pesanan untuk cik warrior?
sila tinggalkan di sini. May Allah bless you..